Halaman

Jumaat, 29 Ogos 2014

Suka kembang Malam Jumaat

 Pokok jenis bawang crinum dekat corner nak ke stesen makan ternakan avian di belakang kawasan kebun ini rajin berbunga. Dah berbunga banyak kali tahun ini walaupun tidak dijaga dibiarkan begitu sahaja. Tangkai bunganya pun ketinggiannya lebih paras pinggang tukang kebun. Bila dah nak masuk maghrib biasanya dah mula kembang. Semalam tukang kebun tengok kucup bunganya dah mula kembang jadi dah agak pagi ini masa on the way ke stesen kasi makan mesti dah dapat cuci mata. Terpaksalah spesies kumpulan avian tu kena tunggu breakfast sementara tukang kebun belek-belek bunganya.
  Secara kebetulan jenis bunga crinum ini yang tukang kebun import dari kampung big boss diperhatikan suka mula kembang malam jumaat. Cuma semalam tukang kebun terlepas late night show dari bakawali. Bila tengok pagi ini baru perasan dah kembang rupanya. Eh suka kembang malam jumaat juga ke si bakawali ni.
  Hari ini nak tukar menu sikit jadi kenalah foraging for food dekat kebun. Sambil merumput baru teringat ada remayung merah tumbuh subur sendiri jadi petik-petiklah daunnya campur dengan yang sayur raja yang berwarna hijau. Kemudian keliling pokok remayung banyak anak-anak pokok ginseng jawa tumbuh lalu dicabut dan bolehlah campur 3 jenis sayur ini untuk dinner masak goreng belacan. Testimoni dari tukang kebun, jika wanita mengalami masalah keputihan, tukang kebun recommend makan daun ginseng jawa. Ada satu pokok jambu air di sebelah tempat bakar green waste pun sudah lebat berbuah musimnya. Mood malas jadi capai yang dekat bawah je. 
  Favourite snack tukang kebun sambil-sambil jalan di belakang ialah bila nampak ada kudup bunga costus green mountain yang belum kembang. Sedap kudup bunga dia ni ada rasa fruity sweet and sour serta ranggup dikunyah. Biasanya tukang kebun makan sambil round-round dekat kebun jadi takdelah dalam bakul tuaian.

Info pokok costus green mountain klik sini.

  Blissful life when you don't even have to grow your own food, they grow 100% by themselves self-seeded. For us today free food is Red Malabar Spinach, Javanese Ginseng, butterfly pea flowers courtesy from the nature. 

Khamis, 28 Ogos 2014

Tigger joins in KBB Team Members

  Pada suatu hujung minggu dalam bulan Syawal, tukang kebun ternampak kelibat warna oren masuk dalam Kebun Bahagia Bersama seperti sesat bising meow meow meow. Tukang kebun minta dearest hubby tangkap pergi letak dekat station kasi makan kucing di belakang rumah. Sejak dah dapat makan free, dia dah tak ke mana duduk main, makan dan tido di kawasan belakang rumah. Jadi kami gelarkan dia si Tigger. Entahlah Tigger tak de niat nak culik ko pun, entah bertuan ke tidak. Tigger sendiri yang bebas pilih nak duduk sama-sama dalam Kebun Bahagia Bersama ni. The curious kitten ini pun dah mula rajin mengekor tengok tukang kebun buat apa sambil dia main-main dengan daun-daun pokok. Tukang kebun pun belum pernah sentuh Tigger ini masih belum jinak lagi, bila lapar pandai pula meow minta makan.

 Elok pula petang tadi Tigger pandai pula berposing tengok tukang kebun ambil gambar. Ada pula yang cemburu tukang kebun ambil gambar Tigger. Sedang elok je baru nak tekan gambar snap, kenapa pula gambar jadi hitam terus ini. Rupa-rupanya sedang tekan butang ambik gambar tu, Si turkey pula duduk betul-betul depan lensa block Tigger punya view (bulu turkey hitam tu gambar jadi hitam). Nak kena halau turkey berapa kali baru dapat ambil gambar si Tigger. Hey turkey dah berapa kali dah kut nampak hang dekat background gambar bagilah Tigger chance buat debut pula kut. Tukang kebun tak sangka si Turkey pandai cemburu juga ya.

 Dekat depan dapur ni dah mula semak balik bila hujan pelbagai jenis weed dah naik dengan pantas, tak sempat nak cabut. Bayam dan Sweet basil large italian leaves pun dah banyak muncul di kawasan ini tumbuh sesuka hati di celah-celah batu bata. Pokok thyme musim-musim hujan ini sila pindah ke full sun ya kalau nak dia hidup bahagia. Elak bagi thyme jangan menghimpit dengan tumbuhan lain masa musim hujan dengan kelembapan udara yang tinggi. Sebab thyme ni asal Mediterranean herb yang kelembapan (humidity) tak tinggi macam Malaysia ini. Rosemary pun sama kalau tidak cepat sakit. Pengudaraan adalah penting.
  Minggu ini yang hampir setiap hari boleh dituai di Kebun Bahagia Bersama adalah kesimpulan gambar di atas jika rajin dipetik. Dari minggu lepas, nasturtium bercambah dengan amat mudah sekali. Kalau anak pokok nasturtium dah banyak sangat tak tau mana nak letak, boleh je treat dia sebagai "sprout" atau ulam sebab daunnya memang boleh dimakan. 

~ Biji benih bunga nasturtium jewel mixed~

Anggaran 7 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (kebunkmg@gmail.com)

Rabu, 27 Ogos 2014

Macaroni Goreng Ginseng Jawa versi Kebun Bahagia Bersama

 Masa dalam memikirkan menu untuk majlis kecil sambut raya dan birthday Abby bulan ini (klik sini), Mama Pongkey tuan tanah 'Homely Chaos' telah membantu memberikan cadangan beberapa jenis hidangan. Terima kasih kepada Mama Pongkey kerana mengingatkan tukang kebun yang majlis ini ramai kanak-kanak jadi eloknya ada macaroni goreng. Tambahan pula Mama Pongkey dah kenal sangat yang tukang kebun ni memang banyak stok Ginseng Jawa dalam kebun. Jadi salah satu menu pada majlis tersebut ialah Macaroni Goreng Ginseng Jawa.

