Halaman

Selasa, 30 September 2014

PETAK F End September 2014

 
  Tengahari tadi ingat nak lekas-lekas je ambil sayur manis di petak F. Tetapi jadi sejam pula berada di petak F. Yang menyerikan petak F walaupun duduk dalam semak ialah Seri Pagi Scarlett O'Hara benih dari Kak Mala Langkawi Island. Yang kelakarnya bila benih dari Kak Mala sampai barulah terjumpa mana disimpan biji benih Scarlett O'Hara sendiri main sorok-sorok pula. Seri Pagi Scarlett O'Hara memang tahan lasak dan sejak tukang kebun direct-sowing tak pernah siram terbiar tumbuh sendiri. Sehinggakan kini sudah pun terbentuk kantung-kantung benih di pokoknya.
 Scarlett O'Hara dalam semak sekarang tengah melilit naik atas pokok-pokok sayur masin untuk menyelamatkan diri dan mendapatkan lebih banyak cahaya matahari. Ingatkan nak tuai sahaja sayur manis tapi mata dah tak tahan pula tengok weed yang subur meriah. Minggu ini kalau dalam penghantaran Pos Laju ada batang seperti di bawah harap maklum adalah keratan sayur manis.
 Tukang kebun biasanya bila tuai sayur manis bukan potong-potong tangkai daunnya sahaja tapi pangkas terus batang-batang utamanya. InsyaAllah cepat sahaja naik pucuk-pucuk baru seperti gambar di bawah. Lagipun yang lebih sedap senang nak masak ialah daun mudanya. Ini juga dapat membantu merimbunkan pokok sayur manis. Kalau rajin sambil-sambil tu boleh buang daunnya yang dah tua. Barulah pokoknya nampak naik subur hijau cantik semula.
  Nampak tak gambar bawah betapa suburnya weed yang naik pada bulan ini. Tak menang tangan nak cabut. Perbezaan bahagian yang dah dicabut weed di depan dan yang belum lagi de belakang. Awal bulan Julai lepas ada tukang kebun tanam ubi bemban di petak F sambil-sambil mengemas sekali Petak E (klik sini). Tukang kebun perhatikan ubi bemban dan tampaka sesuai hidup bersama. Jadi faktor persekitaraan seperti tanah dan cahaya yang sesuai adalah sama untuk keperluannya.

Apa dia 'Ubi Bemban'? (klik sini).
Limited stock.
  Gambar di bawah apa yang terdaya setelah dikemaskan hari ini. Barulah nampak asparagus yang juga ada di Petak F. Dari 2 minggu lepas stok 'Tampaka' yang diambil untuk pesanan ialah dari Petak F dan masih ada beberapa rumpunan simpanan di Petak F juga untuk bulan depan. Our Sayur manis lunch hari ini adalah dari sebelah kiri gambar yang ada tampaka dan ubi bemban.

Apa dia "Tampaka"? (klik sini).
Available.
  Hadiah untuk tukang kebun keluarkan peluh kemas petak F hari ini pula adalah "Sunchoke".  Hampir terlupa yang dalam petak F ini juga ada "Sunchoke". Kebetulan pokoknya baru je kering maknanya masa untuk dikorek-korek cari ubi. Sebab hujan ada juga yang ubinya mula keluar pucuk balik. Yang dah keluar pucuk tukang kebun tanam semula di petak F buat barisan baru. So malam ni dinner ada lauk kurma ayam dengan ubinya adalah "Sunchoke". Syukur Alhamdulillah dari petak F ini adalah lauk-pauk kami untuk isi perut hari ini. Tak rugi berbudi pada tanah walaupun masa yang diluangkan di petak F ini takdelah banyak pun dan selalunya terabai. Merumput pun 2~3 bulan sekali menyelit dengan projek ruang yang lain. Itu yang nampak carpet weed je memanjang. Sebab itu tukang kebun lebih fokus tanam jenis tumbuhan yang hasilnya dalam tanah atau keluar dari tanah di petak F. Kalau tak sempat weed pun tak effect sangat.
 If you can spend 1 hour watching drama on the weekend, means you have time to work out in the garden. Tukang kebun luangkan masa 1 hour kemas petak F ini yang slightly smaller than size rumah terrace sekarang. 

