No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 14 Julai 2013

Prune your Mulberry

 Hujung minggu ini antara kerja yang tak banyak pakai tenaga dan kurang 10 minit dah selesai dapat dibuat sementara nak selesaikan perkara lain ialah pruning pokok-pokok Mulberry. Bolehlah pruning sekarang nanti lepas bulan Ramadhan dah molek sangat bukan sahaja musim Raya Aidilfitri tapi musim buah mulberry juga. Pokok-pokok mulberry di patch yang ini adalah sama batch dengan pokok mulberry yang dikirim bulan March dan April tahun ini. Bagi yang teragak-teragak bilalah boleh pruning pokok mulberry supaya ia menghasilkan buah pokok mulberry tersebut boleh dah nak pangkas. Keratan pokok-pokok yang ditanam sama batch bulan March dan April lepas dah tumbuh meninggi, minggu pertama bulan Julai tukang kebun pangkas hingga hampir setengah dari pokoknya sudah mula menghasilkan buah-buah muda yang berbentuk macam berus botol bayi size kecil.
 Musim kemarau bulan June lepas, banyak pokok-pokok gugurkan banyak daun macam musim luruh pula rasa di Kebun Bahagia Bersama walaupun cuaca panas. Sebagai contoh atas tu longgokan daun-daun kering pokok durian. Minggu ini tukang kebun nampak putik-putik bunga sudah di pokok durian. Bulan puasa ni mesti ada aktiviti mengemaskan laman di luar rumah. Daun-daun yang kering ni dari dibakar elok juga digunakan untuk 'mulching' keliling tanaman-tanaman untuk menghalang weed dari bermaharajalela dan mengurangkan masa yang digunakan di kebun untuk merumput. Juga mulching boleh membantu tanah untuk stay moist lebih lama sebab sejatan air terhalang dan mengurangkan suhu panas tanah tersorok di bawah daun-daun kering. Tambahan pula bila daun-daun kering tersebut mula reput, akan jadi natural kompos dan memberikan zat nutrisi kepada tanah untuk diserap oleh tanaman-tanaman.
 Biji-biji benih weed tidak mendapat cahaya untuk bercambah bila dilindungi tebal  dengan daun-daun kering (boleh timbun daun-daun kering sehinggal longgokan setebal 5cm).

 Minggu ini ada pokok-pokok keratan mulberry yang dah boleh keluar dari tempat nursing kami bagi mereka yang berminat. Ada sekurang-kurangnya 2 pokok dalam satu bekas.

Mulberry Double Happiness -RM7 sebekas.

3 ulasan:

Alice berkata...

macam mana nak prune mulberry? mula dari bahagian macam mana?

NarsHiFa berkata...

Saya pun nak tanya soalan yang sama macam cik Alice kat atas.Harap Diana boleh kasi tunjuk ajar,saya mak budak baru belajar,heheh :D

TukangKebun berkata...

Dear Alice & Narshifa.
Kalau tak pasti boleh cuba pruning half dari original pokok sebelum pruning. Kalau risau berapa banyak leaves patut ditinggalkan boleh refer gambar atas.
Pucuk hijau muda tu new shoot after pruning.