No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 24 Julai 2017

Lahar Lumpur Lipad

 Pada minggu Syawal pertama kami berkesempatan melawat Lahar Lumpur Lipad yang lokasinya di kawasan daerah Lahad Datu. Perjalanan dari bandar Lahad Datu ke Lahar Lumpur Lipad dalam satu jam setengah. Setelah berehat seketika, kami mula perjalanan ke Lahar Lumpur Lipad dalam pukul 3:30 petang dari resort menaiki truck yang telah diubahsuai.
 Ketika lawatan yang kami pergi walaupun bukan hujan setiap hari tetapi ada juga hujan singgah pada minggu tersebut, jadi jalan agak berlumpur untuk berjalan kaki ke Lahar Lumpur Lipad. Dinasihatkan ikut kata guide, sila pakai kasut boot tinggi ya yang ada disediakan oleh resort terutamanya untuk trip ke Lahar Lumpur Lipad. Untuk kanak-kanak juga ada disediakan boot. Beberapa kali jugalah tenggelam tersekat si Abby, Rayyan dan Ilhan dalam lumpur yang lembut terpijak.
 Kali ini dengan beberapa pujukan dan encouragement, Abby berjaya berjalan sendiri tanpa kena dukung dengan Papa Abby sampai ke Lahar Lumpur Lipad. Sekarang ini bila anak paling bongsu dah nak masuk 5 tahun dah mudah untuk kami berjalan-jalan lasak sudah. Abang-abang Abby si Ilhan (10tahun) dan Rayyan (hampir 8 tahun) pun jalannya lagi laju dari kami, dah lasak berjalan tanpa nak dipimpin tangan. Cuma Abby sahaja, anak perempuan seorang kalau ada Papa manjanya tu asyik nak dukung. Kali ini dah boleh berjalan dengan sendiri cuba nak kejar pace abang-abang.
  Bila pergi ke tempat tujuan tak banyak berkata, bila dah nak bergerak balik mula banyak mengomel-ngomel. Diminta juga dukung tapi dipujuk-pujuk, mengomel-ngomellah kat Papa sambil berjalan dengan muka sedih dan keletihan. Sebab banyaknya bersuara, mama, papa dan Abby jalan belakang sikit nanti habis binatang semua lari. Pandai dah Abby stabil berjalan ikut akar-akar kayu yang besar untuk elak terbenam dalam lumpur.
 Kawasan Lahar Lumpur Lipad ini juga adalah salah satu tempat laluan gajah Borneo pygmy, jadi banyak juga kesan tapak-tapak kaki gajah yang dijumpai. Berapa kali ganda besar saiz tapak kaki orang dewasa juga tu, tapak gajah Borneo pygmy. 
  Jika jumpa kumpulan gajah tak pe lagi. Yang wajib lari dan sembunyikan diri apabila terserempak gajah jantan jalan seorang diri yang ini amat merbahaya kerana akan mengganas. Gajah jantan seekor akan attack, salah satu caranya nak menyembunyikan diri adalah di celah-celah akar pohon kayu besar seperti gambar di atas dan jangan bersuara. Pernah ada kes seorang pelancong perempuan dari Australia degil tak dengar kata guide, dah disuruh larikan diri bila terserempak gajah seekor jantan di sini tetapi pergi patah balik dan ambil gambar depan gajah tersebut. Siap ada flash bila ambil gambar terus kena serang gajah dan ditusuknya pelancong tersebut serta dipijak-pijak banyak kali sampai dah tak nampak rupa manusia lagi. Oleh itu, sekarang ini memang pelancong-pelancong kalau nak melawat kawasan sini mesti bersama guide.
 Syukur Alhamdulillah ada rezeki semasa dalam perjalanan ke Lahar Lumpur Lipad kami terserempak dengan sepasang pelandok. Fauna yang lain dapat tengok sempat ambil gambar seperti di atas sejenis crab spider dan monitor lizard. Tinggi juga si biawak ni panjat pokok ada nak 10 meter juga tenggek atas pokok tu. Sempat juga si lintah ini nak tumpang hisap darah Tukang Kebun kat tangan. Cepat-cepat dikutip buang sebelum mula sedut darah.
 Nampak macam construction site je bila sampai tapi inilah Lahar Lumpur Lipad. Binatang-binatang banyak kumpul di sini untuk ambil nutrient yang banyak dari lumpur sini. Jadi ada juga platform tinggi bersebelahan lahar ini untuk night watching yang nak tunggu binatang-binatang keluar malam ambil khasiat dari lahar ini. Gajah juga antara pengguna utama lahar lumpur lipad ini.
 Sila berhati-hati semasa jalan atas kawasan Lahar Lumpur Lipad ini ada tempat yang lembut boleh terbenam masuk dalam. Bawalah siap sedia botol atau bekas yang kosong boleh bawa balik lumpur yang banyak mineral khasiat ini ke rumah. Mahal juga kat kedai pengusaha jual mud soap kan. Licin rasa juga muka bila pakai natural mask dari Lahar Lumpur Lipad ini.
 Mula-mula semua teragak-agak nak sapu lumpur ini kat muka. Yang sukarela offer muka ialah si Rayyan yang memang dah seronok amat dapat main lumpur. Kemudian muka Ilhan pula kena sapu lumpur oleh makcik-makcik Ilhan. Barulah lepas tu semua sapu lumpur semulajadi ini di muka kecuali Abby yang tak mau.
 Kalau ke Lahar Lumpur Lipad ini pakai baju dah lusuh je. Elok lengan panjanglah kalau tak nak derma darah banyak. Kalau anak-anak mungkin elok pakai je jenis kain baju berenang tu beli yang dari bundle je senang nak cuci sikit hilangkan lumpur bilas air.  Attire Rayyan paling senang nak kasi cuci dahlah memang dia paling comot. 
 Ilhan dan Aunty Tati macam adik beradik je kan sebab jarak usia pun 12 tahun je. Hari lahir pun beza 5 hari je dalam bulan Mei. Pemandangan Lahar Lumpur Lipad dari atas platform tinggi.
 Dari resort memang naik truck ke simpang Lahar Lumpur Lipad. Kemudian jalan kaki masuk dalam 700meter sebab jalannya berlecak-lecak dan ikut pace Abby ada dalam setengah jam kut. Lagipun sambil berhenti menikmati flora dan fauna. Ada juga rezeki tengok sepasang pelandok dalam siang hari tu. Dekat Lahar Lumpur Lipad kami cuma perhatikan ada monyet je atas pokok ketika itu.
 Dalam perjalanan balik ke resort, terserempak sekumpulan geng monyet ni kat tepi jalan. Tak takut pun rilex je depa ni tengok pelancong perhatikan mereka.
 Sampai ke resort, semua cuci-cuci boot nanti nak pakai lagi untuk nightdrive pula. Semua dah tak sabar nak balik bilik masing-masing buat spot check kena hisap darah ke tidak. Masing-masing derma darah kat seekor lintah. Abby kat perut. Lainnya banyak kat peha. Nyamuk langsung takde kali ini. Tapi lintah tu sukar nak lari.
Hujung minggu ini self-collect adalah available (kebunkmg@gmail.com):

