Baru-baru ini dapat perkongsian update dari Kak Ros yang kebunnya di Jasin, Melaka mengkhabarkan yang anak pokok mempelam pauh ringgan dipos dalam sekitar tahun 2014 telah pun menghasilkan buah beberapa musim sudah (gambar sebelah kanan). Tumpang gembira sangat-sangat melihat gugusan buah mempelam yang sangat banyak. Syukur Alhamdulillah tumbuh subur di kebun Kak Ros dan moga sampai cucu cicit Kak Ros dapat merasa buah dari pokok tersebut.
Bila Kak Ros hantar gambar anak pokok mangga pauh ringan dari Kebun Bahagia Bersama dah dapat hasilnya teringat pula Tukang Kebun anak pokok mangga yang diseledup dari KBB bawa balik ke Kingfisher, Kota Kinabalu dulu yang agak sebaya juga dengan umur pokok mangga Kak Ros (gambar sebelah kiri) oleh adik perempuan Tukang Kebun.
Awal-awal tahun ini ada mak (Big Boss) pangkas pokok mempelam pauh ringan tersebut tak nak kasi dia tumbuh besar sangat sebab kawasan rumah teres corner lot sahaja. Itupun pokok mempelam tu duduk rapat antara pokok jambu batu dan pokok avokado. Lepas dah pangkas cepat je merimbun balik. Pokok mempelam pauh ringan yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah dari biji benih dan bukannya tut. Lagipun dari pengalaman sendiri dan perkongsian teman-teman Kebun Bahagia Bersama menunjukkan pokok mempelam pauh ringan yang dari semaian biji benih tumbuh seperti bondanya dan cuma ambil masa lebih 4 tahun untuk mula berbuah. Lagipun pokok mempelam pauh ringan yang tumbuh dari biji benih lebih panjang dan kuat akarnya untuk menghadapi cuaca yang tak menentu sekarang. Pokok yang boleh tumbuh secara semulajadi dari benih ada kuasa kuat untuk pertumbuhan akar pandai masuk ke dalam tanah tak sukar nak jaga. Bila dah setahun lebih tak perlu pun bantuan air secara manual, InsyaAllah boleh biarkan mother nature yang jaga sahaja. Pokok mempelam pauh ringan ni boleh dikirakan bila dah masuk usia remaja adalah pokok yang jimat air dan tahan musim kemarau tropika.
Kalau di Kebun Bahagia Bersama memang tak termakan buah mempelam pauh ringan ni banyak sangat bila sekali musim buah, kalau yang tinggi pun dibiarkan masak jatuh sendiri je. Kalau kurang masa bila disapu longgokkan dengan daun-daun kering yang lain, keluar macam cendawan anak-anak pokok mempelam pauh ringan dalam timbunan kompos daun kering tu seperti gambar di atas lebih-lebih lagi musim hujan. Belum lagi penat cabut yang berada sesat di dalam tempat kebun bunga.
Info lanjut mempelam telur atau mangga pauh ringan (klik sini)
~ 1 bekas anak pokok mempelam telur/pauh ringan RM10.00 ~
8 ulasan:
Sesuai dibuat jeruk atau acar mangga
mudah nk membesar ye dia kak... dhla buahnya banyak
Kurang minat pelam telur nie.. sebab kecik.. tapi kalau dapat, sekali hadap je.. hehehe..
Buah yang masih muda sangat cruncy dan tidak berapa masam. Boleh makan begitu saja.
Ya sedap buat jeruk dan acar.
Tumbuh senang dan cepat juga membuah dari biji Benih tak Yah nak belai sangat.
Hehehe... Ya sebiji sekali hadap je... Nak kena enjoy beberapa biji baru puas.
Kegemaran yang suka makan buah mangga muda.
Catat Ulasan