No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 24 Mac 2017

Perkembangan Pembentukan Buah Pisang Tembaga

 Santai-santai sikit tengok perkembangan bagaimana buah pisang tembaga terbentuk bermulanya dengan petanda jantung pisang tembaga muncul di celah-celah pelepah bahagian tengah batang. Ada daun kecil pisang mengapit jantung pisang tembaga mana ianya masih dalam keadaan menegak belum lagi menurun.
  Kemudian kedudukan jantung pisang akan mula menyenget ke arah menurun dengan kelopak pertama jantung pisang mula terbuka.
 Satu demi satu kelopak merah hati jantung pisang akan mula terbuka dan kemudiannya akan menampakkan bunga sebenar pisang. Satu biji pisang masing-masing mengeluarkan satu bunga masing-masing.
 Bermula dari sisir pertama kemudian ke sisir seterusnya kelopak jantung pisang akan buka satu persatu dan luruh untuk mengeluarkan bunga. Makin mengecil saiz jantung pisang berbanding dengan pada asal ianya mula keluar dari celah batang pokok pisang.
 Bila tiada lagi pembentukan sisir pisang yang menjadi hanya bentuk bunga-bunga yang layu sahaja sisir demi sisir bolehlah jantung pisang dicantas dari tandan pisang tembaga tersebut. Bagi pembentukan buah yang gemuk biasanya diamalkan tanggal jantung pisangnya
 Setandan pisang tembaga biasanya tak banyak sisirnya berbanding dengan jenis pisang-pisang yang lain seperti pisang nangka dan pisang mas. Kebiasaannya menghasil purata setandan pisang sebanyak 3 sisir. Tetapi buahnya gemuk besar-besar dan unik kulit pisang tembaga ini berwarna merah berbanding dengan yang kuning keemasan. Pisang tembaga ini ada juga sama jenis adik beradiknya warna kulit kuning keemasan yang kami panggil pisang kadau (more info click here). Pisang tembaga dan pisang kadau kami bekalkan juga Untuk pisang tembaga kami ada limited stock sahaja bagi pesanan bulan ini.

~ 1 anak pokok pisang tembaga moist bare-rooted RM15 ~

~ 1 anak pokok pisang kadau kuning moist bare-rooted RM10 ~
 Hujung tahun Disember lepas ditemani Ilhan ada Tukang Kebun pindah-pindahkan beberapa sulur pisang tembaga di lingkungan kawasan di atas sebagai catatan kami. Ada juga kami alihkan pokok lemon di situ. Kawasan ini juga selain pokok pisang dicampur dengan pokok nenas dan ubi kayu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak sabar nk tggu pokok Pisang Tembaga benih dr sis Diana. Hrp dpt la survived dan menikmati hasilnya nt. ☺ -norish-

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Norish.

InsyaAllah ada hasilnya dari sulur-sulur pokok pisang tersebut yang dah berhijrah ke kebun Sis Norish.