 Tak disangka pula juadah ini yang antara paling digemari dan yang pertama sekali habis licin. Sehinggakan dearest husband pun comment ramai tanya dia siapa masak macaroni goreng tersebut (dia terpinga-pinga sebab tak dapat merasa). Tukang masak/kebun pun terlopong juga sebab masa masak tu tengah migraine merangkap gastrik lupa nak makan dari pagi (jenis kalau dah mula buat kerja lupa nak makan). Tuan Tanah ' Pencinta Alam, Pemakan yang hebat Penyayang pada keluarga' pun bagi review ok dan minta kongsikan cara membuat Macaroni Goreng Ginseng Jawa versi Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun cuba-cubalah kongsi resepi mudah ini tapi berapa banyak bahan nak letak tu ikut cita rasa masing-masing lah ya. Tukang kebun ikut sedap je main capai-capai jadi sukatan exact tu tak fasih.
Bahan-bahan :

~Macaroni (sediakan masak dulu)
~Bawang putih dan bawang merah tumbuk bersama (untuk ditumis)
~Cili kering dah belendar (ikut berapa pedas nak)
~Daging cincang (mince meat)
~Sos Pasta brand Adabi (1 tin)
~ Oregano atau thyme (fresh or dried)
~ Daun Ginseng Jawa
~ Boleh juga campurkan home-grown sayur-sayuran dari kebun yang ada
~ Garam ikut citarasa

 Panaskan minyak zaitun untuk menumis. Dah panas minyak tumis bawang merah dan putih. Dah masak bawangnya, masukkan pula cili kering blendar ikut level pedas citarasa masing-masing. Bila dah masak naik bau tumisan tersebut masukkan pula daging cincang. Kemudian home-grown sayur-sayuran yang digemari jika nak. Dah masak bahan tersebut masukkan pula Sos pasta brand Adabi tersebut dan fresh/dried Oregano/thyme ke dalam kuali. Kacau dan bila dah mendidih sos tersebut baru masukkan daun Ginseng Jawa. Daun Ginseng Jawa ni cepat layu jadi masak sekejap je. Letak garam ikut citarasa. Kemudian masukkan Macaroni dan gorengkanlah hingga semua sebati diselaputi rencah tadi. Done. Simple, Quick and Easy.

 Anak-anak tukang kebun tiba-tiba tak gemar sos pasta tomato brand prego bila tukang kebun mencuba-cuba Adabi pada suatu hari. Jadi tukang kebun sekarang stick on brand Adabi atau brand lain punya tomato paste/puree jika stock sos pasta tomato tak de. Tukang kebun rasa sebab prego seasoning dia dah kuat, jadi anak-anak ni prefer kalau yang sos paste dia rasa mild atau belum kena seasoning. Jadi tukang kebunnya ada choice nak freshly bagi seasoning tomato paste/puree tersebut lebih-lebih lagi jika bahan memang ada fresh dari kebun sendiri. 

Soalan tukang kebun: Brand tomato paste/puree mana kegemaran keluarga anda?

 Bunga pink ginseng jawa tersebut bukan sekadar hiasan ya. Memang untuk makan sekali sebab bunganya edible dan safe as far as tukang kebun tengok anak-anak sendiri makan dengan gembiranya last weekend. Untung ada pokok ginseng jawa di rumah menjadikan menu lengkap untuk seisi keluarga. Daunnya boleh masak dalam macaroni goreng atau kuah spaghetti, kemudian bunganya menjadi hiasan yang comel boleh dimakan. Rebusan air akarnya pula baguslah pula untuk orang lelaki. Sayurnya pula membantu wanita yang mengalami masalah keputihan. Yang ada weight problem nak tambah berat dan tak selera makan pun bagus makan ini untuk boost appetite. Minggu lepas tukang kebun tak berapa selera makan sampai jadi gastrik lemau je tak bermaya, mood nak posting blog pun tak ada. Hari Ahad lepas makan tengahari dengan Macaroni Goreng Ginseng Jawa terasa macam asyik lapar nak kunyah makan je pula sebelah petangnya. Bila dinner baru teringat kenapa tiba-tiba ada appetite semula, rupanya sebab adanya makan ginseng jawa masa lunch. Jimat duit tak perlu supplement yang dah diproses, banyak penawar semulajadi dekat kebun tu kalau rajin nak petik.

Food for thoughts : Which is one is better, eat fresh food or process food like supplement?
 Bila tukang kebun ambil gambar bunga pokok herba misai kucing ini suka pula tengok kombinasi pokok misai kucing dan ginseng jawa. Gandingan kedua-dua herba ni nampak bahagia hidup bersama di patch ini. Disebabkan dari segi struktur bunga, warna, daun dan lain-lain adalah berlainan jadi tiada yang tenggelam tapi kedua-duanya nampak menaikkan seri tempat tersebut ada contrast.

~ Biji benih pokok ginseng jawa ~
Anggaran 250 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

~ Anak pokok ginseng jawa ~
1 pot for RM4.00 .
atau
3 pots for RM10.00

Atau boleh campur dengan tumbuhan lain dalam page Kebun Bahagia Bersama blog "3 plants mix for RM10".

Yang berminat nak self-collect tumbuh-tumbuhan boleh pada hari Sabtu ini (30hb Ogos 2014) antara pukul 5:30PM ~ 6:00PM berhampiran bangunan The Store, Sungai Buloh.

Kalau nak beli tanah bakar tengok keadaan cuaca, kalau pagi hujan tak dapatlah nak mengorek.

Selasa, 26 Ogos 2014

Biji Benih Bendi Merah dan Mammoth baru tuai

 Salam Bahagia dan harap semua sihat sejahtera. Moga rezeki hujan yang banyak hujung bulan ini membuatkan tanaman di kebun nampak subur kembali. Cuma yang tak tahan weed pun cepat je naik walaupun baru je merumput. Kebelakangan ni memang tak de masa nak merumput jadi masa penghujung bulan Ramadhan dan awal Syawal banyak yang terbiar duduk bahagia bersama weed. Seperti gambar di bawah di mana pokok-pokok bendi heirloom mammoth spineless tukang kebun biarkan sahaja dikelilingi rumput. Nasib baik dia tak kisah diabai oleh tukang kebun dan biasalah musim raya ni memang tak tertuai bendi-bendi di kebun jadi semuanya dibiarkan dijadikan benih untuk stok fresh tukang kebun.
 ~ Bendi Merah ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (info klik sini)

~ Bendi Mammoth Spineless ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (info klik sini)

 Minggu lepas tuai batch cempedak terakhir untuk musim kali ini. Tukang kebun intai pokok nangka madu Thai dah mula berputik kembali. Instinct tukang kebun rasa pokok cempedak pun keberangkalian akan mula berputik juga nanti. Jika murah rezeki Kebun Bahagia Bersama Team Members, InsyaAllah hujung tahun ini ada lagi musim nangka dan cempedak.