Apa dia "Sunchoke"? (klik sini).
Not available at the moment baru sahaja propagate. Mungkin hujung Oktober kalau ada extra.

~ Anak pokok sayur manis available dan boleh campur dengan set 3 for RM10 di page sini (klik Sini)~

Ahad, 28 September 2014

Blue Twilight

 Yang mula meriah kembali selepas kena pruning di sebelah pagar depan ialah "Blue Twilight". Pokok bunga berwarna lilac ini juga dipanggil "Blue Crossandra". Selepas pruning dah mula banyak bercabang-cabang menjadikan pokoknya rimbun semula. Bila dah habis berbunga pangkas sahaja bunga-bunga yang layu. Pokok bunga ini selesa duduk dalam kawasan yang kurang menerima cahaya matahari dan juga boleh dibela ditanam di dalam pasu sesuai untuk balcony yang mempunyai limited ruang yang menerima pencahayaan (make your balcony green). Pokok bunga yang tak suka air yang banyak. Warna rona hijau daunnya bergantung kepada faktor jenis komposisi tanah. Nampak seperti bunga exotic tapi sebenarnya adalah bunga native kepada negara kita jadi mudah hidup dan tahan lasak.

Info "Blue Twilight" posting sebelum ini (klik sini).

~ Blue Twilight (Blue Crossandra) ~

1 pot for RM7.00

Sabtu, 27 September 2014

Rose Pink Periwinkle

   Manalah tahu sekiranya satu hari nanti tukang kebun terpaksa kerja full time semula dan kiranya tak larat nak commute terpaksalah duduk di rumah atas kayangan. Maka hari ini nak simpan nota berkongsi idea untuk fully utilise my future balcony garden during weekdays. Konon-konon lepas balik kerja bolehlah berkebun kalau tak boleh duduk diam. Dekat rumah ini bersepah-sepah jaring besi ataupun jaring hijau/hitam plastik yang dari kegunaan sangkar sugar glider Tukang kebun Dany (My brother Danial) dah tak pakai. 
 Bila terpandang pameran seperti gambar atas beberapa bulan lalu jadi dalam kepala ni seakan terkeluar mentol blink blink teringatkan jaring-jaring yang banyak tu boleh dikitar semula seperti gambar di atas. Bolehlah save budget pasang sendiri DIY dekat dinding kasi tinggi kena cahaya sangkut seperti gambar di atas. Sementara nak kumpul budget kalau dah lama yang angan-angan ada para-para kayu ke. Jaring-jaring ni pun lebih tahan lama dari pot plastik dan jauh lebih murah berbanding nak beli pot plastik gantung banyak-banyak. Beli 1 meter dari kedai hardware, potong-potong ikut saiz yang dikehendaki dan gulung sendiri serta klip kemas boleh dapat dah beberapa bekas. 
  Untuk tak nak kasi tanah terkeluar banyak masa baru isi boleh letak di dasarnya sabut kelapa yang dicarik-carik sementara tunggu tanah jadi padat berketul.  Kemunting cina warna seperti gambar di atas ada limited stock

~ Rose Pink Periwinkle~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00
~ Pure White Periwinkle~
Anggaran 100 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Ahad, 21 September 2014

Pucuk Mulberry Masak Lemak Putih

  Inspirasi dari kebun dan dapur @na tuan tanah 'Diari Kebun~@na' mengenai memanafaatkan sepenuhnya pokok mulberry membuatkan hati tukang kebun hari ini terbuka untuk mencuba pucuk-pucuk mulberry muda dalam masakan masak lemak putih dan ikan bilis. Dah lama tahu pucuknya boleh dimakan tapi tukang kebun sendiri belum cuba-cuba lagi. Bila skodeng blog @na nampak Tumis Air Pucuk Mulberry (klik sini) terliur pula nak rasa, maka bahan dinner malam ini pucuk mulberry.Thank you for the inspiration @na.

