Salam Bahagia, minggu lepas perasaan bahagia sungguh tukang kebun melihat bunga seri pagi Jepun yang rare "Fuji Musume" mula musim bunganya di Kebun Bahagia Bersama. Gardener Choi Min dari Petaling Jaya tajam matanya perasan berdekatan dengan bunga FUJI Merry-Go-Round yang dikongsikan gambarnya pada Sabtu lepas ada daun morning glory jenis Jepun yang variegated (klik sini). Kalau yang dah pernah bela FUJI Merry-Go-Round pasti tahu yang daunnya tidak variegated (benih dari KBB). Morning glory "Fuji Musume" kadangkala menghasilkan daun yang variegated, walaupun bentuk daunnya sama dengan FUJI Merry-Go-Round. Jadi bila duduk sepasu pun boleh bezakan pokoknya mana satu. Gambar atas kenangan kembang pertama "Fuji Musume" di Kebun Bahagia Bersama
Gambar di atas hari keesokkannya (2nd day) puas tukang kebun cuci mata sambil berpayung sanggup keluar nak tengok sebab awal pagi lagi hujan lebat dah turun. Boleh dilihat perbezaan warna biru keungguan jaluran FUJI MUSUME dengan FUJI Merry-Go-Round. Kedua-duanya memang penghibur hati tukang kebun.
Gambar hari ketiga pula (jangan muak pula ya biasalah excited). Sebenarnya FUJI Merry-Go-Round tu benihnya tukang kebun semai pada bulan Mei (direct sowing) lepas tu lupa sebab harapkan rezeki hujan. Tapi sebabkan hujan tak lumayan maka duduk diam jelah benih tersebut dalam tanah sehingga dia rasa cuaca dah best nak bangun. Bulan lepas tiba-tiba keluar anak pokoknya, bila tengok sekilas memang dalam hati rasa ni macam Morning Glory Jepun. Cepat sahaja pertumbuhannya tak perlu nak dibelai langsung sebab bangun tanpa paksaan sukarialah dia membesar berbunga di sebelah tembok depan rumah. Bila tukang kebun tengok je tiba-tiba ada anak pokok Morning Glory Jepun muncul cepat-cepat tukang kebun semai biji benih 'Fuji Musume' dalam pasu yang sama. Syukur Alhamdulillah hanya beberapa hari biji benihnya bercambah dan cepat je pertumbuhannya tanpa belaian. Nasihat tukang kebun ialah 'learn to read you garden and your garden will flourish without that many effort'.
Tengah tukang kebun khusyuk mengamati keindahan FUJI MUSUME rupanya 2 adik beradik ni Si Jack dan Gorrum yang dah 8 tahun pun ada menemani sekali di atas tembok. Apahallah tukang kebun ni sibuk dekat sini tiap hari so they become a curious cat. Si Tigger tu seperti biasa sedang berlegar-legar di kaki tukang kebun. Bila difikirkan balik pelik juga ada 2 adults cats ni dekat-dekat especially Jack yang selalunya kerja tidur je. Was there any danger I wasn't aware of???
Kucing adalah antara peneman paling bagus sambil berkebun sebab kekadang bila khusyuk di kebun kita tak perasan kalau ada apa-apa yang dikategorikan bahaya. Selalunya kalau ada sesuatu biasanya our loyal cats will alert tukang kebun. Seperti case tukang kebun tak perasan biawak giant berdekatan kalau bukan si Gorrum sibuk pusing-pusing dekat kaki nak bergerak susah. Biasanya kalau kucing yang dah dewasa macam Gorrum dan Jack tak buat macam tu jadi buang tabiat. Jadi kita pun tahu ada benda tak kena. Memandangkan sebelum ada Tigger, si dua beradik ni kucing paling muda di KBB dah pun 8tahun jadi kena ada back up. So tukang kebun adopt si Tigger in training. Takdelah gementar sangat ada kawan sebab Tigger memang rajin teman dekat belakang.
Nak harap Jack (paling gemok)? Tak pernah nampak batang hidung dekat backyard, duduk depan rumah je. Kalau Gorrum selalu bagi heart attack, tiba-tiba muncul dari mana entah. Walaupun dia paling kecik, a good hunter, senyap je pergerakkannya macam-macam ditangkapnya ikut mood dia. Kucing dekat rumah ni tak kasi tukang kebun pening dengan masalah korek tanah tempat ada pokok. Dah kena bagi slow talk nanti tukang kebun tak beli food, pergilah tangkap tikus atau apa-apa sendiri for weeks. So its a good to have a cat around when you garden. You look after them, they look after you.