Isnin, 25 Ogos 2014

Rayyan dah masuk 5 tahun

 Syukur Alhamdulillah Rayyan kami hari ini dah masuk 5 tahun walaupun jantungnya tak sempurna setelah menjalani beberapa pembedahan di permulaan hidupnya dia sangat active seperti kanak-kanak sebayanya yang lain. So mamapapa hope you'll grow not only physically strong but mentally strong as well and the next surgery in the future will also be as smooth as the previous ones. Rayyan sekarang jantungnya tiada injap (heart valve) antara chambers dalam jantungnya telah dipotong semasa pembedahannya yang ke-3, tengok progress pertumbuhannya bila dah besar jantungnya akan dipasang injap artificial. Semoga ketika Rayyan memerlukannya, technology juga dah makin advance. Disebabkan Rayyan dari bayi dah biasa kena cucuk sini sana, tukang kebun tak de masalah masa bawa Rayyan pergi check up dia dah lali sangat and he behave really well walaupun dicucuk-cucuk nak ambil sample darah. Setiap kali lepas check up rasanya Rayyan rasa lega dia tak perlu kena tinggal di hospital dapat ikut mama balik, menyanyi-nyanyi dalam kereta.

 Tukang kebun mula-mula mendapat seru nak berkebun tanam makanan sendiri bebas dari racun semasa mengandungkan Rayyan because I carry a mother's guilt. Mana kepala tak bengong pertama kali pergi scan masa mengandung Rayyan tiba-tiba anak kena diagnosed ada masalah jantung severe dan medical staff kata kita ada choice nak gugurkan atau tidak sebelum bayi dalam perut masuk 26 minggu. Undang-undang masa tu di Australia bila bayi dalam perut dah lebih 26 minggu tak boleh gugurkan lagi sebab bayi tu dah ada haknya sendiri dari segi undang-undang. Biasalah sebagai seorang manusia yang lemah bermacam-macamlah kita fikir, kenapalah semuanya ini berlaku, apalah puncanya? ect. ect. 

 Yang tak syoknya bila dah 2 pihak keluarga asyik ungkit pasal keturunan pula. Nasib baiklah tukang kebun ni once upon a time seorang 'geneticist' dan "evolutionary biologist" ketika itu jadi kekadang this thing happened bukan sahaja sebab dari keturunan tapi environmental factor pun mungkin ada. Dalam hatiku simpan (malas nak dengar family ber-drama pasal keturunan, lagipun bab keturunan/hereditary ni pun bidang tukang kebun) dan biarkanlah I am only to blame. Masa awal mengandungkan Rayyan tukang kebun baru bermula beberapa bulan lanjutkan belajar jadi masa awal-awal tu susahlah sikit nak tolak permintaan-permintaan experiment yang supervisor suruh betul tak. Tukang kebun kena gunakan bermacam-macam chemical yang tak baik untuk orang mengandung dan radioactive so perhaps I wasn't being too careful. Hence, I carry the mother's guilt masa mengandungkan Rayyan.

 Penyebab utama setelah melalui beberapa traumatic events, tukang kebun memang tak sentuh racun for the things I grow and nurture (I personally consider them as my babies). Bab 'meracun' ni memang cukup sensitive bagi tukang kebun dan tukang kebun memang phobia dengan chemicals yang tak baik. Beberapa kali adalah juga orang bertanyakan dekat email mengenai nak pakai racun apa. Of course tukang kebun tak akan recommend any racun. Niat Kebun Bahagia Bersama Team Members sentiasa adalah dengan harapan dapat menyeru untuk gardeners lain nurture without using any toxic or poison. Tukang kebun pun dah gaduh besar dengan big boss banyak kali pasal merumpai sembur dekat weed yang tumbuh antara batu-batu bata pavement di jalan. Prinsip tukang kebun kenapalah pula aku nak sembur racun dekat pokok-pokok yang aku bela dari baby yang juga hasilnya aku nak kasi makan dekat baby-baby homo sapien tukang kebun. Tukang kebun pun tak percaya kalau label tulis sekian-sekian beberapa hari lepas meracun, ianya sudah selamat dimakan.

Food for thoughts: Jika seorang manusia makan sesuatu benda ianya akan memproses makanan tersebut, serap kandungan yang ada di dalam makanan ke dalam badan dan selepas dihadam makanan tersebut akan dikeluarkan semula (bahan buangan manusia). Untuk racun yang disembur ke atas tumbuhan dimanakah ianya hilang setelah beberapa hari? Dalam bentuk apakah ianya telah bertukar beberapa hari? Di manakah racun itu pergi untuk dikatakan ianya selamat dimakan?
 Gambar atas sayur sawi yang Rayyan semai biji benihnya dari projek tadika dia di depan pintu dapur kami. Tumbuh subur tanpa belaian, semua members KBB tahu Rayyan punya sawi ini. Semua sedang bersabar nak santap sawi Rayyan ini. Bab menyemai ini tangan Rayyan sebenarnya lebih menjadi dari tukang kebun. Masa Rayyan bawa balik semaiannya ke rumah, tukang kebun sedang mengalami masalah nak cambah biji-biji benih sayur daun sebab masa tu musim kemarau panas. Bila tukang kebun alihkan ke posisi berdekatan tempat bekas semaian Rayyan menjadi cambahannya (and here I thought I lost my touch already). Mengikut cuaca tempat semaian tukang kebun pun biasanya kena berubah-ubah. 

 Thank you Rayyan, your existence, teaches mama and papa a lot about life. How precious all life is and about health and not to be ignorant on a lot of things. Semoga Rayyan seorang anak yang soleh dan sihat selalu. 


  Birthday cake Rayyan lepas papa balik kerja dah solat Maghrib baru kita keluar beli ya. Jadi tumpanglah gambar kek anniversary mama dan papa ke-8 baru-baru ini, kononnya kek surprise dari papa untuk mama (sebab ada orang tu tak dapat dinner dengan wife kena dinner dengan office-mate on anniversary day). Anniversary kami sama-sama dengan Dato' Siti Nurhaliza dengan suaminya, nikah pada tahun yang sama. InsyaAllah kalau ada masa nanti kita singgah beli beg sekolah Rayyan. Oh ya ramai silap linkungan umur tukang kebun, jadi as a hint tukang kebun lebih muda dari Dato' Siti Nurhaliza ya dan I am generation-Y.

