Salam Ramadhan dan terima kasih banyak-banyak kepada Sis A dari Kota Kuala Muda, Kedah selalu menceriakan hari Tukang Kebun dengan perkongsian perkembangan pokok-pokok yang dipos dari Kebun Bahagia Bersama ke kebunnya. Kekadang ada rasa malas juga Tukang Kebun nak update posting terbaru, tapi bila lihat khabar berita pokok-pokok kiriman ke kebun Sis A yang subur sekali dijaganya rasa naik semangat semula. Nampaknya adik beradik keluarga Clerodendrum si mekar putih panggilan White Butterfly dan si mekar merah jumpa panggilan Rose Glory Bower di belakangnya meriah berbunga.
Adik beradik pokok Heliconia si Halloween dan si Guyana pun cepat juga merimbun di kebun Sis A. Si Hippeastrum Equestre juga sudah mekar di kebunnyya.
Paling mengejutkan si fragrant Frangipani yellow picotee balinese yang tumbuh dari keratan pun dah tinggi memanjang membesar di kebun ibu sis A. Pokok mawar merah separa memanjat pun bahagia menghasilkan mekaran bunga-bunga di kebunnya.
Bunga Orkid yang tangkai bunganya tumbuh panjang boleh mencapai lebih 1 meter mencari cahaya matahari pun tersenyum mekar di kebun Sis A yang dikenali sebagai spesis Myrmecopila tibinicinis .
22 ulasan:
cantik2
Wah menjadi semua orkid tu
Pokok menjadi cantik bermula dari benih yang baik.
Sukakan nature jg..suka lihat hijau,menenangkan perasaan..done follow dri cikguzim
p
Selamat Hari Raya maaf zahir batin dari mama sekeluarga
Salam Puan
sy berminat mahu beli keratan mulberry putih. TQ ada sy email
bunga elok nian...
Frangipani saya dah dibuang oleh bapa saya....misi mencari semula datang kemabli ni...
Dia ni kenapa lama x update perkembangan...sakit ke
Ala...rindunya...awak kat mana?
Selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga
Tumpang Bahagia tengok anak2 pokok dari KBB meriah berbunga di kebun rakan-rakan.
Orkid jenis ni mudah nak bela sebab semut rajin tolong bagi baja.
Sis A ni pun tangan hijau dan sabar menunggu hasil
Pokok ni senang nak bela semula.
Saya pun rindu Kak.
Terkandas ni kat Kampung.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin dari kami Kebun Bahagia Bersama.
Salam Perkenalan Cikguzim,
Terima kasih jadi teman baru Kebun Bahagia Bersama.
Thank you Sis Mamapp ingatkan kami ni walaupun blog ni hiatus dah setahun ketika itu.
Mohon maaf sibuk uruskan hal-hal lain.
InsyaAllah kami akan cuba update sekerap yang mungkin.
Terima Kasih banyak2.
Catat Ulasan