  Adalah tambahan sayur untuk tukang kebun bila musim kemarau nanti. Bila tak de banyak pilihan, jadilah pucuk mulberry antara yang boleh dituai sebab available all year round. Untung tanam mulberry, dapat makan buah dan dapat buat sayur pucuknya. Sebelum lupa nak inform, minggu ini ada semula pokok mulberry dalam stock kembali.

Mulberry Double Happiness (rooted stock)~ 1pot RM7.00

atau

Keratan Mulberry ~ 10 Fresh cutting RM7.00 .
  Banyak betul nyamuk di belakang sekarang, kesian Rayyan kena attack dengan nyamuk. Hari ini pada sebelah pagi tukang kebun meneras di kawasan ampaian, pusing bentuk L sambung semalam menghadap bilik kami. Lepas tu tukang kebun temankan dearest hubby potong dahan pokok balak tinggi yang merempuh ke arah pokok bambangan beberapa hari lalu. Nasib baiklah merempuh arah sana kalau sebelah rumah sebelah agak bahaya. Jadi sekarang dalam dilemma macam mana nak potong kayu balak ni kasi pendek. Sambil-sambil menunggu dearest hubby selesaikan projek dia tukang kebun memang berteduh dekat sebelah pokok-pokok mulberry. Itu yang merajinkan diri petik-petik pucuk mulberry untuk isi perut malam tadi.
  Lepas dah semua tak larat lagi nak buat kerja, dearest hubby ajak berehat basahkan tekak dengan air kelapa muda gading di belakang kebun sebelum masuk rumah. Muda betul buahnya kali ini, isi pun banyak yang tak de. Isi-isi dapatlah berkongsi dengan binatang perliharaan di rumah.
 Siapa dah cuba masak pucuk mulberry dan dah teruja nak cuba juga?
Boleh berkongsi cara favourite masak pucuk mulberry nanti.

Pesanan-pesanan yang diterima sehingga petang tadi, InsyaAllah esok kami pos dah siap packing.

Jumaat, 19 September 2014

Clip Clip Lagi Kertas

  Kerana menjalankan activity meneras di kawasan berdekatan tempat letak kereta pada Hari Malaysia  (related posting klik sini) dapatlah tukang kebun menunggu kembang bunga di atas pada malam Jumaat. Antara yang juga kena hard-pruning pada hari tersebut ialah bunga kertas yang menaiki bumbung tempat letak kereta. Pada bulan Mei lepas sudah pun di buat hard-pruning (previous posting klik sini) sekejap sahaja dah naik merimbun semula seperti gambar di bawah.

  Sebagai contoh seperti gambar bawah dalam beberapa minggu sahaja selepas digondolkan sudah mula naik banyak ranting-ranting baru dari dahan utama pokok bunga kertas.
 Gambar di bawah setelah digondolkan semula pada Hari Malaysia. Pokok kemboja juga tukang kebun dah pangkas tinggalkan beberapa batang sahaja lagi. Sekarang dah terang semula kawasan ini untuk sebelum masuk 'wet season' yang akan datang.
  Kalau bukan mengemas kawasan ini, pasti tukang kebun tak perasan ada kudup bunga bakawali di sini yang sedang membesar. Yang di sudut lain dahulu tukang kebun tak perasan jadi tak dapat tengok bunganya buat midnight show. Kali ini pokok bunga bakawali di sudut sini pula pertama kali memberikan kudup bunga. Pokoknya pula baru nak belajar berbunga pemberian Aunty Rusna dari Cheras. Bersebelahan dengan pokok cili burung yang tumbuh sendiri.
  Secara kebetulan lagi, bunga bakawali di Kebun Bahagia Bersama suka betul kembang pada malam Jumaat. Mula-mula ingat tak dapat nak tengok sebab hujan turun lepas Maghrib. Nasib baik ada masa seketika hujan berhenti dapatlah tengok night show bakawali kembang mekar.
Have a lovely weekend.

