No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 24 November 2014

Kyuuten Mizuna

 Syukur Alhamdulillah tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama hari ini ialah Kyuuten Mizuna, bendi mammoth, kacang kelisa, asparagus, kacang panjang, markisa dan limau nipis. Di sebelah barat ada 'Arugula', di sebelah Timur terutamanya di negara Jepun ada 'Mizuna'. Kira 'Mizuna' ini sebenarnya a version of Asian 'Arugula' cara nak sediakan lebih kurang sama. Tukang kebun lebih enjoy buat 'Mizuna' dalam fresh salad dari 'Arugula' sebab teksturnya lebih ranggup dimakan. Cara penjagaan 'Mizuna' dan 'Arugula' sama sahaja.
  Sayur daun Kyuuten Mizuna sesuai ditanam di dalam bekas bersama-sama sepohon bunga telang in full sun recommended for balcony gardeners yang mempunyai ruang terhad. Ramai yang bayangkan pokok bunga telang perlukan tempat memanjat tetapi anda boleh latih pokok tersebut menjadi bongsai seperti gambar No. 2. Bulan lepas dari pasu yang sama, kami dapat tuai Bok Choy 'Vitaminna' dan 'Komatsuna' sebelum dipindahkan anak-anak pokok sayur Kyuuten Mizuna (klik posting sebelum ini di sini). Jika diperhatikan pokok bunga telang juga dah mula naik subur dan menghasilkan bunga semula yang boleh dicampurkan dengan salad sayur Mizuna. Pokok bunga telang boleh hidup lama jika kita rajin kutip bunganya dan tidak membiarkan ianya membentuk banyak benih. Kacang muda bunga telang juga boleh digoreng bersama sambal petai udang. Untuk mereka yang mempunyai ruang yang terhad dan tiada tanah ini adalah cara untuk ambil peluang menggunakan sepenuhnya ruang yang ada sambil bercucuk tanam.
 Berbeza dengan 'Arugula', 'Mizuna' masa anak pokok dah bergerigi nampak daunnya. Bagi mereka yang biasa menanam 'Arugula' akan nampak perbezaan tersebut (gambar anak pokok arugula klik sini). Sementara nak tunggu pokok sayur daun yang dah hampir nak dituai, 2 minggu sebelumnya bolehlah menyemai biji benih yang baru yang bakal dipindahkan ke bekas tersebut untuk tidak membuang masa. Kalau rasa terlampau banyak sangat anak-anak pokok Mizuna Kyuuten naik dan tidak dapat dipindahkan semua kerana kekurangan ruang, boleh sahaja buat anak-anak pokok tersebut sebagai fresh salad dalam sandwich atau burger. Oleh itu walaupun tiada ruang tapi jika ada bekas kecil macam gambar di atas boleh sahaja letak sebelah tingkap bercahaya dan merasa hasil walaupun anak-anak pokok sekecil itu jadikan sebagai ulam/salad/sayur sandwich/sayur burger pun boleh. Kalau macam tu sayur segar di tempat kerja pun boleh kan bela atas tray bekas-bekas kecik di spot sebelah tingkap yang ada cahaya?
  Perhatikan gambar-gambar Mizuna Kyuuten batch yang sama dalam pasu sama, ada tukang kebun rekodkan tarikh pertumbuhannya untuk berkongsi dengan gardeners lain. Sebelum pindahkan anak-anak pokok baru trim pokok bunga telang tersebut untuk tidak menghalang pencahayaan.
 Perkembangan pertumbuhan sayur daun Mizuna gambar atas dan bawah dalam masa seminggu. Dah boleh tuai dah kalau nak.
  Sebelah pagi Sabtu lepas dearest husband pergi main Futsal wakil team division company dia mencari rezeki ada Sports Carnival. Masa pagi tengok anak-anak angkat belakang rumah kasi makan, lepas tu sambil isi air dalam bekas, mata dah tak tahan tengok rumput-rumput yang meriah naik cepat antara celahan batu-bata. Sambil tunggu bekas air penuh sambil sebelah tangan mencabut-cabut rumput terus jadi ralit. Ingat nak buat pruning dekat pergola depan sekali berjam pula jadinya mencabut rumput adalah 2 meter persegi juga tukang kebun cabut weed di celah batu bata sampai dearest balik rumah dah lepas Zohor di depan pintu dapur. Nampak tak gambar bawah yang ketara sangat bahagian dah dicabut dan belum dicabut.
~ Anggaran 50 Biji Benih Kyuuten Mizuna berharga RM1.00 sepek ~