 Hari ini hati tukang kebun sebak bila tukang kebun terkenangkan Kak Mar penulis blog 'Suka-Suka'. Salam takziah dari Kebun Bahagia Bersama Team Members dengan kembali-NYA suami Kak Mar kepada yang Maha Esa. Al-Fatihah.


Khamis, 21 Ogos 2014

Tips Simpan Stok Sengkuang Segar

  Asyik gambar cempedak je kebelakangan ini, jangan jemu ya...hehehe...nak buat camne dah musim cempedak di sini. Jambu air yang banyak kali musimnya dalam setahun pun dah mula boleh dipetik-petik minggu ini di Petak No. 7. Yang menariknya minggu ini team members KBB yang lain pelik mana tukang kebun dapat ubi sengkuang yang saiz besar ini. Sebabnya macam takde batas sengkuang tukang kebun buat tahun ini setahu pengetahuan team members yang lain.

  Siapalah sangkakan tukang kebun ada simpan stok ubi sengkuang dalam tanah. Ya ubi sengkuang lebih tahan lama disimpan dalam tanah berbanding dengan peti ais. Lagipun tahun ini musim kemarau hujan jarang sekali jadi takdelah nak risau ubi sengkuangnya reput ke apa. Dulu ada tukang kebun rekodkan yang di kawasan dekat keliling bawah pokok belimbing buloh dan kemboja banyak sengkuang tumbuh sendiri dan lokasi tersebut memang sesuai tanam sengkuang (klik nota tukang kebun sebelum ini). Tambahan pula kawasan tersebut walaupun sengkuang naik berleluasa dah berapa kali pokoknya dipotong dengan mesin rumput bersama-sama semak weed yang dah meninggi. Bila hujan pucuk-pucuk baru akan muncul juga dan ianya mula teruskan pertumbuhan. Masa musim panas kemarau pertumbuhannya terbantut tiada pucuk yang timbul jadi ubinya duduk diam-diam bertapa tanpa pertumbuhan dalam tanah. Ini diibaratkan ubi sengkuang disimpan dalam tanah dan bila diperlukan barulah digali keluar. Earth and Environment friendly, tak perlu pakai electricity untuk simpan dalam peti ais.

  Baru-baru ini hujan dah mula makin bertandang jadi pucuk-pucuk baru mula timbul keluar dari simpanan ubi sengkuang yang tukang kebun biarkan dalam tanah berbulan-bulan lamanya. Pucuk yang baru keluar semula inilah beri petanda kepada tukang kebun ada ubi sengkuang dalam tanah tersebut ikut sulur pucuk baru. Pucuk yang baru tersebut pun pelbagai saiz, ada besar sama saiz dengan jari kelenkeng tukang kebun memberikan petunjuk untuk membezakan pokok sengkuang yang muda baru cambah dari biji benih ataupun memang dari ubi sengkuang. Kalau pokok baru cambah halus jelah pucuknya. Lepas nampak pucuk sambil merumput mengemas kawasan tersebut bermulalah operasi mencari gali harta ubi sengkuang stok yang tukang kebun dah lama simpan dalam tanah tu. Banyak lagi ni yang masih duduk diam dalam tanah tak teruja nak keluar pucuk tapi hati bahagia yang trial tukang kebun simpan sengkuang dalam tanah kali ini berjaya. Berbulan-bulan dalam tanah tapi kesegarannya masih kekal tidak seperti menyimpan dalam peti ais setelah berhari-hari.

  Cara menyimpan makanan berubi ini dah lama dipraktikkan masa zaman tak de peti ais lagi cara orang dulu simpan makanan mereka. Orang Eropah dulu pun simpan ubi kentang, carrot, parsnip dan lain-lain untuk stok ketika musim sejuk masa mereka tidak dapat menanam atau hinggalah the next harvest adalah dengan hanya menggunakan tanah atau pasir sahaja. Ramai sudah mempraktikkan semula cara ini dari membekukan sayuran ubi tersebut. Cara old fashioned school ini kesegaran lebih tanah lama dan jimat electricity dari frozen method. Setakat pengalaman yang ada, tukang kebun tahu ubi sengkuang tak tahan sejuk bawah 15 degree Celsius dia akan mula reput. Tapi ianya tahan expose dengan cuaca kelembapan tinggi biasalah asalnya sengkuang dari Mexico pun cuacanya lebih kurang je dengan tanah rendah kat Malaysia ni. 

 Salah satu alternative menyimpan sengkuang secara Earth friendly di iklim tropika ialah simpan dalam tanah kalau banyak sangat tak berabis. Takut tua ubinya pangkas sampai dekat tanah untuk memberhentikan pertumbuhannya. Tukang kebun teruja minggu ini nak check stock sengkuang dalam tanah apabila melihat tuaian Awin di Petak Hijau baru-baru ini. Rasa motivated sikit nak tambah celoteh pasal tips sengkuang yang memang senang nak tumbuh sesuai untuk novice gardener cuma nak kena sabarlah sebab masa menuainya ambil masa dari sayur lain.

~ Biji benih sengkuang ~
Anggaran 15 biji benih dalam satu pek RM3.00 .

  Pokok asparagus pun masih pemurah menghasilkan tombak-tombak untuk kami. Hujung minggu lepas FUJI morning glory pun mula kembang bunga pertamanya.

 Gardeners yang berminat untuk buat self-collect tumbuhan dan biji-biji benih hari Sabtu ini (23hb Ogos 2014) antara pukul 5:30PM ~ 6:30 PM berdekatan shopping complex The Store, Sungai Buloh boleh buat temujanji dengan tukang kebun (kebunkmg@gmail.com) .

 Untuk hari tersebut offer tanah bakar mixed dari Kebun Bahagia Bersama masih terbuka (info klik sini) sebab projek pruning tergendala last week.

~ Tanah Bakar Mixed dari Kebun Bahagia Bersama ~

1 bag for RM5.00 . 