Khamis, 18 September 2014

Masak Lemak Pucuk Ubi dan Ubi Bemban

  Tahun ini antara menambah pengalaman menuai tumbuhan berubi dalam koleksi di Kebun Bahagia Bersama ialah 'Ubi Bemban' ataupun 'Ubi Sagu Bemban'/ 'Ubi Garut'. Ubi Garut berasal dari kawasan benua Amerika Selatan beriklim tropika dikenali sebagai West Indian Arrowrooot. Nama botaninya ialah Maranta arundinacea. Ubi ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan kepentingan dalam perubatan tradisional. Bolehlah digandingkan dengan sup ayam seperti yang diajar oleh pekebun asal yang tukang kebun peroleh sumber ubinya dahulu. Ubi ini dikatakan sejuk jadi bagus untuk mereka yang mengalami demam panas. Yang mengalami masalah-masalah kulit seperti kayap juga bolehlah ikhtiar dengan 'Ubi Bemban'.
  Elok tuai ubinya ketika ia masih muda kerana tak banyak serat lagi masa muda. Masa dari tanam hingga nak menuainya sama dengan ubi kayu. Baru-baru ini kami buat masak lemak pucuk ubi dan ubi bemban. Ubi bemban yang dah besar dipotong-potong. Ada juga sumber mengatakan yang ubi bemban elok dan selamat dijadikan salah satu makanan semasa bayi mula belajar makan solid food setelah beberapa bulan sejak lahir hisap susu ibu (antara first food).
 Pertama kali tukang kebun kenali ubi bemban ialah di Tamu Donggongon dan penjual ubi bemban perkenalkan namanya kepada tukang kebun ialah 'Nato'. Sebutannya sama dengan "natto" dalam bahasa Jepun untuk fermented soy bean yang digemari oleh hubby tapi bukan tukang kebun. Dalam bahasa Dusun-Kadazan di kawasan sana dipanggil 'Nato'. Pokoknya tak besar dalam anggaran ketinggian 2 kaki sahaja. Mudah sungguh nak bela ubi bemban ni biasanya terbiar sahaja di dalam Kebun dan hidup subur pada musim kemarau tahun ini tanpa dihiraukan walaupun disiram seminggu sekali kalau ada masa. Ubi bemban tukang kebun tengok tahun ini cukup selesa duduk di kawasan yang mendapat separa cahaya matahari. 
  2 minggu lepas tukang kebun buat "Spring Cleaning" di petak 1 dan 2. Jadi ubi bemban yang di petak 2 tukang kebun tuai dan dapat buat 2 barisan untuk pokok-pokok ubi bemban baru for our future food supply. Sambil-sambil itu  pangkas ranting-ranting limau nipis dan pokok kapas yang merimbun untuk kasi lebih cahaya kepada kawasan tersebut. Jadi minggu ini adalah sudah ready stock anak pokok bemban bagi yang berminat.

~ Pokok Ubi Bemban (Seasonal offer & Limited Stock) ~
1 pot for RM7.00

  Yang beminat nak buat masak lemak pucuk ubi dan ubi bemban boleh juga dapatkan keratan ubi kayu dari Kebun Bahagia Bersama.

~ Keratan Ubi Kayu ~
7 keratan RM5.00

Atau boleh campur dengan pakej "3 plants mixed for RM10.00" buat pilihan di page tersebut (klik sini).

