No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 8 Oktober 2020

Air Terjun Pliva, Jajce, Bosnia I Herzegovina

Di kawasan Bosnia, air terjun yang popular untuk dilawati oleh orang tempatan pada musim panas adalah air terjun Pliva di Jajce, manakala di kawasan Herzegovina pula adalah air terjun Kravice (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah sebelum kami berangkat pulang ke tanahair setelah selesai langsai kerja hakiki di Bosnia I Herzegovina sempatlah kami melawat air terjun indah di Jajce ini. Keunikan air terjun ini adalah ianya mengalir di tempat di mana sebuah pekan berkembang atau asas penempatan awal telah dibangunkan di kawasan ini sebelum zaman middle ages lagi menjadikan asas tamadun warisan budaya di kawasan ini.
Kawasan pekan berdekatan air terjun Pliva ini iaitu pekan Jajce sebenarnya adalah kawasan istana dan linkungan kubu zaman Medieval atau Middle Ages. Di sini kita boleh lihat penempatan baru blend bersama tembok bangunan peninggalan bandar purba semasa zaman Medieval ketika Bosnia Kingdom sebelum kedatangan penaklukan empayar Turki Ottoman.
Di kawasan bahagian bawah aliran air terjun ini ada platform di mana pelancong boleh rasa percikan air dari air terjun yang sedang dalam senarai tentatif untuk gazzette sebagai UNESCO World Heritage Site. Salah satu keunikan air terjun ini ialah ianya terbentuk dari aliran dua batang sungai iaitu pertembungan Sungai Pliva dan Sungai Vrbas.
Walaupun tempat ini lebih popular dilawati ketika musim panas kerana pelancong tempatan mencari tempat yang kurang panas untuk menikmati aktiviti air pada musim panas, pemandangan sekitar air terjun ini ketika awal musim luruh pun sangat indah bagi pelancong yang berasal bukan dari cuaca 4 musim seperti Tukang Kebun ini.
Sambil berjalan kaki menurun ke kawasan platform air terjun Pliva ini, ada beberapa tempat untuk ambil nafas berehat sambil menikmati pemandangan yang indah pada musim luruh.
Semasa Tukang Kebun lawat Air Terjun Pliva ini ada juga beberapa keluarga pelancong bangsa Arab yang melancong di sini. Menurut guide kami, ramai pelancong bangsa Arab suka datang kawasan ini dengan kereta sewa.
Lawatan kami ke Air Terjun Pliva ketika itu kedatangan pelancong tidak beberapa ramai jadi selesa dan tenang menikmati keindahan sekitar air terjun ini. Kuat juga percikan air terjun ini boleh basah jugalah baju jika berada berdekatannya lama.

16 ulasan:

Amie berkata...

Cantik Bosnia & Herzegovina. Negara kecil. Penduduk tak ramai. Sungainya jernih, air terjunnya.... Aduhai! Bagaikan sedang mengintai syurga!

NORAHIDA IBRAHIM berkata...

Bestnya. Semaga ada rezeki juga untuk ke sana.

Unknown berkata...

Cantik nya pemandangan dia.. depan mata nampak air terjun macam tu..kalau saya gayat pulak rasa.

Ana Jingga berkata...

Subhanaallah cantiknya pemandangan, bila sebut BH ni teringat dulu drama lakonan Remy Ishak dengan Sara Ali kat sini, memang cun2 lokasinya hehe :)

Shida Radzuan berkata...

TK cantiknya aliran air tu..terpegun jap tgk air terjun :)

Azhafizah MN berkata...

MashaAllah cantiknya ciptaan Allah. Permandangan yang sangat indah. Duduk sini lama sambil menikmati view pun seronok juga ni. Tengok in real ni terus terpaku rasanya :)

nohas berkata...

Subhanallah, cantik sungguh air terjun ni..tak berapa tinggi..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Sumber air mereka jaga dengan baik sedangkan sungai di Sarajevo pun jernih Kak.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Noradiha,

InsyaAllah ada rezeki pergi ke Bosnia.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Diana,

Kalau tengok dari tempat tinggi boleh rasa gayat, tengok dari platform di bawah OK sikit.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Ana,

Memang cantik negara Bosnia and Herzegovina ni macam fairy tales Kingdom.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Shida,

Rasa macam berada di alam lain kejap hehehe... Macam scenery lord of the ring pun ada.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Lupa segala hal dunia seketika bila berada di sini. Tenang menikmati pemandangan indah ciptaan Allah.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nohas,

Cuma dalam 20 meter lebih sahaja, dulu tinggal sikit sebelum ada empangan di bina.

mamapp berkata...

Untungnya tukangkebun dot pergi tempat2 yg Indah sgt MCM ni. Mama pun tumpang tgk Dari gambar2 je pun dah happy

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mamapp,

Nasib ada urusan kerja di situ baru dapat nak saksi kan keindahan kawasan ni.