Selasa, 19 Ogos 2014

Cempedak Carnival

  Salam Bahagia Syawal. Syukur Alhamdulillah bulan Syawal ini lumayan rezeki buah-buah cempedak di Kebun Bahagia Bersama. Tahun ini walaupun agak kering cuacanya tidak putus-putus pokok-pokok cempedak berbuah tanpa disuap baja. Kadang-kadang tukang kebun selalu terlupa nak check pokok-pokok yang dekat bahagian paling hujung Kebun Bahagia Bersama. Kalau yang berbuah tinggi-tinggi tu lagilah terlepas pandang selalu rezeki dapatlah kepada makhluk lain. Pokok cempedak utama yang tukang kebun selalu tuai ialah yang di dalam gambar ini sebab buahnya terkumpul di bahagian bawah mudah nak dituai. Gambar di atas di ambil pada bulan Mei 2014, yang di bawah pula Ogos 2014.
 Rasanya macam mengambil masa antara 3~4 bulan juga nak tunggu buahnya masak. Ada batang-batang kayu cempedak yang masih muda juga menghasilkan buah. Kerana terlampau berat dahan itu tak dapat nak menampung, jadi buah-buahnya membesar tergolek di atas tanah seperti gambar bawah.
  Masa bulan Ramadhan tukang kebun pasanglah angan-angan adalah agaknya rezeki nak saji cempedak goreng untuk tetamu-tetamu yang datang beraya nanti. Amboi bila balik dari kampung beraya tukang kebun tengok beraya sakan betul mereka di pokok-pokok cempedak banyak buahnya yang dah kena tebuk sini sana. 
 Maka lekas-lekaslah tukang kebun belek-belek buah cempedak yang boleh dah dituai. Berapa kali banyak drumming dekat buah-buah cempedak ni nak agak-agak rasa dengan pantulan angin dari dalam buah. Selalunya kalau buah yang nak masak boleh rasa ada rongga-rongga angin yang banyak bila tepuk-tepuk buahnya. This is an acquire skill OK. Seronok juga pengalaman rasa nak teka-teka buah yang dah dekat nak masak boleh diperam dahulu kalau kes berebut dengan makhluk lain ni.
  Memang musim buah cempedak sekarang, itu yang kebelakangan ini banyak dalam photo tuaian ada cempedak sekali. Syukur Alhamdulillah dapatlah juga tukang kebun saji cempedak goreng panas semasa open house raya kecik merangkap birthday Abby masa pertengahan Syawal lalu (klik sini).  Tetamu yang datang beraya tak sempat stock buahnya nak ranum betul lagi, tukang kebun tapau kasi buah cempedak. Tuaian bulan Syawal kali ini jenis buah-buah besar macam nangka dan cempedak jadi tak dapatlah nak buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama. Terima kasih juga ramai yang teringat dekat Kebun Bahagia Bersama sejak minggu lepas ramai dah tanya bila nak buka balik Pasar Online KBB. Rasanya bulan ini dari satu pokok sahaja dah lebih 20 biji buah cempedak tukang kebun tuai. Syukur Alhamdulillah Rezeki bulan Syawal.

Tengok hasil cempedak kali ini macam rasa nak perluaskan pula kebun cempedak hehehe....

 Lagi 2 minggu long weekend holiday sempena Hari Kebangsaan, gardeners lain planning buat apa?

 Tukang kebun sekadar nak berkongsi salah satu old time favourite iklan Petronas merdeka yang ada related dengan buah cempedak. Hope you all enjoyed watching it too.


 Ilhan, Rayyan dan Abby kalaulah cempedak atuk tu berdaun emas, bukan setakat kereta kayuh papa beli, kereta kebal pun papa beli.

 Kereta kayuh dekat rumah pun tuk moyang yang kasi.




Ahad, 17 Ogos 2014

Gen-2 Bulan Biru

  Bulan Syawal ini generasi Ke-2 seri pagi kampung Jepun si Bulan Biru (Aoi Tsuki) ini mula kembang bunga pertama minggu ini menonjolkan diri. Yang tukang kebun semai ini biji-biji yang kira tukang kebun rejected lepas kemas-kemas simpan biji benihnya yang dituai bulan Julai lalu. Kesemuanya bercambah. Disebabkan masa tukang kebun tuai cuaca masih kering tak berapa hujan jadi saja dicuba-cuba tanam di tempat teduh yang bukan full sun tapi tak terlindung sepenuhnya. Memandangkan ianya kurang mendapat kasih sayang matahari maka saiz bunganya jadi separuh dari potential sebenar macam ibunya dahulu (klik sini tengok baka asal). Nevertheless tukang kebun happy sebab dapat cheating menjadi tanam di tempat yang tak direct sun. Dia duduk bawah canopy pokok durian. Bolehlah cuci mata sementara menanti pokok-pokok lainkan. Minggu ini ada limited stock Japanese Heirloom Morning Glory Ipomoea nil random mixed.

~ Japanese Heirloom Morning Glory (Ipomoea nil) random mixed ~ 
Anggaran 7 biji benih dalam 1 pek (RM3.00) .

  Tukang kebun serba salah nak cerita ke tidak mengenai niat di hati tukang kebun nak sedekahkan 50% jumlah jualan Kebun Bahagia Bersama ke Tabung bantuan Gaza. Memandangkan ada hikmah disebaliknya boleh berkongsi tentang nawaitu yang timbul dalam hati bulan Syawal ini. Mula-mula cuma terlintas dalam hati nak tetapkan ada 1 hari Shipment pada hari Isnin (belum tetapkan hari lagi masa tu) ingat nak donate 50% total sales untuk bantuan Gaza. Mula-mula tukang kebun tak pasti samaada patut tukang kebun announce pembelian pada minggu ini 50% contohnya akan disumbangkan ke tabung Gaza di blog. Tapi tukang kebun tak suka kalau kena fitnah bahawa tukang kebun ambil kesempatan ini itulah sebab kita tak tahukan orang judge kita base macam mana kecualilah kalau seseorang tu dah betul-betul tahu isi hati kita yang sebenar. 

 Jadi takpelah tukang kebun rasa tak perlulah tukang kebun announce mengenai niat tersebut biar sahajalah buat macam biasa, simpan di hati sendiri, Allah sahaja yang mengetahui biarlah yang maha berkuasa tentukan. Redha tunggu jelah keputusannya bagaimana untuk sumbangan ke Tabung Bantuan Gaza dan tukang kebun tetapkan total sales penghantaran pada hari Isnin lepas (11th August 2014) 50% untuk Tabung bantuan Gaza. Benarlah kisah orang bercerita pasal amalan bersedekah, bila bersedekah berganda pulangannya. Walaupun tukang kebun tidak memberitahu akan niat tukang kebun tersebut. Tapi jumlah jualan penghantaran pada 11hb Ogos 2014 adalah 2 kali ganda lebih dari purata setiap penghantaran pada hari Isnin. Menjadikan jualan purata tukang kebun tidak terjejas langsung maknanya bahagian untuk tabung Kebun Bahagia Bersama dan mereka yang teraniaya di Gaza sama sahaja. 

 Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang pesanannya tukang kebun hantar pada 11th August 2014, anda telah memberikan sumbangan kepada Tabung Bantuan Gaza. Tukang kebun tak anggap yang memberi sumbangannya adalah dari tukang kebun tapi andalah yang menyumbangnya sebab itu adalah dari rezeki mata pencarian anda. Syukur Alhamdulillah tuhan memberikan hidayah kepada mereka untuk membuat pesanan di Kebun Bahagia Bersama supaya dapat disumbangkan untuk membantu mereka yang memerlukannya di Gaza. Tukang kebun pun terpegun tanpa membuat apa-apa cuma memasang niat dalam hati banyak pulangannya. Ini pun tukang kebun sebenarnya serba salah patut ke tidak tulis kisah ini.
  Setelah seminggu beraya, tukang kebun teringin nak buat rendang. Tapi mesin kukur kelapa pula dah lama rosak kena beli baru. Jadi hasil penerimaan pesanan di minggu pertama Syawal terpaksalah tukang kebun budget pakai duit tabung untuk KBB tersebut beli mesin kukur. Itu yang rajin buat rendang sekarang sebab ada mesin kukur kelapa baru. Tapi mesin kukur ni belum friendly dengan hubby tukang kebun. Setiap kali kukur, jari kena makan. Macam manalah mesin kukur tu nak kawan dengan dia, macam kasar je dikerjakan mesin tu, orang tengok pun jadi stress.

 Yang kelakarnya lepas dah tawar menawar dengan uncle kedai hardware jual mesin kukur tu sambil tunggu hubby ambil kereta. Uncle tu tanya tukang kebun, wah you punya Melayu banyak bagus ya. Tergelak tukang kebun (dalam hati: uncle ni mesti ingat tukang kebun pendatang asing dari kampuchia agaknya): aiya Uncle saya memang orang Melayulah, memanglah boleh cakap Melayu. Memandangkan muka uncle macam tak percaya je, terpaksalah tukang kebun kata: Oh saya darah satu Malaysia Uncle, family sudah banyak campur-campur, darah Melayu ada, darah India ada, darah Dusun-Kadazan ada dan keberangkalian darah Cina pun ada. Muka 1 Malaysia.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Kemuning pun nak beraya

  Rasanya pokok kemuning di rumah baru sahaja berbunga di penghujung bulan Ramadhan lepas (klik previous posting). Jadi tukang kebun tak sangka pula 2 minggu kemudian ianya mula berbunga lagi sekali seakan dia pun nak beraya dan meraikan Abby yang masuk 2 tahun. Minggu itu ia lebat berbunga lagi sekali. Yang paling indah pula, timing ianya berbunga kali ini masa peak kembang sama dengan hari kami buat makan kecil-kecilan raya dan gabung dengan sambutan hari lahir Abby ke-2. Kami buat makan-makan pada 8hb Ogos hari Jumaat punya malam dan Abby pula kebetulan hari lahir pada 9hb Ogos jadi buatlah serentak.
 Tukang kebun pun sebenarnya tak pernah buat birthday party untuk anak-anak kira pertama kalilah merangkap open house raya kecik-kecik. Sebenarnya dear hubby teringin nak jemput officemate datang beraya di rumah, jadi tukang kebun pun mood masak ok jadi dapatlah menunaikan hasrat hubby. Bolehlah juga tukang kebun buat mini reunion dengan kawan-kawan yang belajar bahasa Jepun juga dulu. Akhirnya dapatlah juga buat mini gathering gardening bloggers yang duduk berdekatan dengan tukang kebun. Terima kasih kepada Mak Aji 'Greenfingers' sudi datang bersama keluarganya. Tukang kebun di Petak Hijau, Awin pun akhirnya dapat menjejak kaki ke Kebun Bahagia Bersama. Pertama kali dapat bertemu dengan Ibu Qistina yang mewarna-warnikan 'Pencinta Alam, Pemakan yang hebat Penyayang pada keluarga'. Tapi kali ini tukang kebun tak dapat berborak panjang dengan gardeners ni sibuk di dapur pula. 
  Dah lama dah tukang kebun teringin nak beli baju tido gaun untuk Abby, akhirnya Abby dapat juga present gaun tido. Biasalah bila dah No.3 baju pun jarang beli sebab kitar-semula yang abang-abangnya punya takdelah baju gown kan. Thank you for all the lovely presents.
  Ramai boleh jadi tukang bantu Abby tiup lilin ni. Budak-budak semua boleh ada geng ramai yang seakan-akan sebaya. Punyalah susah nak suruh mereka kumpul asyik berlari ke sana sini tak penat-penat. Sebelah malam ni tiada attack dari si turkey bolehlah lari puas-puas. Kalau sebelah siang kena kejar pula dengan turkey nanti.
  Makan-makan bersantai di luar corridor rumah je. Rasa malu pun ada juga sebab kerusi-kerusi dan meja di luar projek varnish tergendala.
 Terima kasih kepada adinda Daniel menjadi tukang bakar tunggu depan bbq sehingga habis. Kesian dia balik dari kerja terus kena set up panaskan arang untuk bbq. 
 Gambar-gambar malam tak berapa terang sebab bukan tukang kebun yang ambil. Macam-macam projek budak-budak idea main duk santai di luar. Yang bukan pertama kali datang ke rumah memang dah tahu tak perlu risaukan anak-anak, parents boleh rilek dan budak-budak bebas bermain di perkarangan halaman luar rumah Kebun Bahagia Bersama.  Cuma yang susah nak ajak balik je nanti hehehe...kena janji dengan anak-anak bawa sini lagi sekali.
 Kali ini siap ada datang sponsor bunga api jadi budak-budak punya aktiviti makin seronok. Gambar di bawah sebelah kiri kelihatan kemuning bunga putihnya lebat berbunga diambil pada waktu malam. Makan-makan kali ini tetamu Kebun Bahagia Bersama datang dengan disambut dengan keharuman bunga kemuning. Yang tak kenal tercari-cari apa yang berbau harum waktu malam itu. Kemuning kami pun nak teman beraya juga.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Zinnia Cinta Cahaya