Rabu, 17 September 2014

Malaysia Day Quest

 Pada Hari Malaysia 2014, team members Kebun Bahagia Bersama buat "Spring Cleaning" ambil kesempatan hujan tak turun di sebelah pagi. Ahad lepas, pagi-pagi lagi hujan dah turun jadi hajat nak mengemas tertangguh. Antara kawasan yang dikemaskan adalah di sebelah tempat letak kereta seperti gambar di atas. Dah nampak makin gelap dah kawasan ini jadi macam jalan-jalan dalam KBB in Wonderland. I "wonder" if any frightening creatures lurks in that piece of land. 
  Lagipun hujung bulan ini, big boss balik nanti bad mood pula big boss tengok pokok mahkota dewa dia dah jadi pokok cabai burung pula. Pokok cabai burung tu tak ditanam tumbuh sendiri tak pernah siram tapi hidup subur masa kemarau. Sebelum tukang kebun pangkas ketinggian pokok cabai burung tu dah lebih 2 meter.  Gambar bawah antara hasil bahagian pokok cabai burung yang dah dipangkas. Tengok batangnya pun dah besar kalah batang pokok markisa.
 Tuaian cabai burung dari hasil meneras lebih 1 bakul. Itupun tak terambil semua.
  Yang ambil masa mengemas semalam juga adalah calathea. Masa tengah kemaskan calathea tu tengah pegang daunnya tiba-tiba tangan tukang kebun terpegang genggam sesuatu yang sejuk dan squishy. Apalagi terkejut punya pasal sambil berteriak toleh ke tangan lah terpegang katak rupanya yang suka duduk atas pokok. Nasib baiklah katak. Kalau yang takde kaki tu.....
 Tukang kebun pun tak pasti calathea jenis apa tapi bunganya seperti gambar di bawah. Sekiranya ada yang tahu jenis apa, kongsikan knowledge dengan tukang kebun ya. Dalam penghantaran pos laju yang dipos hari ini, sekiranya ada ruang dapatlah ole-ole dari Kebun Bahagia Bersama sama-ada cabai burung ataupun rizom calathea ya.
  Hasil meneras pada Hari Malaysia semalam. Barulah terang dunia di situ. Barulah nampak si pokok mahkota dewa yang sedang berbuah masih hijau mungkin bila tuannya balik elok dah merah kut. Pokok mahkota dewa big boss punya ni tak putus-putus berbuah walaupun diselubungi dengan dahan-dahan pokok cabai burung hidup bahagia bersama. Tapi pokok cabai burung tu tukang kebun kasi tinggalkan tunggul tinggi nak dekat 1 kaki di depan pokok mahkota dewa. Tukang kebun tak hairan kalau tunggul cabai burung tu tumbuh pucuk-pucuk baru balik nanti. Belakang pokok-pokok lipstick palm tu pun rupa-rupanya ada pokok kemuning dah tinggi nak 3 meter.
 Gardeners lain ada projek special tak masa Malaysia Day?

Selasa, 16 September 2014

Keratan Buah Naga Isi Putih

  Syukur Alhamdulillah pada tahun 2014 ini walaupun cuaca agak kering, murah rezeki buah naga di Kebun Bahagia Bersama. Berbanding dengan tahun 2013 tiada tuaian buah naga langsung. Pokok naga ni mudah jaga tak pernah pun disiram dan dari pemerhatian keadaan cuaca tahun ini lebih banyak anak-anak ranting baru membesar dengan cepat sehingga beberapa kali pancang roboh tidak dapat menampung dahan-dahan baru yang makin membiak dan memanjang meleret ke tanah. 2 minggu lepas baru dibuat pancang semula untuk menggantikan pancang yang dah roboh dan kemas-kemaskan  dahannya kasi naik tinggi supaya leher angsa-angsa tak kesampaian. 
 Kudup bunga buah naga adalah besar. Jadi tidak hairanlah bunganya pun nanti kembang besarkan. Gambar yang dikongsikan hari ini adalah buah naga yang isinya berwarna putih. Warna bunga buah naga yang berisi putih ialah pure pristine white atau suci putih. Bunganya kembang pada waktu pagi dan kembang sehari sahaja. Biasanya kalau cuaca panas, bunganya dah layu sebelah awal petang. Jadi pelbagai jenis lebah awal pagi lagi dah sibuk berkunjung ke dalam bunga buah naga. Meh tengok dalam bunga buah naga, nampak tu macam ada lidah terjelir macam binatang mitos naga.
  Hero-hero tukang kebun tumpang jadi model nak bagi gambaran besar kembang bunga buah naga. Kembang bunganya lebih besar dari bunga bakawali dan lepas berbunga ada hasil buahnya. Berbanding dengan buah manggis atau rambutan, buah naga dari mula bunganya kembang hingga buahnya membentuk ranum boleh tuai masa lagi singkat agak-agak sebulan gitu sahaja. 

 Buah naga boleh tumbuh dalam pasu dan tak perlu pasu dalam sangat pun sebab akarnya tak tumbuh dalam sangat cuma nak kena prepare pancang tinggi dan kuat cacak dalam pasu siap-siap. Nampaknya fenomena El-Nino tahun ini membuatkan buah-buah naga di Kebun Bahagia Bersama teruja nak berbuah. Buah naga ni jenis drought-tolerant dan water-wise plant. Kalau anda sibuk tak de masa nak menyiram tiap hari atau tempat selalu kena catu air inilah pokok yang masuk dalam kategori tak remeh nak bela. Kalau nak elak penceroboh tanamlah dia dekat tempat yang macam senang orang nak ceroboh. Pokok naga ni suka banyak matahari.

