No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 20 September 2012

Restocking Gladioli Bulb

Photo dari Supplier

 Stok  bulb gladioli bulan August tempoh hari dah habis. Oleh itu, tukang kebun restock kembali bulb gladioli sedikit jika ada gardener yang berminat nak cuba tanam bunga yang indah ini. Terima kasih kepada semua kerana berikan update mengenai bulb gladioli yang tumbuh di taman bunga saudara saudari. Seronok dan senang hati tukang kebun dengar cepat bercambah bulb gladioli batch bulan August lalu. Mungkin berkat bulan Ramadhan dan Syawal. Sekiranya ada sesiapa yang tiada blog atau ada blog yang ingin berkongsi gambar bunga progress gladioli mereka bolehlah hantar gambar tersebut di email tukang kebun (kebunkmg@gmail.com) sebelum 10hb Oktober 2012. Tukang kebun akan cuba buat posting gambar-gambar tersebut di dalam bulan Oktober (photo credit kepada tuannya). Menarik dapat jenguk-jenguk kebun gardener lain.
 Sebelum menanam bulb gladioli bolehlah sediakan tanahnya dengan kompos atau manure/baja (yang dah lama reput bukan segar). Gladioli adalah bunga yang sukakan matahari, tapi kalau musim panas dan hendak bunganya kembang cantik tanam di lokasi yang menerima pancaran cahaya matahari di sebelah pagi. Kalau bukan musim panas bolehlah tanam di tempat yang menerima banyak cahaya matahari. Gladiolus boleh juga di tanam dalam pasu. Gladiolus tidak memerlukan banyak air, sekadar tanahnya tidak kering sahaja. Cuma pastikan tanah tidak terlampau basah atau bertakung sebelum bulb bercambah atau baru naik anak pokoknya untuk mengelakkan ubi bulbnya mereput. Tempoh gladiolus mula berbunga dari tanam adalah anggaran 100hari ikut faktor pertumbuhan persekitarannya. Kalau pertumbuhannya tidak ada gangguan ianya boleh berbunga dalam masa 80hari.


12 ulasan:

cikmanggis berkata...

salam Diana..lama cm tak masuk ke kebun Diana ni...baby ok?...

cantik bunga bunga ni harap Diana dapat link kan ke blog kawan-kawan yang tanam kat Msia atau kebun sungai buloh.

Nak lihat bagaimana perkembangan bunga ini jika di tanam di malaysia.Sungguh teruja tetapi belum bersedia untuk turun padang menanam bunga hehe..malas betul Cm ni:)

lynnhelite berkata...

owh yes, reserve utk lynn 1 pack. nak try tanam kat narathiwat lak..my mum mesti suka ni

Zieta collection berkata...

reserve 1 pek puan...

TukangKebun berkata...

Cikmanggis~Abby sihat and manja nak berkepit dengan mama Abby. Saya pula tak masak sangat sekarang, suami yang selalu masak.

Lynn~ Your mum will certainly like this. Where is Narathiwat?

Ivy~ Ok simpan sudah.

lynnhelite berkata...

Narathiwat di Selatan Thai (was born there..)Mak pure Thai, dad pure Chinese.. anak2nya jadi la Pan Pacific! kah kah..

TukangKebun berkata...

Lynn~ Boleh cakap macam bahasa-bahasalah ni.

sarina berkata...

assalam...sy nk 1pack:)

TukangKebun berkata...

Ada stok Sarina.

emmatam berkata...

Ada stok lg xbulb nie

TukangKebun berkata...

Masih ada stok lagi Emmatam.

emmatam berkata...

Saya nak. Saya nk. . Dah lame cri. . Kira mcm mane ye

TukangKebun berkata...

Emmatan hantar email ke (kebunkmg@gmail.com) untuk information selanjutnya. Tukang kebun boleh bagi list stok biji benih yang terkini melalui email mudah untuk mencari.