Musim bunga sudah tiba di kebun kami sebelah Adelaide. Ketibaan musim bunga biasanya disambut dulu oleh bunga daffodil setiap tahun. Ini tahun ke-2 bunga daffodil ni berbunga yang ditanam dalam jenih tanah clay. Nasib tak reput ubinya dibiarkan dalam tanah tidak diangkat. Masih sejuk lagi sini jadi intai-intai je lah dari tingkap waktu berpantang bila hari angin sejuk kuat.
Yang ini pula bunga jonquil. Kesian bunga ini rupanya angkara si siput (tengok gambar baru perasan ada siput) cacatkan rupa si bunga jonquil ini sikit. Daffodil dan jonquil adalah dari keluarga yang sama cuba perbezaannya adalah bagi daffodil setangkai (satu bulb) cuma bagi satu bunga. Jonquil pula satu batang memberikan serumpun (cluster) bunga-bunga tapi saiznya lebih kecil dari saiz bunga daffodil. Bunga jonquil yang ini pula tumbuh di tanah jenis loamy-clay. Bunga jonquil lebih mudah untuk tumbuh di kawasan cuaca panas berbanding dengan bunga daffodil. Bunga jonquil ini pun adalah tahun kedua ianya berbunga.
6 ulasan:
Oh, baru tahu perbezaan daffodil dan jonquil, sebelum ni saya panggil semuanya daffodil sahaja :-) Memang bungafavourite saya juga, heralding the end of winter and the beginning of spring. Teringat semasa student, jalan kaki dari Knightsbridge ke Leicester Square, lalu merentas St James Park di waktu permulaan musim bunga. Walk yang mengambil masa 3-4 jam tetapi sungguh seronok dapat menikmati keindahan bunga daffodil.
Daffodil dan Jonquil bila ada promosi? mahu order ba....
Mama Pongkey~Saya dulu pun confius, ingat sama saje.Tak sabar nak tengok bunga-bunga lain pula juga berbunga. Banyak hijau je warna sini sekarang.
Ivy~Tak pasti lagi bila dapat buat offer bulbnya. Susah sikit nak menjadi tanam bunga ni di Malaysia sebab perlu "pre-chilling" treatment.
cantik nampak bunga daffodil tu...
Klau nak order bunga ni ke Malaysia boleh x? for present..because some one like this flower so much. heheh
Nakustikability~ Bunganya saya tiada sekarang, tapi bulbnya kebetulan minggu ni ada.
Catat Ulasan