  Memandangkan ada extra-extra cuttings masa tukang kebun mengemas hari tu, jadi minggu ini dapatlah tukang kebun offer keratan buah naga isi putih. Kalau yang self-collect sendiri lebih baik sebab ada keratan yang lebih 40cm pun ada. Minggu ini yang nak ambil sendiri boleh pada hari Sabtu ini (20hb September 2014) antara pukul 5:30PM~6:00PM di Sungai Buloh ya. Tanah Bakar dan stok Kelapa Tua pun masih ada lagi.

~ Keratan Buah Naga Isi Putih ~
1 keratan RM10.00 .
 Tuaian random semalam ialah buah naga isi merah, peria putih, bendi, belimbing buloh, ginseng jawa, limau nipis, lemon Tahiti, kacang panjang merah, sayur asin-asin dan asparagus Mary Washington. 

Bird nest yang besar (semua lebih 40cm in diameter) pun available untuk yang berminat dan yang ini kena self-collect.

~ Bird nest (Langsuir) ~
1 for RM10.00

Isnin, 15 September 2014

Ostrich Plume

   Ostrich plume atau lebih dikenali dengan nama 'Red Ginger' (Alpinia purpurata) worldwide adalah satu tumbuhan dalam keluarga halia yang berasal dari negara kita. Bagi penggemar pokok-pokok bunga halia ini adalah 'A Must' dalam koleksi mereka. Oleh kerana ianya adalah jenis pokok tempatan maka amat mudah untuk belanya walaupun jika anda adalah novice gardener.  Sesuai juga bagi mereka yang mencari-cari pokok untuk dijadikan pagar atau sebagai hijab. Orang yang lalu lalang takde lah sibuk nak mengintai dalam rumah sebab kena distracted dengan bunganya yang menonjol itu.
  Pokoknya dalam cuaca tanah rendah kita ini boleh duduk dengan cahaya banyak, separa atau light shade. Sukakan moisture yang banyak dan tanah yang banyak humus (baja kompos). Awal-awal pembentukkan ada juga nampak macam rose bud.
  Pernah juga tukang kebun terbiarkan salah satu kawasan yang ada red ginger diselubungi dengan bunga telang. Comel pula tengok ia keluar dari celah-celah rimbunan daun-daun bunga telang.
 Kalau diambil gambarnya dari atas nampak macam bunga lotus pun ada.
  Tangkai bunga red ginger ini masa kembangnya memang lama berminggu-minggu jadi sesuai juga dipotong dijadikan hiasan bunga di rumah. Bila bunganya dah layu, pangkas sahaja tangkainya dekat bahagian bawah sekali. Kalau buat party di rumah atau nak buat hias pelamin pun bolehlah kreatif buat hiasan tempat duduk macam video klip 'Roar-Katy Perry'. Agakny boleh jimat budget kut dan nampak macam fun.

~ Ostrich plume / Red Ginger (Alpinia purpurata) ~

1 pot for RM8.00 (enquiry kebunkmg@gmail.com)

