No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 13 Februari 2015

Mata Pelanduk

  Siapa masih ingatkan pokok ini dulu banyak tumbuh liar di kebun getah dan buahnya selalu dipetik untuk dibuat peluru masa zaman kanak-kanak riang. Generasi anak-anak kita mungkin ramai sudah tidak kenal pokok serbaguna ini sebagai ulam, herba dan perubatan tradisional. Hai...dekat kebun getah pun dah pupus kut sebab sekarang ni zaman bukan lagi potong rumput di kebun tapi kononnya dah moden nak efficient jadi pakailah racun rumput. Kalau nak selamat dari mencari dalam semak atau kebun yang kita tak familiar baik tanam di kebun sendiri kalau nak organic bebas dari semburan racun. Apabila zaman kanak-kanak riang gunakan buahnya sebagai peluru, yang dewasanya pula petik pucuk muda pokok mata pelandok ini untuk dibuat ulam yang rasanya berlemak. Pucuknya dimakan dengan sambal belacan atau Orang Pantai Timur cicah dengan budu. 
  Pokok mata pelanduk juga dikenali sebagai 'Mata Ayam'. Mungkin dulu bila lalu kebun bila malam disuluh lampu buahnya yang masak merah pekat atau kehitaman bersinar nampak macam mata pelanduk atau mata ayam. Kalau teringin your edible garden atau herb garden di belakang dapur nampak menarik, belalah sepokok mata pelanduk. Yang nak bunga pun dapatlah menatap bunganya yang cantik berwarna merah jambu tu menjadikan pokok mata pelanduk juga boleh nampak seperti pokok hiasan.
  Pokok mata pelanduk ini bukan jenis pokok batangnya besar, halus je seperti gambar atas No. 3 ini. Boleh bandingkan dengan pokok ubi bemban/garut yang dikelilinginya. Macam saiz pokok ubi kayu sahaja. Kalau pokok ubi bemban hidup subur di situ, InsyaAllah sesuailah juga dengan pokok mata pelanduk. Sekarang ini ruang menanam adalah terhad, jadi nasihat tukang kebun tanam mata pelanduk di tempat yang kurang mendapat cahaya matahari. Kerana banyak edible plant suka full sun jadi biarkan mata pelanduk disusun di tempat yang kurang mendapat matahari (separa matahari tapi janganlah pula tempat gelap sangat). Begitu juga untuk membuatkan semua bahagian di kebun anda dapat digunakan sepenuhnya secara produktif, susunlah tanaman dengan baik. Ubi bemban dan mata pelanduk di kawasan menerima separa matahari, tidak perlu cahaya direct atau full sun pun tidak mengapa jika nak fokus kawasan kebun yang menerima banyak cahaya matahari kepada tumbuhan lain yang lebih memerlukannya. Gambar No. 3 ini adalah suasana di Petak A di mana tumbuhan-tumbuhan duduk berteduh di bawah kanopi pokok durian.
 Bunga mata pelanduk yang meriah berwarna pink akan menjadi buah nampak macam adik beradik berry yang merah gelap kehitaman yang manis boleh dimakan. Bolehlah anak-anak petik sendiri makan berry merah dari kebun sendiri. Kadangkala tukang kebun bayangkan pokok mata pelanduk yang meriah berbuah seakan pokok Christmas. Rasanya pokok mata pelandok ini boleh ditanam di pasu dan bila waktu Christmas boleh digantung pelbagai hiasan. Bukan sahaja pokok Christmas malah masa musim perayaan Aidilfitri atau Tahun Baru Cina juga di atas pokoknya boleh disangkut hiasan-hiasan tema ikut perayaan gaya tropical wonderland. Use your imagination power, InsyaAllah this tree can be very suitable as a decoration tree. Akar pokok mata pelanduk juga banyak digunakan dalam perubatan traditional juga bahagian-bahagian lain. InsyaAllah dari segi perubatan traditional akan disambung lain kali, nanti pembaca bosan banyak input nak masuk.
  
 Banyak happiness boleh diperolehi dari pokok mata pelanduk, dapat makan ulam, dapat makan buah yang nampak berry manis tu, bunga cantik nampak macam hiasan dan banyak manfaat juga dari segi khasiat dan perubatan. Memandangkan dah lama tukang kebun tak masukkan pilihan ahli baru dalam page promosi '3 plants mix for RM10', anak pokok mata pelanduk juga dapat dimasukkan dalam senarai tersebut.

~ Mata Pelanduk ~
1 anak pokok for RM5.00 .
  Antara kawasan yang dikemaskan hujung minggu lepas adalah kawasan bersebelahan PETS breakfast setiap hari. Bayang-bayang daun frangipani nampak menarik juga macam bunga-bunga besar coraknya. Hari Isnin semasa tukang kebun selesai pindahkan anak-anak pokok jambu mawar batch baru ke kawasan ini, tukang kebun menyiram pula di tapak semaian mini di sini. Sedang tukang kebun menyiram tiba-tiba ada feeling dejavu pula kelihatan di sebelah polibeg puding belacan macam ada kepala ular dengan mata bersinar perhatikan tukang kebun duduk diam-diam. Naluri tukang kebun tak rasa ianya katak. 

 Itupun macam ia tak ia je rasa betul ke penglihatan tukang kebun ni ataupun sebab cermin mata ni bersilau. Instinct tukang kebun rasa dejavu sebab macam ular yang dilihat dulu kepala sama dalam related posting ini (klik sini). Dahlah kebetulan elok je activity sama baru kemas kawasan ini macam dulu, terserempak balik species ini. So what did tukang kebun do after thinking a while standing still for some time? Nampak macam rupa bentuk kepalanya sahaja, intai-intai tak nampak badan itu sebab rasa was-was dengan penglihatan sendiri pastu duduk macam patung je di situ. Beberapa detik berlalu adegan ko pandang aku, aku pandang ko.

