No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 13 Ogos 2017

Mexican Turnip Bigger than My Foot

 Assalamualaikum didoakan semua pembaca Kebun Bahagia Bersama dalam keadaan sihat walfiat. Hari ini hanya berkongsi sajian gambar dari mulanya pembentukan buah kacang sengkuang yang hijau keputihan hinggalah menghasilkan biji benih yang matang. Bentuk bunga pokok sengkuang juga mirip sahaja macam kacang pea di Eropah tu dan berwarna lavendar bunganya atau boleh nak masuk kategori warna mauve. Cuma kacang sengkuang ini tak boleh dimakan kerana ianya beracun. Sebab tu ianya salah satu tumbuhan yang mudah nak dibela secara organik kerana jarang sekali ada serangga perosak menyerangnya. Unggas pun tak rajin sentuh pokok sengkuang ini. Bahagian yang boleh dimakan ialah akarnya atau ubinya.
 Cara-cara penanaman sengkuang ini tak berapa sukar. Apa yang penting ialah persiapan tanah untuk menyemai biji-biji benihnya. Untuk percambahan biji benih yang baik, pastikan tanah tersebut berada di posisi yang banyak menerima cahaya matahari secara langsung. Harus diingat bahawa sengkuang ini berasal dari kawasan tropika bermakna ianya sukakan suhu 21 Celsius ke atas untuk bercambah. Malahan ubi sengkuang pun jika dibiarkan dalam tanah yang bawah 15 Celsius boleh reput ubinya. Jadi elakkan ubi sengkuang disimpan dalam peti ais ya. Bagus disimpan di suhu bilik. Jika tanam sendiri lebih baik biar je dalam tanah seperti kunyit, gali yang perlu sahaja keluar.
 Walaupun kelihatan biji benih sengkuang itu keras, ianya tak suka direndam air dengan lama. Reput nanti. Walaupun bercambah, lama-kelamaan akan ada potensi mengalami gejala akar benih yang reput atau tunas batangnya lembik terputus dari biji benih. Sama je bila disemai benihnya di tanah, kita akan siram juga tanah itu terjadi lembap. Jadi memadai air yang terkandung pada tanah tersebut. Elok sebelum menyemai biji benih sengkuang di tanah, gembur-gemburkan tanah tersebut terutamanya pada jenis tanah yang keras. Biji benih sengkuang lebih mudah bercambah pada komposisi tanah yang lebih kepada jenis berpasir. 

 Hasil kajian mini projek yang dijalankan oleh beberapa pelajar yang ramai tidak berpengalaman berkebun berkenaan tekstur tanah dengan mencuba pelbagai jenis tanah untuk lihat perkembangan anak pokok sengkuang yang bercambah ialah lebih cepat membesar dengan jenis tanah yang berpasir (bacaan lebih lanjut klik sini). Hasil kajian jenis gunakan tekstur tanah yang sama tetapi siraman regime air yang berbeza menunjukkan keperluan air sengkuang juga tidak banyak pada awal pertumbuhan, sederhana sahaja (bacaan lebih lanjut klik sini). Awal perkembangan biji benih bercambah juga nampak anak sengkuang ini suka tanah yang pengudaraan yang baik. Bila diperhatikan cara-cara tenaga tangan pelajar yang berbeza lepas semai compress/compact tanah/padat tanah juga memberikan pengaruh peratusan percambahan. Jika tanah yang keras, jangan lepas semai kita tekan-tekan atau compress padat sangat tanah, sukar untuk biji benih tersebut bercambah. Perkara-perkara kecil ini juga adalah faktor yang penting untuk sukses percambahan biji benih sengkuang yang tinggi.

Faktor-faktor yang dapat mempengaruhi percambahan biji benih sengkuang:

  1. Suhu
  2. Penerimaan Cahaya
  3. Jenis tanah - lebih suka tanah yang ke arah berpasir dan mempunyai pengudaraan yang baik
  4. Keperluan air sederhana (jangan rendam biji benih)
  5. Elakkan tanah menjadi mudah padat, kadangkala cara siraman yang ganas juga menyebabkan tanah jadi compress atau compact (Air pancutan dari hose yang kuat dan tempat tinggi, boleh compact tanah). Cara siraman juga menyebabkan biji benih hanyut atau jadi tertimbul ke permukaan tanah.
  6. Lepas semai gently pat pat sahaja tanah ya...jangan tekan kuat sangat.
  7. Semaian biji benih sengkuang dalam kedalaman 2~3cm dari permukaan tanah.
  8. Sebelum semai biji benih gembur-gemburkan tanah dahulu.
  9. Lebih digalakkan direct sowing biji benih dari memindahkan anak pokok kemudian.
  10. pH tanah yang berdekatan lingkungan neutral.


 Buah ubi sengkuang memang boleh hidup dibiarkan bertahun-tahun dalam keadaaan berpasir di cuaca tropika ya dengan pengaliran air yang baik. Ubi sengkuang ini dah berapa kali bekalkan biji-biji benih sengkuang kepada stok segar Kebun Bahagia Bersama. Dah paling kurang 3 tahun hidup di sini (related posting klik sini), dah besar dari tapak kaki Tukang Kebun. Dah tertimbul dari tanah pun unggas tak makan. Ada juga biji benih yang bercambah sendiri berdekatannya. Berapa kali ingat dah mati dah pokoknya sebab tak pernah disiram masa musim kemarau. Tapi bila tiba musim hujan, naik balik tunas dari ubinya cepat naik melilit pokok kemboja. Stok segar biji benih sengkuang ada semula di Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 pek anggaran 30 biji benih sengkuang RM3.00 ~

4 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Petua untuk mendapatkan ubi sengkuang yang lebih besar,
Potong/cantas pucuk sengkuang jangan bagi ia memanjat/melilit
Biarkan ia merenek sahaja

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Warisan Petani,

Ya jangan biarkan ianya berbunga jadi elok cantas untuk elakkan dari berbunga.

Tanpa Nama berkata...

Salam sis Diana..Sy nak beli benih sengkuang ni..Sy dah email sis..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Happy Gardening!

Thank you for the order.