No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 4 Februari 2015

Devil Smile

  Minggu lepas jenis Hippeastum Devil Smile dekat Kebun Bahagia Bersama membuatkan tukang kebunnya juga smiling smiling. Bawang hippeastrum ini dicacak separa ke dalam tanah minggu pertama sekolah bermula tahun 2015. Belum sampai sebulan the devil smile already tanpa apa-apa yang perlu dibuat pun. Cukup dengan rezeki air hujan walaupun adalah juga di sini 2 minggu terasa bahang kemarau.
 Kesimpulan gambaran apa yang dapat dituai di Kebun Bahagia Bersama beberapa hari ini. Limau nipis memang banyak buahnya sekarang mula masak kekadang tergolek-golek di tanah sebab tukang kebunnya mood malas kebelakangan ini. Minggu ini ada fresh stock biji benih kacang botor yang baru dituai dari Kebun Bahagia Bersama

~ Kacang Botor/Kelisa ~
Angggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM1.00 .
 Malas mungkin 1 faktor tapi kebelakangan ini badan tak berapa sihat, rasa macam seram sejuk je. Sebab isterinya asyik seram sejuk macam demam je, si suami pun rajin-rajinlah cari kelapa muda nak kasi minum. Anak-anak pun demam dan batuk-batuk. Lekas-lekas bagi mandi home-spa air rebusan Tepus Wangi cepat surut demam sebelum melarat. Si Abby beberapa hari bau Tepus Wangi. Teringatlah pula sedang suaminya tengah kopek kelapa muda di gambar bawah, adalah pula si tukang kebunnya nak merajinkan belah kelapa  tua kasi angsa makan sambil menunggu. Si tukang kebun tak sedar diri yang dirinya dah penat tak banyak tenaga nak angkat cangkul belah kelapa sampai terlepas tangan tak dapat control melantun cangkulnya kena kelapa tua ke ibu jari kaki sendiri. Terus jadi demam semula terkejut kena istighfar banyak-banyak, ambik pucat muka nasib tak putus kena sikit je luka. Entahlah mungkin ada dosa yang dilakukan tak perasan kena balasan semula. 
 Nasiblah ada Devil Smiling dekat luar sana, kalau tak rasa motivate nak keluar kebun dengan badan asyik rasa menggigil je ni. Yang peliknya bila dah mula berkebun, tak rasa pula badan tu tak sihat. Bila dah rehat mandi rasa seram sejuk balik.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 4th February 2015 (Wednesday) at Sungai Buloh from 8:30PM ~9:00PM.
~ 6th February 2015 (Friday) at Saujana Utama from 9:00PM~9:30PM.
~ 7th February 2015 (Saturday) at Sungai Buloh from 5:30PM~6:00PM.
~ 11th February 2015 (Wednesday) at Sungai Buloh from 8:30PM~9:00PM

3 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

syok nya tengok bunga Hippeastum Devil Smile ni, mudah nya dia berbunga, kalau dkt2 mmg kaknoor nak ni utk menyerikan rumah yg suram skrg ni hehe

gina marna berkata...

Saya punya adik bradik bunga ni x pnh berbunga sejak tnm...huhuhu..yg satu tu dh siap beranak-pinak :(.

Anyway..moga cepat sembuh tukang kebun Diana..take care.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakNoor,

Syukur Alhamdulillah minggu ini ada beberapa jenis bunga amaryllis sedang berkembang di Kebun Bahagia Bersama.

Salam Bahagia Gina Marna,

Yang dah beranak-pinak tu pisah-pisahkan dia dulu sebelum pindahkan. Yang ibunya tu letak tempat nyaman dan kering about 2~3 weeks baru tanam semula.

Thank you for the wish dear.