Minggu cuti sekolah ini barulah ada masa nak kemas dan belek-belek semula mini petak semaian di belakang rumah. Banyak anak pokok dah besar perlu dipindahkan ke bekas yang lebih besar. Terutamanya pokok yang akarnya sudah memanjang keluar dari bekas masuk ke tanah di bawah bekas asal. Kalau hari persekolahan terkejar-kejar masa nak urus hantar anak-anak ke sekolah. Sambil tenangkan mental dengan cuaca agak panas minggu ini sebelah petang waktu senja cuti sekolah ini bolehlah menyiram sambil riadah. Semasa menyiram kelmarin baru sedar ada pokok-pokok bawang berlian yang berbunga mekar di waktu senja.
Terimbau kembali semasa balik Kiulu dan Abby demam panas beberapa minggu lalu (related posting klik sini). Semasa mundar mandir lewat petang di kitchen backyard Big Boss di Kiulu sedang fikir tumbuhan apa yang boleh diambil untuk kurangkan demam panas Abby terpandang ada rumpunan pokok bawang berlian sedang mekar berbunga seperti gambar di atas dan di bawah. Pokok bunga bawang berlian atau juga dikenali sebagai bawang dayak memang jenis tumbuhan yang bunganya mekar bukan waktu pagi tetapi lewat petang. Jadi gardeners yang biasa keluar awal kerja masih gelap gelita dan balik lewat senja dapatlah juga enjoy tengok bunganya mekar.
Masa renovation rumah di Kiulu dulu rumpunan pokok-pokok bawang berlian ini lenyap terus sebab ditimbun dengan tanah-tanah. Setelah rumah siap dibina semula, tibanya musim hujan muncul semula pokok-pokok ini merimbun dengan baik. Walaupun tanah menjadi lebih keras atau berbatu dapat juga ia muncul semula dan jadi stok apabila diperlukan. Gambar terakhir zoom in nak tunjukkan betapa berbatu kawasan bawang berlian tersebut hidup berderet di pagar belakang dekat pintu dapur. Kalau sesiapa ada tanah keras nak kasi hijau pemandangan macam rumput sambil dapat hasil ada nilai perubatan boleh tanam pokok bawang berlian.
Harga dijual pun sekarang makin meningkat harga bawang berlian ini ibarat nak beli berlian. Sebab mempunyai banyak manafaat untuk kesihatan terutamanya golongan wanita. Lebih-lebih lagi sukar untuk dapatkan bekalan segar bawang berlian. Juga dilaporkan sebagai alternatif cuba penawar penyakit barah.
Info lanjut mengenai bawang berlian boleh juga dirujuk di posting sebelum ini (klik sini).
~ 1 bekas bawang berlian/bawang dayak atau 3 bibit bawang berlian RM7.00 ~