No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 19 Ogos 2017

Pucuk Singkong Pulut

 Hari ini Tukang Kebun nak buka topik tumbuhan ulam-ulaman kita yang underrated sebagai sumber Kalsium yang kaya. Sebab kalau kita google rich calcium vegetables asyik keluar tumbuh-tumbuhan yang perlukan cuaca yang dingin dari negara kita untuk tumbuh dengan baik. Walhal di keliling kita ni banyak sumber-sumber tumbuhan yang kaya dengan Kalsium. Back to basic, sumber Kalsium asal diserap oleh tumbuhan dari tanah (proses luluhawa pemecahan batu menjadi tanah), kemudian kalsium dalam tumbuhan pula dipindahkan ke binatang apabila tumbuhan dimakan oleh haiwan herbivor/omnivor. Jadi kita manusia ini dapat sumber nutrient kalsium dari pemakanan kita iaitu tumbuhan atau daging/susu haiwan. Lembu pun dapat kalsium dari tumbuhan atau rumput yang diragut olehnya. Oleh itu susunya ada kandungan Kalsium pun lembu dapat dari pemakanannya. Kesimpulannya sumber Kalsium bukan hanya dengan hanya minum susu tetapi dapat diperolehi dari tumbuh-tumbuhan.

(info lanjut boleh baca klik sini)

 Kita boleh juga dapatkan khasiat Kalsium dari pucuk tumbuhan ulam-ulaman tradisional kita sebagai contoh pucuk ubi kayu dan daun kadok (related posting klik sini). Pucuk ubi kayu dan daun kadok juga amat kaya dengan kalsium. Bukan sahaja manusia menghadapi masalah kesihatan jika tak cukup Kalsium. Tumbuhan juga tak nampak sihat jika kekurangan kalsium yang dapat diserap dari tanah ianya menghuni. Antara tanda-tanda sakit yang ketara boleh diperhatikan apabila pokok kekurangan Kalsium adalah pucuk pokoknya jadi kerinting dan tak dapat bentuk dengan baik. Seperti manusia, tumbuh-tumbuhan juga perlukan Kalsium untuk membesar dengan baik, ini ditunjukkan dari pucuknya yang masih muda masih membesar itu. Plant speak to us through their leaves what nutrient they need. Walaupun nenek moyang kita tak de buat kajian scientific, tapi mereka masih ada ilmu yang pucuk-pucuk ulam-ulaman kita juga membekalkan nutrient untuk kesihatan yang baik seperti Kalsium.

 Dua tahun lepas, ada kami buat projek mengemaskan kawasan seperti di atas. Dah rasa malas nak tarik rumpai yang menyakitkan mata ja tumbuh meliar di kawasan ini, jadi lebih baik tanam tumbuhan yang berikan manfaat. Lalu terfikir jika ada tumbuhan daun rimbun yang menghalang pencahayaan di bawah kanopinya memang liatlah rumpai tu nak tumbuh di sini. Lalu timbul idea untuk tanam pokok-pokok singkong di sini. Kami gunakan keratan yang tinggi je tanam ubi kayu sekarang, kalau tidak tak menjadi habis pucuk baru yang tumbuh dimakan oleh unggas.
 Pokok daun kadok yang suka menjalar pula biasanya di tanah, pandai menegak tinggi apabila mencari cahaya. Tak pernah disiram di kawasan ini tetapi daun kadok boleh tumbuh subur sebab akarnya yang tumbuh di celah bawah pasu-pasu yang halang sejatan air yang tinggi, bantu pokok daun kadok hidup kembali meriah lepas musim kemarau yang berpanjangan. Daun Kadok biasanya tak fussy dengan pencahayaan, kawasan kurang cahaya juga ianya boleh tumbuh subur.
 Syukur Alhamdulillah berjaya jugalah projek tanam ubi kayu pulut di sini. Memudahkan nak petik masa musim hujan tak perlu buka pagar ke kebun belakang jika lecek dengan air. Cuma capai dari tembok sebelah tempat letak kereta je pucuknya. Jenis ubi kayu pulut ini daunnya jenis panjang tirus lebih sedap untuk dibuat celur ulam makan dengan sambal tempoyak.
~ 7 keratan ubi kayu pulut RM5.00 ~

~ 7 moist bare-rooted pokok daun kadok RM5.00 ~

Selain dari bibit Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan daun ulam-ulaman segar dengan satu ikat hanya RM1:00 seperti:

~ Pucuk ubi kayu pulut
~ Daun Kadok
~ Pucuk daun assam gelugor
~ Pucuk daun katak puru/nam nam
~ Pucuk daun mata pelandok
~Pucuk daun mulberry

Next Self-Collect Day:

26th/27th August 2017 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Guthrie Corridor Highway exit Paya Jaras).

4 ulasan:

Normala Saad berkata...

Betul tu Diana...kita boleh dapat sumber kalsium dari sayuran & buah2an bukan dari setakat susu sahaja.
Ni 1st time dengan singkong pulut..

Warisan Petani berkata...

Celur pucuk singkong pulut cicah sambal kacang
tak cukup nasi sepinggan.

norhidana berkata...

waduh2 tak blh mkn banyak2 nnti sakit urat kak angin hehehhehe

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala,

Banyak sangat promosi barangan import ni. Asyik promote susu je banyak kalsium menyebabkan ramai keliru yang kalsium bukan sahaja susu lembu yang boleh bekalkan Kalsium dengan banyak.
Lagipun nenek moyang kita bukan banyak minum susu dari binatang pun, kita lebih utama kepada breastfeeding dan pemakanan regional diet zaman dahulu yang sememangnya kaya dengan kalsium.

Salam Bahagia Warisan Petani,

Ya tak lengkap pecal tanpa pucuk ubi kan.
Tak makan dengan nasi pun dengan nasi impit juga sedap bersama kuah kacang.

Salam Bahagia Dana,

Kak kalau ubi kayu/singkong pulut tak masuk angin, kalau beras pulut ya memang kena pantang hehehe...