No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 28 November 2014

Wild Watermelon Balsam

  Antara koleksi jenis bunga keembung yang baru di Kebun Bahagia Bersama tahun ini yang sedang musim berbunga pada bulan November ini ialah jenis 'Wild Watermelon'. Jenis balsam 'Wild Watermelon' ini sekuntum bunganya kelopak berlapis-lapis dan menghasilkan beberapa rona merah di atas dasar warna putih. Biasanya bagi tukang kebun jadual semaian pokok bunga keembung di Kebun Bahagia Bersama ialah antara bulan Oktober hingga Januari sebab tak perlu banyak penjagaan dan mereka mudah hidup sendiri tanpa belaian dalam linkungan tersebut.
  Kadangkala pada pokok keembung 'Wild Watermelon' yang sama terkeluar juga yang kesemua bunganya berwarna merah.
 Kadangkala semua bunga pada sepohon pokok akan berwarna merah. Ini adalah faktor genetik yang akan menentukan warna biji benih tersebut. Secara random biji benihnya ada yang akan memberikan hasil bunga seperti gambar di atas atau gambar di bawah.
  Seperti gambar di bawah, bukan hanya tukang kebun yang minat bunga balsam 'Wild Watermelon'. Anak-anak sekarang bila main diluar dah mula hunting Pak Belalang dah jarang jumpa pula sekarang menyorok kut. Biji benih segar bunga balsam 'Wild Watermelon' baru dikemaskan hari ini dan bilangan sangat terhad. First come first serve.
 ~ Open Pollinated Balsam 'Wild Watermelon' Seeds~

Anggaran 15biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Fresh stock yang baru dituai juga jenis Balsam Pink Multi-Layer (Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00) .

14 ulasan:

Seri7ujuh berkata...

cantiknya...kat rumah cuma ada balsam single layer je...ikut hati memang geram tapi byk seeds yg belum ditanam lagi...kes rambang mata beli benih...aduhai...

nadia rashid berkata...

Baru je amik gamba balsam ni...tapi sy punya tak semeriah n see cantik ni...ni musim hujan batang nya mudah mereput

falraisi berkata...

My balsam still tak nak berbunga la.. Pokok gemuk tapi degil.

Normala Saad berkata...

Diana, kawan kak ada bagi balsam satu layer warna purple. Kak memang biarkan saja dia ni sebab memang pokok ni tahan lasak. Hampir setahun berlalu, baru2 ni kak terjumpa sepokok yang tumbuh dihujung pagar sorang2 dia. Tengok2, Bunga dia dah berlapis pula..

suka suka berkata...

Nak sepeket ya..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia MakNgah,

Tanamlah dulu benih-benih yang ada tu. Masa musim hujan ni sedap menyemai. Lebih-lebih lagi tinggal beberapa minggu je hujan banyak ni ada.

Salam Bahagia Nadia,

Batangnya masa pemindahan kena tanam dalam sikit untuk balsam ni. Nanti kami kongsi tips.

Salam Bahagia Sha,

Baguslah pokok balsam you naik gemok dulu. Nanti bergugusan keluar bunganya sekali buat you terpukau. Pastu addicted tanam balsam hehehe...

Salam Bahagia Kak Mala,

Rezeki berkunjung di hujung pagar hehehe...Alhamdulillah dapat pengganti yang lebih unik.

Salam Bahagia Kak Mar,

Nanti Tukang kebun selitkan dengan penghantaran minggu depan ni ya.

Shasrine berkata...

Diana, minta simpankan sepeket kalau still available. Tq.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shas,

Ada reservation yang nak 2 minggu tak claim lagi so I'll pass it to you.

Tanpa Nama berkata...

Hi Diana,
Ada lagi tak Watermelon balsam???
Choi Min

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Choi Min.

Baru je masuk limited stock segar dari kebun.

asyraf_h berkata...

Salam,
ada lagi tak benih balsam?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Asyraf,

Benih balsam ini ada stock dan terdapat pelbagai jenis lagi dalam stock.
Further details email to (kebunkmg@gmail.com).

Unknown berkata...

klu nak beli benihnya mau macam mana kut?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Angelina Teo.

Boleh email ke (kebunkmg@gmail.com) untuk membuat pesanan.