No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 25 Mac 2017

Bunga Mekar Senja

 Minggu cuti sekolah ini barulah ada masa nak kemas dan belek-belek semula mini petak semaian di belakang rumah. Banyak anak pokok dah besar perlu dipindahkan ke bekas yang lebih besar. Terutamanya pokok yang akarnya sudah memanjang keluar dari bekas masuk ke tanah di bawah bekas asal. Kalau hari persekolahan terkejar-kejar masa nak urus hantar anak-anak ke sekolah. Sambil tenangkan mental dengan cuaca agak panas minggu ini sebelah petang waktu senja cuti sekolah ini bolehlah menyiram sambil riadah. Semasa menyiram kelmarin baru sedar ada pokok-pokok bawang berlian yang berbunga mekar di waktu senja.
 Terimbau kembali semasa balik Kiulu dan Abby demam panas beberapa minggu lalu (related posting klik sini). Semasa mundar mandir lewat petang di kitchen backyard Big Boss di Kiulu sedang fikir tumbuhan apa yang boleh diambil untuk kurangkan demam panas Abby terpandang ada rumpunan pokok bawang berlian sedang mekar berbunga seperti gambar di atas dan di bawah. Pokok bunga bawang berlian atau juga dikenali sebagai bawang dayak memang jenis tumbuhan yang bunganya mekar bukan waktu pagi tetapi lewat petang. Jadi gardeners yang biasa keluar awal kerja masih gelap gelita dan balik lewat senja dapatlah juga enjoy tengok bunganya mekar.
 Masa renovation rumah di Kiulu dulu rumpunan pokok-pokok bawang berlian ini lenyap terus sebab ditimbun dengan tanah-tanah. Setelah rumah siap dibina semula, tibanya musim hujan muncul semula pokok-pokok ini merimbun dengan baik. Walaupun tanah menjadi lebih keras atau berbatu dapat juga ia muncul semula dan jadi stok apabila diperlukan. Gambar terakhir zoom in nak tunjukkan betapa berbatu kawasan bawang berlian tersebut hidup berderet di pagar belakang dekat pintu dapur. Kalau sesiapa ada tanah keras nak kasi hijau pemandangan macam rumput sambil dapat hasil ada nilai perubatan boleh tanam pokok bawang berlian.

 Harga dijual pun sekarang makin meningkat harga bawang berlian ini ibarat nak beli berlian. Sebab mempunyai banyak manafaat untuk kesihatan terutamanya golongan wanita. Lebih-lebih lagi sukar untuk dapatkan bekalan segar bawang berlian. Juga dilaporkan sebagai alternatif cuba penawar penyakit barah.

Info lanjut mengenai bawang berlian boleh juga dirujuk di posting sebelum ini (klik sini).
~ 1 bekas bawang berlian/bawang dayak atau 3 bibit bawang berlian RM7.00 ~

5 ulasan:

norhidana berkata...

banyak betul khasiat bawang berlian ye kak... tp mmg ssh la nk jumpa

Tanpa Nama berkata...

Saya berminat utk membeli pokok bawang berlian ini.Dimanakah saya boleh membeli pokok ini daripada puan.

Juliana berkata...

Seronok tengok pokok2 ni..

Tanpa Nama berkata...

Cantiknya.aman je tengok. Salam kenal. meh la lawat blog saya http://cararesepi.blogspot.my/. Jangan lupa tinggalkan komen ya dan kalau tak kisah masukkan la blog saya dalam senarai bloglist awak.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana,

Ya khasiatnya banyak bagus untuk kesihatan wanita.
Kalau kat pasar kampung mungkin ada tapi jarang-jarang kut.

Salam Bahagia .

Boleh buat pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com).

Salam Bahagia Ju.

Pokoknya kalau tak digali keluar susah nak perasan yang banyak bawang-bawang yang dihasilkan di dalam tanah. Hasilnya dalam tanah tak nampak hehehe...

Salam Bahagia.

Terima kasih singgah lawat blog kami.
InsyaAllah kami lawat.