Catatan kerja di kebun Ahad minggu lepas dah buat, hari ini tukang kebun nak catit kerja Sabtu lepas pula. Syukur Alhamdulillah dengan pemberian mesin rumput dari Aunty Z dapatlah tukang kebun potong rumput Sabtu lepas yang ketinggiannya dah membuatkan itik-itik kami tenggelam dalam semak rumput yang naik begitu pantas pada musim hujan ini. Bahaya bagi binatang ternakan apabila rumput dah tinggi mudah predator nak take cover, jadi priority ialah memotong rumput di kebun belakang.
Dearest hubby pula sepatutnya ada satu projek gunakan mini chainsaw untuk potong-potong kayu tak dapat pula sebab masalah chainsaw tak mau start. Jadi dari membuang masa, projek ganti dearest hubby ialah pindah-pindahkan anak-anak pokok pisang supaya tidak pupus disusun di kawasan yang baru sahaja selesai dipotong rumputnya. Koleksi pisang big boss banyak jenis itu sayang jika dibiarkan begitu sahaja sebab musim kemarau lalu banyak pokok-pokok pisang tumbang. Memang perkongsian kisah pisang dengan cuaca tahun ini yang duduk kawasan berhampiran tukang kebun juga mengalami nasib yang sama tahun ini. Untuk Sabtu lepas dapatlah juga pindah 3 jenis pisang.
Salah satu masalah utama di Kebun Bahagia Bersama jika anak-anak pokok pisang tidak dipagar, pucuknya adalah kesukaan si itik dan angsa meratah. Gambar di atas tu anak-anak pokok pisang yang dah pernah dimakan oleh PETS di backyard yang kalau nasib baik pucuknya muncul semula.
Gambar di bawah pula batang pisang besar yang dah tumbang tetapi di sisinya ada anak-anak pokok pisang. Sayang jika dibiarkan begitu sahaja. Jadi sebagai contoh anak-anak pokok pisang seperti dalam gambar atas dan di bawah dipindahkan biar dia bersendirian tak kongsi tenaga moga lebih cepat tumbuh jika ada rezeki. Musim hujan ni eloklah nak buat projek pindahkan anak-anak pisang, elok sahaja lepas Asar pada Sabtu lepas rezeki hujan turun dengan lebatnya.
Gambar di bawah memang anak pokok pisang yang dah pernah kena ratah oleh PETS tapi keluar pucuk balik. Bukan sekadar pindahkan anak pokok pisang tapi nak kena buat pagar juga supaya tak jadi mangsa diratah oleh PETS.
Jika pokok pisang anda telah berbuah, batangnya janganlah dibazirkan buang begitu sahaja. Batang pokok pisang ni banyak zat bolehlah letak di keliling pokok-pokok buah yang sedang membesar. Sambil batang pisang mereput yang akan jadi baja kepada pokok tersebut, ianya juga boleh dijadikan mulch. Kalau kami dapat elakkan ayam-ayam cakar keliling anak pokok cari cacing takut tercedera akar pokok. Ataupun nak elakkan pokok tersebut dari terpotong masa memotong rumput. Bila letak batang pisang keliling juga mengurangkan rumput naik di situ (suppress weed). Masa musim kemarau mana anak-anak pokok yang ditindan kelilingnya dengan batang kelapa panjang hayatnya yang tak tersiram di belakang kebun.
Dah lama tak potong rumput dalam masa yang lama (more than 3 hours), lenguhnya lah belakang bahu sampai hari Selasa. Rumput kalau dah panjang sangat ni memang ambil masa lebih lama dan tenaga banyak nak tolak mesin rumput. Jadi tak berapa larat kuasa nak menuai pada hari Sabtu. Kesimpulan tuaian pada hari Sabtu seperti gambar-gambar di bawah.
Bulan ini memang nangka banyak tumbuh sekelompok jadi yang mana kongsi tangkai biasanya dikurangkan bilangan buah jika nak dapatkan buah nangka saiz yang besar. Syukur Alhamdulillah rezeki nangka muda ini dapatlah dikongsikan dengan gardeners yang self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama dari permulaan bulan November ini hinggalah Sabtu lepas.
Antara gardeners yang self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama pada Sabtu lepas ialah Gardener Nurul Cahaya yang berkongsi gambar gulai nangka muda dari nangka muda Kebun Bahagia Bersama. Bahagia bila tengok hasil tuaian dari kebun dapat juga dikongsikan sehingga kepada kawan-kawan sepejabat dengan Nurul. Jenis nangka dari pokok yang rajin berbuah ni memang sedap sesuai buat sayur nangka mudanya.
Gardeners lain pula suka masak apa dengan nangka muda? Bolehlah beri cadangan.Self-Collect Day Schedule This Week:
Rabu 19hb November 2014 antara pukul 9:00malam ~9:30malam.
Sabtu 22hb November 2014 antara pukul 5:30 petang ~ 6:00 petang.
15 ulasan:
salams TK,
sedapnya tgk gulai nangka.....sedappppppp:)
gulai nangka my faveret,,masak lemak dgn udang
ada ofis mate masak rendang nangka muda...sedap katanya tapi kami belum try la lg...sbb susah nk dptkan nangka muda...kat pasar
boleh diana cuba..
Waa...gulai nangka muda pasti sedap punya. Buah pula segar dari ladang. Manis dan gebu isinya. Feverettt...
seingat2nya sejak tahun lepas lagi pisang tak berapa menjadi, batangnya mereput didlam dan berair... kalau kat kampung makngah, nangka muda ni, waktu kenduri kendara masak kari dgn tulang atau daging, makan pulak dgn kerak nasi kenduri...sedappp, nostalgia betul...masak lemak pun sedap juga
Sedap nyer gulai nangka tu...nangka muda kalu dibuat kerabu pun sedap campur ngn perut lembu kan...
Salam Bahagia Kak Amiizaa.
Tukang kebun terliur-liur tengok gulainangka tu .
Salam Bahagia Sudais.
Sodap ya masak lemak dengan udang mesti tambah banyak kali.
Salam Bahagia Ana.
Thank you for sharing menarik dan macam best bunyinya cuba masak rendang. Mungkin boleh campur dengan hirisan herba puding belacan.
Salam Bahagia Kak Mala.
Syukur Alhamdulillah dapat berkongsi hasil dari kebun sendiri buat nangka lebih rajin berbuah.
Salam Bahagia MakNgah.
Betul tahun lepas pisang memang masalah batangnya busuk mereput berair. Tahun ni tak sempat reput dah terus tumbang.
Wah memang dulu kalau kat area kampung sebelah papa pun gitu masak kari macam MakNgah describe makan dengan kerak nasi lebih kenduri memang sedap. Sungguh nostalgia...yalah sekarang ni banyak pakai catering. Majlis pun sekejap je kat dewan tak sempat nak berborak panjang dengan saudara yang lama tak jumpa.
Salam Bahagia Bunda,
Kalaulah dapat nangka muda kerabu dengan perut lembu memang makan bertambah-tambah....nak buatnya tak rajin tu hehehe...tak berapa reti masak perut lembu ni. Makan je pandai.
Boleh x anak pisang berangan diambil dan ditanam tmpat lain? Pisang benih tissue baru 4 bulan tp bnyak anak..kalu xbley, bila boley pindah anak?
Salam Bahagia Kebun Penang,
Kalau dah ada pucuk-pucuk besar anak pokok pisang berangan nampak dah mudah boleh alih dan sudah ada akar sendirinya,boleh sahaja pindahkan anak-anak pokok tersebut.
Catat Ulasan