Pernah tengok documentary dekat Jepun, ada kajian yang cat 'purring sound' gelombang tersebut boleh membantu pesakit relax. Jadi sekali sekala ada hospital benarkan volunteer bawa kucing seminggu sekali sebagai therapy kepada pesakit mereka yang lebih-lebih lagi dah lama terpaksa duduk di hospital. Bagus jugalah kalau orang stress.

Memandangkan Sabtu lepas dari pagi dah mula hujan lebat, maka dearest husband dari membuang masa varnish semula set teakwood yang dalam gambar bawah di luar rumah (nanti lemau satu hari tak buat kerja bermanafaat). Takdelah segan sangat kalau orang datang bolehlah duduk bersantai di luar bila di dalam macam tongkang pecah budak bertiga tu kerjakan tak sempat mengemas. Adalah accomplishment dearest husband on that day nampak ceria sikitlah kawasan ni. Banyak lagi tu nak kena polish up.
FUJI Musume atau Merry-Go-Round kalau hari tak panas sangat biasanya sampai ke lewat petang ianya akan berkembang. Jadi pemilihan lokasi nak ianya kembang sampai lewat petang juga memainkan peranan. Kalau tempat teduh sangat pula nanti bunganya kembangnya kecik je dari normal.
7 ulasan:
salam kenal..blogwalking kat sini..
wahhh cantik sangat fuji musume tu..
baru tau nama die fuji hihih
Salam Diana,
Cantik2nya bunga Fuji ni! Biru ungunya cukup menyerlah, tak perlu tender loving care pulak tu! A good lesson pasal kucing tu, terutama sekali pasal beri amaran benda berbahaya di laman! Hai, nak kena consider bela kucing ke Mak Aji ni?! Dalam sibuk berkebun, kerja 9-5 lagi, sempat memvarnis kerusi ya, hebat betul hubby Diana! Sehan pulak orang pencen ni, masa banyak cuma time management agak kureeng sikit.
Morning glory jenis ni memang cantik dan pokoknya tahan lasak ya Diana. kak setuju sangat kalau waktu gardening ada kucing meneman. Memang dia orang selalu curious dan alert bila ada binatang apa2 bergerak dipersekitaran. Tapi la ni Kastih asyik mengorat ja kerjanya..
Maknya pula jadi tak sihat...
Cantik morning glori purple putih ni, gambar cukup cahaya...tapi tula kembangnya sekejap saja....
Wah cantiknya kak, blink2 mata melihatnya hehe...kucing2 pun meneman kakak buat kerja2 gardening ye heheh..
What a lovely bloom! Cuci mata. No wonder why my MG layu cepat. Nxt project i will sow in partial shade area. ChoiMin
Salam Bahagia Imm,
Terima kasih banyak-banyak sudi singgah kebun sini.
Ini jenis bunga seri pagi baka dari Jepun.
Salam Bahagia Mak Aji.
Bunga Morning Glory baka Jepun memang kegemaran Diana.
Tak jemu-jemu mata memandang.
Itu rajin selalu semai biji benihnya.
Lama tak tengok nanti rindu.
Tengok jenis kucing juga Mak Aji, macam anjing kena pilih breed kalau nak yang pandai bagi alarm. Baka campuran kucing Siam elok Mak Aji, mudah jaga dan mereka ni lincah.
Salam Bahagia Kak Mala.
Memang bagus ada kucing kat rumahkan. Macam kita ni bila dekat kebun dah leka sangat tak perasan dah sekeliling. Itu yang elok ada kucing mengekor tolong check area. Dah sampai musim mengorat ya Si Kastih. Si Tigger ni pula betina takut banyak beranak pinak dan bawa banyak jantan ke rumah pula bila besar nanti.
Salam Bahagia Sud@is,
Tengok jenis Seri Pagi juga, Kalau Seri Pagi Jepun (Ipomoea nil) biasanya kembang hingga petang.
Kalau dari America (ipomoea purpurea) banyak sebelum tengahari dah kuncup pula. Ada juga Seri Pagi yang Seri Malam, kembang pada waktu malam.
Salam Bahagia Julie,
Penawar bila sakit mata hehehe...cara mereka nak bermanja dengan tukang kebun mengekor dalam kebun sebab budak-budak biasanya tak bersama. Kalau ada budak-budak semua lari.
Salam Bahagia Choi Min,
Betul-betul cuci mata. Morning sun in full sun is better than partial shade. Afternoon dah in partial shade should be fine for longer bloom.
Catat Ulasan