No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 15 Julai 2020

Original Kuini Malaysia Ice-Cream and World Environment Day 2020

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan anak-anak diberikan tugasan dari cikgu melalui Google Classroom, Whatsapp, dan Telegram. Berbuih mulut jugalah nak mengingatkan buat kerja sekolah dahulu dari asyik ingat nak main sahaja. Hujung bulan Jun ada pertandingan buat video untuk pelajar bagi Hari Alam Sekitar Sedunia 2020 bertema 'biodiversiti'. Rayyan dan Abby masing-masing menghantar satu penyertaan video dengan bimbingan Tukang Kebun.
 Syukur Alhamdulillah rezeki Rayyan dan Abby masing-masing dapat hadiah saguhati dengan penerimaan voucher Popular Bookstore bernilai RM60. Nasib baik voucher tersebut valid setahun sampai tahun depan, bila keadaan makin baik barulah boleh bawa Rayyan dan Abby ke Popular Bookstore untuk mereka pilih buku atau peralatan yang masing-masing idamkan. 
  Video penyertaan Rayyan mengenai pencemaran plastik di laut yang mengancam hidupan laut dan mencemarkan keindahan pulau. Rayyan mengambil contoh masalah yang dihadapi oleh penduduk Pulau Libaran dan kekurangan penyu naik ke darat untuk bertelur di Pulau Libaran (Posting lepas mengenai Pulau Libaran - Klik Sini).
  Abby pula menghantar penyertaan video mengenai pentingnya pemeliharaan biodiversiti lebah dan bagaimana penyemburan racun di kebun juga memberi impak kepada lebah yang secara tidak lansung boleh mengganggu keterjaminan makanan.

 Di Teratak Kiulu Lodge, bulan Jun lepas adalah musim buah kuini setiap pagi ada sahaja buah kuini yang ranum berguguran boleh dikutip. Bila dah terlalu banyak rasa sayang pula fikirkannya. Jadi salah satu cara yang boleh kita kasi simpan tahan lama buah kuini ini yang pasti anak-anak pun suka ialah dengan buat aiskrim. Mula-mula bila fikir tajuk kalau tulis perisa kuini macam bunyi guna kordial lah pula. Jadi kita pakai perkataan Original lah sebab memang terus pakai buah kuini yang asli dan tanpa bahan pengawet, perisa atau pewarna tiruan. Versi pertama Tukang Kebun buat tanpa gula dan santannya kurang sikit sebab baru nak testing testing. Yang versi kedua dengan gula batu perang dengan santan yang lebih lemak sangat laku pula terlajak laris kalau tak dikawal tak berhenti-henti makan aiskrim kuini.


Bahan asas untuk AisKrim Malaysia Kuini Asli:
Buah Kuini yang sudah ranum
Santan
Gula Batu Perang
Air

Berapa banyak gula batu bergantung kepada rasa tekak sendiri dan cuba dahulu makan buahnya manis tahap mana. Boleh juga tonton telatah permata hati kami buat Aiskrim Malaysia Kuini Asli seperti video di bawah untuk percubaan kedua yang memang laku laris laju habis. Tak sangka pula ada mirip rasa aiskrim Solero yang popular tu kecuali yang ni versi rasanya buah Kuini. Tukang Kebun perhatikan ramai gunakan buat home-made ice-cream Solero guna susu lembu. Tapi memandangkan Tukang Kebun lebih gemar gunakan hasil apa yang ada dari kebun dari sendiri, cubalah pakai santan versi susu kelapa la kan dari tumbuhan tak sangka ngam pula.


Jika anak pokok mempelam telur atau mangga pauh ringan ada dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Anak pokok mempelam telur dari Kebun Bahagia Bersama yang dibekalkan ke Melaka dulu ke kebun Kak R pun sudah Syukur Alhamdulillah menghasilkan buah yang sangat lebat yang pernah kami kongsi di posting dahulu (CLICK HERECLICK HERE). Pokok mangga jenis ni pun sesuai tanam secara guerilla gardening kerana biasanya menghasilkan buah yang quantity sangat lumayan jadi boleh kongsi jiran-jiran yang berdekatan, kalau orang lain ambil pun sebab tanam tepi jalan InsyaAllah masih ada bahagian tuan yang menanam.

~ 1 anak pokok mempelam telur/mangga pauh ringan RM10.00 ~

Sabtu (18/07/2020) dan Ahad (19/07/2020) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

Servis Penghantaran di area Bukit Jelutong, Shah Alam pada hari Khamis hingga Jumaat (16/07/2020~17/07/2020) untuk pesanan lebih dari RM50.00 .

Pesanan boleh wassup contact no : 019-293-1340.

15 ulasan:

norhidana berkata...

bestnya kak sekerim kuini tuh... kat sini nak jumpa kuini pun susah kak

Han Hanni berkata...

Bestnya Ice Cream Kuini. Kuini best.. Wangi sangat bau dia. Tapi tu la, kalau ada, memang makan je tak sempat nak buat Ice Cream . Nak cari Kuini elok pun payah, kadang2 luar cantek, dlm buruk

Amie berkata...

Wah! Menariknya!
Mesti menarik aroma aiskrim kuini.
Belum pernah cuba buat lagi, apalagi merasa. Tentu sedap!

okk berkata...

nice info.....

Zurainny Ismail berkata...

Hebat Tukang Kebun ni, blh buat eskrim ori. Sepanjang hidup ku ini, blm pernah lg makan buah kuini...hihihi ;)

Normala Saad berkata...

Dah besar dah Abby....

meintheswim berkata...

Tahniah Rayyan dan Abby. Semoga beroleh kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.
Dari kecil lagi mereka sudah peka dengan masaalah pencemaran dan kepentingan biodiversity.




TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana,

Ya betul tu sekarang nak jumpa buah Kuini pun susah. Takde sangat dijual. Mungkin susah juga sebab bila Pembeli harap kulit luaran buah pun kena cantik.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Han Hanni,

Syukur Alhamdulillah Kali ni banyak sangat dah masak rasa membazir kalau tak cuba preserve mana dapat. Yang ni pula luar ya buruk tapi isi dalam OK hehehe... Kalau yang kait kekadang takut jatuh jadi lebam isi tak elok pula.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Diana,

Wangi baunya tu banding jenis mangga lain.

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Kak Amie,

Ya aroma dia tu wangi naturally.
Yang ni anak2 memang favorite, kalau makan gitu tak mau tapi bila dah dibuat aiskrim asyik minta ja...hehehe...

TukangKebun berkata...

Terima Kasih sudi baca.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Zurainny,

Sayang pula kalau biarkan buah Kuini yang berlambakan tu buat experiment di dapur me jadi pula hehehe...

TukangKebun berkata...

Cepat je besar kan macam cucu Kak Mala.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Aunty meintheswim,

Thank you.
Kena banyak hands on baru faham juga, jauh perjalanan luas pengalaman.