 Untuk confirm, so tukang kebun jet spray what I think is a snake head dengan kuasa air straight to its face banyak kali. After a while lenyap hilang what tukang kebun think nampak benda bersinar-sinar tu. Terima kasih kepada Julie gardener di Kebun My Wonderful Timez kongsi pengetahuannya yang ular tersebut kebarangkalian jenis ular tikus. Jadi tak berapa membahayakan selagi kita tak de niat nak bunuh dia. Lagipun tak dekat dengan rumah so should be fine for it to wonder around and eliminate tikus dan katak dekat kawasan di kebun belakang ni. Lagipun jika betullah apa mata ni nampak adalah ular tikus ianya tak aggresive terhadap tukang kebun nak cuba tak bergerak supaya tukang kebun tak perasan akan kehadirannya, so I can spare its precious life.

 Here is tukang kebun personnel opinion why it was important that I spare the ular tikus life that a gardener might benefit to let them also help us during this drought season. Sekarang kalau musim panas kemarau ni kan, cuba rajin-rajin check pasu yang ada pokok mesti ada di antaranya ada katak gali tanah duduk diam dalam tu. Masa musim panas ni, gardeners akan siram-siram pokok-pokok dalam pasu kerap, jadi katak pun seronoklah take advantage dapat shower kasi sejuk badan juga. Syoklah katak kan ada gardener tolong kasi mandikan masa musim-musim panas ni tu yang suka buat rumah dalam pasu ada kegemaran pokok-pokok yang rajin dibelai tu. With the help of ular tikus as predator dapatlah kurangkan the number of katak (mangsa) around the house. This is nature way of life. Tukang kebun pun gelilah nak kasi keluarkan katak dari pasu, yang geramnya dah kasi keluar pun nanti dia datang buat rumah balik. Musim kemarau ni memang nampak ketara banyak katak suka duduk dalam pasu. Tikus pun kadangkala suka betul menggali mencari makanan dalam tanah. Untuk kurangkan bilangan katak dan tikus biarlah ular tikus pun mainkan peranannya.
Sesungguhnya Yang Maha Pencipta mencipta sesuatu ada tujuan-NYA.

12 ulasan:

AMIIZAA berkata...

akak tk pernah jumpa pokok tu...:)

Kakzakie berkata...

Ilmu gardening yg baik ni Dee. Kalau tak tahu mahu dibunuhnya ular tikus tu. Maklumlah siapa berani nak biarkan dia. Tapi bila Dee buat explanation jadikan dia sebagai predator sangat-sangat logik - tapi kalau kakak jgn kata ular, katak pun takut hihi..

Seri7ujuh berkata...

tak ada memorilah pasal pokok mata pelanduk nih...tak ada kot kat area kampung makngah...time kecik2 dulu kalau main senapang kayu, kami guna terung rembang/pipit je sebagai peluru...cantik bunganya macam orkid

Leena Salleh berkata...

Diana, kalau ternakan aware ada ulat kat situ sepatutnya dia akan bising...macam angsa tu....dia akan warn penghuni rumah....

nadia rashid berkata...

pernah tgk dan wat main tembak-tembak..tapi tak tau plk nama nya mata pelanduk!

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amiizaa,

Dulu banyak tumbuh mata pelandok ni kat kebun terbiar hehehe....

Salam Bahagia Kakzakie,

Masa suatu masa dulu Diana dapati bilangan katak banyak sekarang dah berkurang semenjang terserempak tikus ular ni. Bolehlah control kasi seimbang bilangan katak. Banyak katak pun masalah juga habis pasu digali kacau pertumbuhan akar anak-anak pokok.
Ular tikus ni nampak tak beberapa aggresif perangainya bolehlah tutup sebelah mata lagi. Jangan saiz besar yang berbisa sudahlah.

Salam Bahagia MakNgah,

Sakit gak tu kalau pakai terung pipit sebab buahnya lagi besar dan keras dari mata pelanduk kalau kena tembak hehehe...
Bunganya memang cantik.

Salam Bahagia Kak Lina,

Mungkin angsa tak bising cos they don't find it harmful. Tak besar ularnya kecik je. Dalam gambar tu tak sampai pun an hour after I saw the snake and the geese already starting to patrol right in front of the place I saw its head.

Kalau musang datang malam-malam angsa-angsa akan bising atau biawak.

Salam Bahagia Nadia.

Tak kotor baju ke kena kesan tembak kalau pakai buah yang masak Nadia? hehehe....

Tanpa Nama berkata...

salam puan...sy berminat nak beli anak pokok mata pelanduk ni..mcm mana caranya...hazlin diana 0173408520

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Hazlin,

Ada stok anak pokok mata pelanduk, boleh email (kebunkmg@gmail.com) for further details.

Zaini Mohd berkata...

pokok renek ni sekarang menang susah nak jumpa
dulu masa zaman kanak-kanak buah mata pelandok
jadi macam makanan bila bermain di kebun getah

Zaini Mohd berkata...

mohon hantar anak pokok mata pelandok

Zaini Mohd berkata...

buah mata pelandok skrg susah nak jumpa.....
buah ni jadi kenangan masa zaman kanak-kanak era tahun 60 - 70 an
buah ni jadi mcm makanan jajan masa main kt kebun getah...
seronok nya..
kalau tuan/puan ada anak pokok/benih minta tolong pos pada saya 0172475316

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Zaini Mohd.

Zaman sekarang suka meracun dekat kebun getah jadi dah susah nak jumpa tumbuh merata-merata mata pelandok. Kalau jumpa pun takut nak makan, tak tau selamat ke tidak sebab racun.

Untuk pesanan boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).