 Pokok bunga Zinnia sangat bahagia jika dirinya mendapat banyak belaian dari Cahaya Matahari. Sebagai contoh di gambar atas kedua-dua bekas disemai pada hari yang sama. Cuma jumlah pancaran cahaya yang diterima secara langsung adalah berbeza. Bekas kanan menerima pancaran hampir sepanjang hari manakala bekas polibeg hitam sebelah kiri terlindung sedikit kerana diapit dengan bekas lain yang sudah ada pokok meninggi tumbuh. Walaupun bekas yang dikategorikan tumbuh dalam keadaan partial shade biji benihnya bercambah cepat dulu tetapi bila pokoknya mula tumbuh meninggi batangnya melengkung tidak menegak tidak kuat kerana kurang kasih sayang direct cahaya. Semaian zinnia di bekas yang menerima cahaya matahari secara langsung hampir sepanjang hari pula bercambah lambat sedikit tapi pertumbuhannya tidak terganggu. Anak-anak zinnia tersebut membesar dengan baik dan batang mereka kuat. Gambar di atas dan bawah perbandingan batang zinnia yang awal pertumbuhan di partial shade dan full sun.
  Sebelum balik kampung untuk beraya, naluri tukang kebun dah agak pokok yang sedang membesar di partial shade sudah patut dialihkan menerima lebih banyak cahaya. Tapi sebab masa tu hujan masih kurang bertandang jadi on the safe side biarlah ada spare 1 di partial shade dan 1 dibiarkan di full sun tanpa siraman beberapa hari. Bila balik rumah pun masih sibuk lagi jadi agak terlambat tukang kebun pindahkan keluar yang di partial shade. Jadi sekarang nak kena tunggu proses recovery zinnia yang tak cukup kasih sayang si matahari batang pun yang di sebelah bawah lebih terlindung dah nampak kecut...kesian... ya Zinnia sangat cintakan si matahari jadi pastikan keperluan cahaya mencukup untuk pertumbuhan yang baik.
 Sejak 2 minggu ini, tukang kebun mendapati pelbagai jenis biji-biji benih zinnia sangat mesra nak bangun dengan cuaca di Lembah Klang. Berebut-rebut mereka nak bercambah. Tukang kebun walaupun pot plastik dah pecah sana sini selagi boleh buat tempat menyemai belasah je. Gardeners yang keadaan rentak cuacanya sama di Kebun Bahagia Bersama apalagi cepat-cepatlah semai simpanan biji-biji benih zinnia anda ya. Nanti kita buat musim bunga Zinnia show sama-sama.

 Oh ya pesanan-pesanan yang telah dihantar dari hari Isnin baru-baru ini dapat benih raya Zinnia dari Sis Adibah 'from my garden' blog. Dah dapat benih raya Zinnia bolehlah ucapkan Salam Aidilfitri dan Terima Kasih kepada sis Adibah ya. Hari raya ke-6 dalam kereta puas tukang kebun belek-belek bersihkan biji benih zinnia dari sis Adibah sehinggalah tiba ke Homestay Rumah Liza (klik sini). Dah  setahun lamanya terima tapi baru berpeluang nak tuai ambil bahagian benihnya. Biji benih zinnia tahan lama jika disimpan dengan baik 2 tahun pun percambahannya masih baik. 

 Tak percaya? Bayangkan ya jika kebun lama tukang kebun yang ada 4 musim tu dengan heat wave dan ais batu silih berganti tukar musim. Bila tiba musim bunga muncul-muncul anak pokok zinnia dari benih-benih yang luruh sendiri bila pokoknya dah berusia masa musim luruh gugur bersepah di tanah. Walaupun biji-biji benih tersebut terdedah dengan element mother nature ianya masih mampu bercambah bagaikan juara tanpa pertolongan sesiapa tapi ikut rentak perubahan cuaca sekitarnya. Apatah lagi biji-biji benih yang disimpan dengan baik dalam rumah yang berteduh pasti quality benih tersebut lebih baik dari yang tersadai di halaman luar rumah kena panas kena hujan bersilih ganti.

 Pandangan kena berubah untuk menjadi seorang gardener, you must be in tune with your nature surroundings lebih-lebih lagi kebun sendiri. Semai biji benih bukan hanya kiraan berapa lama sebuah biji benih tersebut bercambah. Tetapi keperluan sesuatu biji benih tersebut bercambah seperti suhu, cahaya, air, tanah dan lain-lain. Kalau semua requirement tersebut ngam, memang biji-biji benih tersebut suka nak bercambah cepat-cepat. 

 Sesuatu tumbuhan pun bukan semua sifatnya sama walaupun mereka dalam keluarga yang sama. Tumbuhan ini lain-lain sifat juga ada suka cambah dalam gelap, ada yang suka kena banyak cahaya. Setiap tumbuhan juga ada 'optimum range suhu' yang membuatkan ianya mudah bercambah bergantung kepada jenis sebab tu ada pelbagai jenis. Tukang kebun dulu pun rasa diri ini tangan panas je. Tapi pengalaman menanam di negara 4 musim banyak mengajar yang tak boleh juga main belasah je menyemai , 4 faktor utama ini akan menentukan tukang kebun akan sukses cuba menanam sesuatu jenis tumbuhan atau tidak (1) SUHU (2) CAHAYA (3) Quantity AIR (4) Jenis TANAH. Tukang kebun tak fikir kira hari bercambah. Tapi memastikan yang keperluan 4 faktor itu cukup atau tidak, did this tukang kebun make any mistake or did not meet any of the requirements especially that 4 factor: itu yang akan terfikir-fikir dalam kepala. Don't count days if you haven't make sure those 4 factors is at least fulfilled for the seeds to wake up.

 Bulan Syawal ini ada beberapa stok baru biji benih zinnia yang dapat menceriakan laman.

~ Zinnia California Giant Mixed ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

~ Zinnia Cactus Mixed ~ (pictures klik sini).
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

~ Zinnia Lilliput Mixed ~ (pictures klik sini).
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

~ Zinnia Polar Bear White ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Khamis, 14 Ogos 2014

Kuinin atau Kuini?

