No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 12 Julai 2020

Jantung Pisang Rebus Goreng Berlada Black Pepper

Syukur Alhamdulillah awal bulan ini di Kebun Kingfisher Big Boss banyak hasil dari pokok buah pisang nipah. Semasa menunggu tandan pisang buah nipah masak bolehlah kita nikmati jantung pisang buah nipah ni terdahulu. Antara kebiasaan masakan jantung pisang ialah masak gulai lemak. Posting kali ini Tukang Kebun share aksi-aksi tuai pokok pisang nipah seperti video di bawah ini:


Cabaran nak kasi tumbang potong pokok nipah di Kebun Kingfisher ialah arah nak kasi tumbang sebab ruang yang padat antara pokok-pokok yang ditanam ceroboh reserve tanah parit (guerilla gardening). Tambahan pula pokok pisang nipah ni batangnya besar dan tinggi. Kalau tanah subur lagilah besar batangnya mengalahkan pokok kelapa. Tukang Kebun memang mengelak tuai sendiri pokok pisang nipah, kena tunggu my pendekar balik rumah dululah ya. Antara lauk yang hidangan dari bahan jantung pisang yang digemari baru-baru ini adalah Jantung Pisang Rebus Goreng Berlada Black Pepper seperti perkongsian di video di bawah ini:

Jantung Pisang Rebus Goreng Berlada Black Peper

1 jantung pisang rebus (pisang abu/nipah/sabah) yang dicelur bersama garam.
Segenggam ikan bilis yang telah digoreng

Bahan Kisaran:
15 cili padi
2 atau 3 bawang merah
1 bawang bombay
1 sudu besar biji lada hitam

Perisa:
1 sudu besar kicap lemak manis
secubit garam


Semasa musim recovery Covid-19 ini Kebun Bahagia Bersama buka semula pesanan untuk sulur anak pokok pisang untuk dipos atau diambil sendiri. Ni stok asli ya bukan stok kultur tisu jadi ianya lebih cepat membesar menghasilkan buah berbanding kultur tisu. Kalau yang self-collect memang disediakan stok sedia ada yang sulur besarlah available di kebun lagi. Jika by pos kena tengok saiz kotak dahulu dan beratnya.

Jenis-jenis sulur anak pokok pisang yang ada minggu ini selagi stok masih ada:

Pokok pisang Tembaga/Raja Udang (RM20.00) (Link).
Pokok pisang Kadau (RM10.00) (Link).
Pokok pisang Nangka (RM10.00) (Link).
Pokok pisang Berangan (RM10.00)
Pokok pisang Mas batang merah (RM10.00) (Link).
Pokok pisang Bantan (RM8.00) (Link).
Pokok pisang bunga hiasan (RM7.00) (Link)

Sabtu (18/07/2020) dan Ahad (19/07/2020) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

Servis Penghantaran di area Bukit Jelutong, Shah Alam pada hari Isnin hingga Jumaat (13/07/2020 ~ 17/07/2020) untuk pesanan lebih dari RM50.00 .

Pesanan boleh wassup contact Nizam : 019-293-1340 .

6 ulasan:

Amie berkata...

Macam-macam boleh diolah jantung pisang ini ye. Tq for sharing. First time dengar resepi ni.

Warisan Petani berkata...

Jantung pisang nipah, rebus aje pun sedap

norhidana berkata...

sedap tu kak menu nya tu... teringin nk beli anak pokok akak tu tapi tanah lak tak berapa luas kak oi... kalau boleh tanam dalam pasu teringin jugak heheheh

TukangKebun berkata...

Macam2 masakan boleh diolah kan. Sesetengah tempat siap pakai yang kuntuman bunganya di dalam buat goreng ranggup satu persatu .

TukangKebun berkata...

Betul betul hehehe...

TukangKebun berkata...

Hehehe tanam yang jenis kecik pokok pisangnya Dana. Daun pisang pun banyak kegunaan untuk prep masakan.