~ 29th/30th July 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit of Guthrie Corridor Highway).
 Buah-Buahan organik segar yang available minggu ini adalah seperti berikut:

~ 1 kilogram buah mempelam telur/pauh ringan muda RM5.00 (more info click here) (boleh pos).
Puas kami buat dah jeruk mangga asam boi. Kalau di tamu Sabah, ini memang kegemaran dan harga pasaran boleh 1 kilogram RM8~RM10.

~ 1 sisir buah pisang kadau jenis kuning RM5.00 (more info click here).
Adik-beradik pisang raja udang.

~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .

~ 1 biji nangka ranum RM15.00 .

~1 biji buah nangka muda RM5.00 .

~ 8 biji kelapa tua RM10.00 .

4 ulasan:

Adam berkata...

Nice entry.
Thanks.

norhidana miswan berkata...

akak kalu nk oder kene email jgk ek... nk oder lah... mcm best je

Julie M berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
Bestnya jln2 1 family lg2 d tempat yg menarik d Sabah. Julie pun x pernah sampai lg d Lahad Datu ni, nampak menarik tempat Lahar lumpur tu. Bila tengok pic biawak yg memanjat d pokok tu, teringat pula d kg Julie, biawak tu kami gelar biawak tunggul, mmg suka memanjat pokok2 & Julie mmg geli dgn spisis cicak2 ni. Nampak sedaplah buah mangga tu, bleh kongsi resepi jeruk mangga asam boi tu kak hihi...tqvm utk perkongsian pengalaman kakak sefamily yg awsome tu...have a great day kak Diana & family...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Adam,

Terima kasih singgah tinggal jejak di sini.
Amat terhibur hati saya baca posting Encik Adam.

Salam Bahagia Dana,

Terima kasih ya datang self-collect fresh goodies ya dari kebun kami.

Waalaikumsalam Julie,

Kami pun pertama kali sampai Lahad Datu Julie.

Sabah ini luas memang ambil masa nak jelajah kan.

Kampung Julie pun lama kak dah tak pergi Papar.

Ya biawak jenis ni suka panjat pokok kan.

Resepi jeruk mangga asam boi tu macam pernah share dulu, mungkin dalam label 'Mempelam' ada kut.

Rindu juga nak baca postings dari Julie ni.