No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 10 Oktober 2020

Iwamoto Mountain Park and Tea Farm, Fuji

Salah satu hajat yang ingin ditunaikan lawatan ke Jepun pada bulan Mac 2019 ialah bagi pengalaman aktiviti hanami (berkelah di bawah pokok bunga sakura) kepada anak-anak. Syukur Alhamdulillah hari keempat di area kawasan Fuji cuaca sangat baik. Selepas check out dari guest house Face to Face kami ke Iwatoyama Park atau juga dikenali dengan Iwamoto Mountain Park kalau google map yang berada di kawasan puncak bukit. Bila keluar dari pusat bandar Fujinomiya tersergam indah pemandangan panorama kebun-kebun teh dan puncak gunung Fuji jelas kelihatan sepanjang driving ke Iwatoyama Park. Teringat semasa singgah isi petrol di belakang stesen minyak view sangat indah dengan kebun teh dan Gunung Fuji tersergam.
Tidak terdapat banyak informasi Taman Iwatoyama dalam rekod Bahasa Inggeris yang Tukang Kebun dapat kumpulkan ketika itu sebelum ke sini. Bila buka website Jepun tengok banyak gambar sakura di kawasan ini sebagai tempat berkelah digemari oleh orang tempatan, lepas tu bila kaji kebiasaan musim bunga sakura ini Tukang Kebun dapati masa hari kami ke sini mungkin dah mula nak kembang bunganya. Lagipun pada tahun 2019, jangkaan musim bunga sakura adalah lebih awal dari kebiasaan. Maka Tukang Kebun masukkan dalam plan perjalanan Jepun untuk hari keempat. Tidak sangka pula dalam perjalanan akan lalui kawasan kebun-kebun teh pula yang pemandangan menarik di latarbelakangnya ada Gunung Fuji bersama. Maka tidak perlulah kami singgah ke spot ambil gambar kebun teh yang popular disyorkan oleh pelancong luar seperti "Obuchi Sasaba" boleh skip. Jimat petrol dan masa kerana berdekatan Taman Iwatoyama pun banyak spot cantik nak ambil gambar kebun teh bersama Gunung Fuji.
  