  Pokok kuinin adalah buah nadir tanahair kita yang jarang-jarang kelihatan di pasar tempatan kita sekarang. Oleh itu, ramai generasi Y tidak mengenali buah ini. Terutamanya sekarang ni asyik banjir mangga dari negara jiran. Kerana rupanya yang mirip kepada buah mangga maka ramai membuat kesilapan mengingatkan buah kuinin adalah buah mangga. Tetapi kuinin yang ranum mempunyai baunya yang tersendiri. Tapi takdelah sekuat bau buah binjai. Sambal belacan kuinin lagi kick oooo dari sambal belacan mangga. 
 Syukur Alhamdulillah usaha Big Boss dan Tuan Tanah Kebun Bahagia Bersama yang suka kumpulkan buah-buah nadir maka adalah pokok kuini juga duduk bahagia dalam kebun. Tahun 2014 ini genap Kebun Bahagia Bersama umurnya 20 tahun sejak kami berpindah dari Seksyen 11, Shah Alam. Jadi umur pokok-pokok dalam Kebun Bahagia Bersama semua di bawah 20 tahun. Sekarang dah banyak pokok-pokok yang matang menghasilkan buah dari love labour big boss dan tuan tanah tanpa mengambil pekerja sambilan menjaga seekar tanah. Sekarang ni sebab big boss dan tuan tanah dah berhijrah (big boss balik kampung) ke Sabah atas kerja terpaksalah kami pula ambil alih buat love labour ever weekend kat Kebun Bahagia Bersama ini. Tapi kasih sayang tukang kebun tak delah sepakar big boss ya living things di Kebun Bahagia Bersama so please bear with us until we gain more experience, InsyaAllah. 

 Ada satu projek lagi yang tak mampu tukang-tukang kebun sini nak mulakan lagi tapi nawaitu sudah ada. Sebenarnya tuan tanah ada lagi seekar tanah di lorong yang lain purchase beberapa minggu sebelum me & hubby akad nikah sebab ada orang offer dan di situ ada beberapa pintu rumah untuk disewa. Dalam masa 8 tahun harga tanah tersebut dah 4 kali ganda ikut harga pasaran sekarang. Rumah-rumah yang belum disewa itu rancangannya untuk tempat pihak pengantin lelaki nanti duduk berehat dan tido. Sekarang ni pun lebih dari 2/3 ekar di situ terbiar tidak diusahakan. Tuan tanah dah bagi green light kalau nak jadikan dusun di situ. Big boss pun dah cakap sana lagi sesuai nak tanam durian dan dah suruh campak kelapa -kelapa yang dah bertunas di sana sekurang-kurangnya in the future adalah juga hasil dari terbiar kosong. 

 Eloklah tu adik lelaki tukang kebun balik dari beraya di Sabah diberinya biji-biji durian kampung yang arwah atuk sana tanam sedang lebat musim buahnya sekarang. Selalu passing tukang kebun biji macam-macam buah pun tak de. Nak tunggu tukang kebun ada cucu gaknya baru merasa. Tapi arwah atuk yang tanam sendiri pun tak dapat merasa, sebab dia pergi awal tukang kebun pun belum lahir lagi. Hasil dusun buah-buahan sekarang puas anak-anak dan cucu-cucu makan walaupun dusunnya nampak terbiar. Big boss mungkin rindu arwah ayahnya jadi selalu baka buah dusun dari kampungnya dibawa balik ke Sungai Buloh ini. Jadi setiap pokok dalam Kebun Bahagia Bersama ada sejarah mereka tersendiri. Dah selamat dah tukang kebun semai biji-biji durian tersebut semalam.

  Sejak tukang kebun kembali ke tanahair pertama kali pokok kuinin berbunga untuk tukang kebun pada musim kemarau panjang tahun ini pada bulan February ianya mula berbunga (gambar No.2). Lama merajuk kut sebab tuan betul dia dah tinggal di tempat lain. Masa tu tukang kebun sendiri tak berapa pasti ianya jenis mangga apa, sebab tengok macam pokok mangga tapi nampak lain sikit. Dari pokoknya mula berbunga hinggalah buahnya masak ambil masa lebih kurang 3 bulan.
  Untuk stok pokok kuinin tukang kebun manalah tahu tiba-tiba dah ada masa, tenaga dan budget boleh menanam di bakal kebun lagi satu tu adalah stok-stok pilihan menjadi back up dengan cuaca yang tak menentu ini. Just for fun tukang kebun semailah biji-biji kuinin dan mudah sahaja percambahannya. Dalam pemerhatian tukang kebun semua biji yang disemai satu biji akan menghasilkan beberapa baby (polyembryonic) atau lebih dari 1 anak pokok. Bila 1 biji mengeluarkan banyak baby bermakna biji tersebut kebarangkalian adalah sama jenis pokok asalnya which is good.

 Sama juga pemerhatian yang tukang kebun nampak dengan biji-biji yang bercambah sendiri bertaburan di bawah pokok kuinin yang disantap selain dari Homo sapien juga adalah polyembryonic (gambar bawah). Yang mengejutkan tukang kebun ialah musim-musim kemarau tanpa air pun biji-biji buah kuinin bertaburan dekat belakang kebun tu boleh cambah sendiri. Penghujung bulan June tahun ini memang musim percambahan biji-biji buah kuinin serentak dengan yang tukang kebun semai siram dan yang muncul sendiri di bekalang kebun. 
 Buah kuinin bila masak masih maintain warna hijau, tapi isi yang masak berwarna kekuningan. Abby suka sangat kuinin masak, gelojoh makan siap mata tengok orang lain makan takut habis ditelan-telannya nak ambik lagi sebelum orang lain. Syukur Alhamdulillah permata-permata hati kami semua dah merasa buah kuinin. Kemanisan lemak buah kuinin takde rasa cepat muak kalau asyik makan je macam buah mangga yang berlambak di pasar.
 Pokok kuinin pertumbuhannya sungguh pesat baru sebulan dah tinggi macam ni. Kalau dibelai banyak lagilah cepat kot. Untuk pokok kuinin mungkin kena self-collect sebab pokoknya belum masuk 2 bulan dah tinggi. Kalau via Pos Laju stock sekarang kena pakai Prepaid Box Large Size. Sabtu ini (16hb Ogos 2014) kami open untuk self-collect pokok-pokok, biji benih dan tanah (info klik sini) bolehlah ambil kesempatan nak tambah koleksi pokok kuinin di kebun masing-masing. Yang berminat untuk dapatkan pokok mempelam telur/pauh ringan juga boleh ambil kesempatan sebab ada stok yang ketinggian pun dah anggaran 1 meter (klik sini). Begitu juga yang minat Frangipani Fragrant Yellow Picotee Bali pun kalau self-collect Sabtu ini ada rooted-stock dalam polybeg ketinggian anggaran 50cm for RM10 (klik sini).

~ Pokok kuinin ~

1 bekas harga RM10.00  (kebunkmg@gmail.com) .