Ahad, 14 September 2014

Growing Up with BottleBrush

 Projek "Spring Cleaning" team members Kebun Bahagia Bersama pada hari Sabtu ini ialah mengemas barisan kawasan di depan tembok depan menghadap kolam ikan yang terbengkalai at the moment. Sementara dearest hubby mencabut weed-weed degil yang besar tu, tukang kebun pakai tangga pula pruning pokok bottlebrush dengan pokok-pokok menjalar yang melilitnya sebagai contoh si Red Trailing Bauhinia, anggur dan lain-lain. Maka ikut mood tukang kebunnya hari ini bertukarlah sedikit wajah kawasan yang ditunjukkan di posting 'Red Trailing Bauhinia' beberapa hari lalu (klik sini). 
 Yang Frangipani sebelah tembok tu pun tukang kebun ambil kesempatan masa dearest hubby pergi cari lunch nasi ayam macam samurai tukang kebun slash semua batang-batang frangipani tersebut kasi renek jadi togel berdiri atas tembok. Kasi renek sebab dah cecah wayar elektrik nanti tumbuhlah anak-anak tangkai bunga baru. Ilhan yang meneman mamanya di luar sambil duduk di bawah pergola buat latihan Bahasa Inggeris pula asyik tanya banyak kali macam mana mama dia panjat tembok. Papa Ilhan balik, mama buat muka innocent je sambil kemas-kemas batang kemboja yang dah dipangkas tadi.
 Pokok bottlebrush ini bila berbunga lebah dan geng cukup riang ria menjamu makanan yang ada pada bunga-bunga yang kembang tersebut. Dulu masa di Adelaide, biasanya masa peak bottlebrush berbunga ialah End Winter iaitu bulan Ogos. Selalu cuci mata yang jiran punya ada pokok bottlebrush besar di tepi depan rumahnya. Maka teringatlah kampungkan sebab kami juga membesar dengan pokok bottlebrush di tepi kolam tembok depan.
  Di atas pokok bottlebrush ini pula terdapat pelbagai jenis pokok menumpang di atasnya sekarang. Sebagai contoh, orkid jenis Aeredis odorata yang bau wanginya menusuk kalbu. Minggu ini musim orkid Aeredis odorata berbunga di Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun ingatkan spesis Aeredis odorata cuma ada pada pokok durian dan bidara, rupa-rupanya ada juga di bottlebrush. Ketiga-tiga kelompok bunga orkid ini memang kembang hampir serentak minggu ini walaupun kedudukan mereka berbeza. Seronoklah pangkas area ni sebab dapat bau semerbak bunganya.
 Kemudian ada tukang kebun alihkan pokok orkid yang pertama kali tukang kebun beli dalam seumur hidup contohnya gambar di atas menumpang di pokok bottlebrush. Tapi takdelah harga beli sampai yang ditulis tu sampai 3 digit. Bila tukang kebun pangkas-pangkas ranting bottlebrush yang dah mati nampak banyak ruang lagi kalau nak menumpang pokok-pokok lain. Lagipun persekitaran yang bottlebrush berikan memang amat sesuai untuk pokok-pokok orkid tak perlu penjagaan rapi. Jadi takdelah tukang kebun pening kepala nak fikir gantung-gantung orkid dalam pasu seperti gambar di bawah. Orkid-orkid pun membiak dengan pantas dekat atas bottlebrush tersebut.
 Yang orkid putih di gambar bawah pun adalah salah satu penghuni tetap di pokok bottlebrush tersebut. Tapi tukang kebun tak pasti namanya. Jika ada yang baik hati, kongsilah jenis orkid tersebut dengan tukang kebun ya.
 Jadi bukan sahaja kami yang membesar bersama-sama dengan bottlebrush tetapi terdapat pelbagai pokok-pokok yang menumpang di atasnya juga seperti contoh orkid Vagina bulbophyllum (klik sini).
 Masa adik-adik tukang kebun usia kanak-kanak riang antara lokasi yang menjadi photo spot kegemaran Tuan Tanah ialah di depan pokok bottlebrush. Masa tu pokoknya masih rendang lagi dan berjuntai-juntai bunga merahnya menjadikan background yang menarik ambil gambar lebih-lebih lagi gambar raya. Tapi tak sempat tukang kebun nak cari gambar tersebut seingat tukang kebun ada nampak jelas bunga-bunganya yang semarak merah di background. Jumpa gambar di atas sahaja yang tak jelas dah kabur. Bila tengok begini pun dah nampak wajah yang berlainan kawasan ini berbanding dengan sekarang. Tukang kebun tiada dalam gambar atas sebab beraya di perantauan dekat negara matahari terbit.

 Bagaimana pula dengan gardeners lain ada ke kenangan gambar masa raya depan pokok-pokok apa yang abadi sentiasa dalam memory?

 Have a lovely weekend, aiyo esok sambung lagi program mengemas bahagian menghadap gate depan pulak.