Kacang Buncis 'Purple King' adalah jenis pokok yang memanjat dan ianya tahan cuaca panas. Pokok jenis memanjat dapat menjimatkan ruang bagi gardener yang mempunyai ruang terhad. Kalau malas nak buat trellis, boleh juga cuba tanam pokok kacang buncis ini bersama jagung. Biar dia panjat jagung, direct-sow biji benih jagung dan kacang jenis memanjat dengan waktu yang hampir sama. Sama-sama membesar bagaikan juara. Kacang buncis ini berwarna ungu dan bila masak bertukar kepada warna hijau. Oleh itu, ianya juga dipanggil 'Magic Bean'. Average saiz kacangnya ialah 17cm dan warna bunga juga ungu.
Kebiasaannya bagi pokok kacang buncis atau kacang panjang yang memanjat penghasilan kacang mengambil masa sedikit lama berbanding dengan kacang buncis yang renek (bush bean). Tetapi pokok kacang yang memanjat menghasilkan musim pengeluaran kacang yang lama, tidak seperti pokok kacang buncis yang renek walaupun menghasilkan pengeluaran kacangnya cepat tapi musim pengeluaran kacang yang singkat. Oleh itu, bagi sesiapa yang gemar menanam pokok kacang buncis yang renek disyorkan mengamalkan sistem "sucession sowing", semailah benih kacang buncis renek setiap 3~4minggu untuk bekalan dapur yang berterusan. Berbalik kepada kacang buncis 'Purple King' yang pokoknya jenis memanjat, ianya menghasilkan pengeluaran kacang buncis yang lebih cepat berbanding dengan pokok kacang buncis/panjang yang lain. Setiap tahun saya akan menanam kacang buncis 'Purple King' dan kacang panjang (snake bean/ long-yard bean) sama waktu dan saya selalu dapati kacang buncis 'Purple King' akan menghasilkan kacang sekurang-kurangnya sebulan awal dari kacang panjang.
Kadang-kadang apabila suhu cuaca sangat panas, kacangnya jadi bertompok-tompok hijau sikit. Tapi ini terjadi bila suhu panas lebih 40 degree Celsius selama dekat seminggu. Tidak perlu beri pokok kacang banyak sangat baja semasa pertumbuhannya untuk mendapatkan tuaian kacang yang lumayan. Zoom in gambar saya, tengok tanah tak beberapa subur, batu-batu pun banyak lagi campur dengan tanah.
~Biji Benih Purple King Climbing Bean (RM3.00-anggaran 10 seeds satu pek)~
Stok Habis.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Pembayaran melalui bank RHB atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).
13 ulasan:
I am gonna try again... 1 pack please! The latest one, its stem got snapped by the rain spattering off a nearby net. Sigh. Must plant elsewhere.
2 pack please....
ba kali ni kc 1 pek ya...
Mama Pongkey~ The plant might grow new stems again, consider as nature helped pruning the plant can be bushier. 1 pek dah simpankan.
Sm forestgarden, Ivy~ Dah catit dalam nota booking.
k mar 1
pertama kali nampak pokok kacang renek sebegini,Senang kan tak payah pasang sokong kayu.
me too! 1 pack ya!
Kak Mar, Lynn~Orait.
Cikmanggus~ Yang renek Cherokee Wax dan Royal Burgundy dalam list. Purple King ni memanjat.
Saya nak 2 pek ya. :)
2 Pek booking untuk Shiro82.
Ada lagi tak benihnya? nak order semua variaty kacang buncis dgn setiap jenis 2 pek. Saya tinggal kat sabah. Kotoluadan
Yang ini tiada stock sekarang, Carlz Jafran.
Catat Ulasan