  Cuma jalanraya kawasan Fujinomiya ni bagi Tukang Kebun dan suami sangat sempit, kekadang macam sebiji kereta sahaja boleh lalu. Bukan sahaja nak pandu naik ke Taman Iwatoyama sempit tetapi dalam bandar Fujinomiya itu tersendiri sempit jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Syukur sangat kami tak sewa kereta yang lebih besar. Semasa ronda-ronda di kawasan Fuji tahun lepas selama seminggu kami sewa kereta Toyota Sienta dengan nak angkut 3 kanak-kanak dan bagasi-bagasi. Itupun tiga kanak-kanak ni duduk barisan sama-sama. Barisan tempat duduk belakang sekali buat tempat letak bagasi. Itupun satu luggage besar kami tak bawa bersama bila landing Narita Tokyo terus kami gunakan perkhidmatan penghantaran bagasi ke Hotel yang akan kami menginap 3 malam kemudian di Asakusa, Tokyo. Selesa jugalah naik kereta Toyota Sienta naik turun lereng-lereng highway di kawasan banjaran gunung cuma tak boleh speed up laju sahaja lah lagipun di tempat orang kena beradab ikut cara mereka bawa kereta. Papa Abby yang buat pemilihan kereta sewa sebab dia lagi reti nak tau spec kereta ruang semua untuk memudahkan agak-agak ruang bagasi yang dapat digunakan bagi memudahkan perjalanan. Bolehlah merasa naik kereta Toyota Sienta.
Bandar Fuji terletak di dalam negeri Shizuoka yang terkenal sebagai salah satu pengeluar terbesar teh di Jepun. Bila mengimbas kembali anak-anak ni pertama kali tengok kebun teh di Shizuoka kerana pada masa itu mereka tak pernah lagi ke Cameron Highland atau Kebun Teh Ranau (related posting klik sini). Jika nak ke Iwatoyama Park ini pada musim bunga sakura elok datang awal sebab nanti cepat parking penuh kena jalan jauh sikit. Semasa kami sampai di Taman Iwatoyama belum ramai pengunjung dapat tempat parking yang cuma bersebelahan sahaja dengan Taman Iwatoyama ini. Kalau tak silap di sini free parking dan kami tiba dalam pukul 10:00 pagi.
Semasa kami di sini banyak juga event sedang diadakan oleh penganjur yang berbeza seperti pertandingan menari kumpulan kanak-kanak, muzik kumpulan orchestra dan ada macam flea market atau car-booth sale. Perhati anak-anak ni berani juga dalam diam-diam membeli alat mainan kecil dengan duit simpanan mereka untuk Japan trip di flea market walaupun tak reti cakap Jepun sebab kami biarkan sahaja mereka bebas bergerak sambil berkelah di  bawah pokok bunga sakura. Di Taman Iwatoyama ini ada tandas awam dan juga vendor machine untuk beli air minuman panas atau sejuk.
Syukur Alhamdulillah masa hanami di Taman Iwatoyama ini kelihatan pokok bunga sakura baru nak mula berkembang buka kelopaknya. Tidak jauh dari tempat kami pilih berkelah pun ada kumpulan pengakap sekolah rendah, kumpulan lepak dengan kawan-kawan dan juga keluarga menikmati aktiviti hanami. Kami siap hampar tikar lipat yang dibawa dari Malaysia semata-mata standby untuk hanami. Jenis tikar lipat boleh sumbat dengan mudah dalam beg galas yang biasa orang Malaysia bawa berkelah tu macam versi tikar mengkuang. Papa Abby memang bahagia dapat buat pengalaman hanami bersama anak-anaknya berbaloi penat memandu berputar mencari tempat ini.Mula-mula pakai GPS kereta di bawa ke tempat lain dahulu.
Di Taman Iwatoyama ini juga ada platform observation deck boleh lihat pemandangan hingga ke laut Teluk Suruga cuma Tukang Kebun tak jumpa mana gambar tersebut dalam folder gambar ke Jepun 2019 ini. Tahun 2019 teramat sibuk tak sempat berkongsi di blog bila masa PKP ni baru ada masa nak tengok gambar-gambar kenangan semula di Jepun dan simpan di blog untuk memori anak-anak. Selepas sarapan sambil hanami di Taman Iwatoyama kami bergerak ke Fuji Milkland pula bawa anak-anak tengok binatang ternakan tenusu (related posting klik sini). Dari bandar Fujinomiya ke Iwamoto Mountain Park driving dalam 20 minit sahaja. Kemudian dari Iwamoto Mountain Park ke Fuji Milkland dalam 40 minit driving sahaja.
Sempat singgah ambil gambar lagi bila berhenti seketika di conveniance store bersebelahan dengan kebun teh dan Gunung Fuji yang menjadi simbol negeri Shizuoka.

10 ulasan:

Syazni Rahim berkata...

mesti seronok dapat tengok gunung fuji dengan mata kepala sendiri kan :)

Amie berkata...

Gunung Fuji nampak gagah berdiri megah!
Sepanjang tahunkan ada salji atas puncaknya tu?

Azhafizah MN berkata...

Cantiknya gunung fuji di lihat dari jauh pun. Di Jepun memang susah nak jumpa english words. Mereka sangat mempertahankan bahasa mereka. Dan suka jika orang luar mempelajari bahasa mereka. Nak tak nak memang kena standby lah belajar apa yang perlu.

Suka dengan culture orang jepun yang banyak aktiviti di taman. Sebab taman dorang dengan pokok sakura sangat cantik.

mamapp berkata...

Kalau tgk pemandamgan MCM ni hari2 tentu lah lapang fikiran

nohas berkata...

tak jemu tengok Gunung Fuji ni..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Syaz,

Tengok kasi hilang rindu. Dalam puncak pun dah tengok masa zaman bujang hehehe...

TukangKebun berkata...

Kalau musim panas dengan keadaan climate change boleh nampak di puncak dalam laharnya Kak Amie masa saya panjat zaman bujang dulu. Ada la sikit salji dalam lahar puncak atas tu.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Orang Jepun ni memang dari kecil sifat patriotism tinggi. Taman-Taman mereka ramai sukerela bantu jaga jadi ramai suka mengisi masa dengan keluarga dan kenalan di Taman.

Diorang paling suka kalau kita ambil initiatif mengenali Bahasa diorang.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Mamapp,

Ya ambil nafas panjang lepas balik kerja stress tengok pemandangan ni depan mata lupa segala seketika.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nohas,

Seperti Kinabalu tak jemu tengok dari pelbagai sudut kawasan.