Hasil cabutan rumput boleh tahan.
  Sekarang ni kalau nak kasi makan anak-anak angkat ayam gajah pakai baju yang buruk dan lusuh je lah tak sangka kacukan anak ayam gajah ini begitu manja sekali. Lebih-lebih lagi yang dalam gambar ini. Setiap kali masuk mesti terbang naik atas tangan, kalau tak dapat tangan di belakang badan atau bahu nak bertenggek juga. Habis berpasir baju atau bahagian tangan. Kalau lapan-lapan ekor naik errrr....dah jadi not a scary scarecrow. Anak-anak itik pula kalau lambat kasi makan mula menyudu kaki.
 Sabtu lepas yang anak-anak ayam kampung original 4 ekor tukang kebun dah pindahkan ke sangkar Petak 2 hidup bersama-sama ayam gajah dan itik telur.
 Sabtu lepas macam tercungap-cungap rasa banyak benda nak kena tick off the list, sebelah petang dearest husband sempat hantar motosikal tukar tayar dan servis sekali. Hantar budak-budak pergi kelas Taekwando sambil menunggu mereka singgah Econsave beli stok makanan. Kemudian singgah PetShop beli stok makanan-makanan ayam berguni-guni. Lepas Maghrib rushing ke Taman Alam Impian ada jemputan Birthday tema Frozen. Seronoklah juga dapat catch up dengan member-member lama yang dah tak jumpa.
 Email-email lewat malam nanti baru tukang kebun dapat balas kalau tak tertidurlah.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abby mmg cute...blue must be her fave colour. I'm quite addicted to arugula, like the peppery taste. very much.

Normala Saad berkata...

Amboi..anak dara kecil ni...comeiiinya...

@na berkata...

MasyaAllah macam2 ada kat ladang KBB ni... usaha gigih yang sangat berbaloi...
Alhamdulillah...

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana, nampak sedaplah Kyuuten Mizuna tu kak Julie nak beli 2 peket, anak2 ayam tu mengingatkan Julie dgn anak2 ayam di kampung dlu, bila kita sakat ayam & anak2nya mesti bulu ibu ayam tu kembang & nak patuk kita hihi...lucu pula bila diingat, bunga telang tu boleh latih rupanya, bunga telang di rumah Julie menjalar x tentu arah, habis pokok2 berhampiran dililit. Comelnya si Abby ni, dah besar sdh dia :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Bila ada 2 abang banyak baju recycle pun jadi warna ke arah boys hehehe...happy that you like arugula. Addicted to Arugula is a healthy thing.

Salam Bahagia Kak Mala.

Sekali-sekala dapat ke party dressing sakan sikit hehehe....headband balik baru perasan dah tak de.

Salam Bahagia @na.

Syukur Alhamdulillah setiap kali berbudi mengemas tanah adalah juga hasil yang dijumpa.

Salam Bahagia Julie,

Waalaikumsalam.

Kami memang suka makan kyuuten Mizuna dia tak rasa peppery sangat macam arugula. Masih lidah budak kihkihkih. InsyaAllah order Julie kami hantar minggu depan.
Betul dulu masa kecik suka juga menyakat ibu ayam milik arwah nenek, geram tengok anak-anak yang baru lahir comel tu. Mulalah kembang-kembang bulu sayap ibu ayam.
Ya bunga telang ni boleh dilatih Julie. Kalau dah semak pangkas je nanti dia naik balik.
Cepat je budak-budak ni membesar.