No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 5 Oktober 2017

Semporna Shallow Waters

 Pada pagi raya kedua Aidilfitri tahun ini, awal pagi kami berada di pekan Semporna. Awal pagi raya kedua ini di pasar pagi berdekatan Jeti kelihatan ramai juga pembeli mencari hasil jualan barangan segar di sini. Sementara tunggu pemandu dari agen pelancongan ambil kami di hotel ke jeti, kami ambil kesempatan ronda-ronda di pasar pagi ini untuk cari bekalan bawa bersama menginap di Pulau Mabul malam tersebut.
 Pelbagai jenis buah-buahan di jual di sini. Banyak juga yang menjual mangga masak macam harum manis. Tetapi bekalan di sini kalau bukan tempatan pun, bukan dari Thailand. Keberangkalian dari Filipina atau Indonesia. Bekalan buah kelapa tua untuk santan juga adalah satu produk yang banyak dijual. 
 Pokok pisang yang paling popular di Sabah iaitu pisang Saba atau pisang abu adalah antara pisang yang memang banyak bekalannya di Semporna juga. Yang menarik minat Tukang Kebun adalah jenis pisang di bawah ini, di Semporna mereka panggil pisang budak. Tak pastilah jika di Semenanjung dipanggil jenis yang mana satu. Yang pasti bukan pisang mas, sebab pisang mas ada juga dijual oleh peniaga ini. Yang ni dia panggil pisang budak. Kami belilah sesisir. Sesisir pun banyak tu.
  Bagilah budak-budak makan pisang budak dulu isi perut sementara bergerak masuk ke gerbang laluan ke Taman Marin Tun Sakaran untuk naik bot di jeti. Memang rasa tempat Semporna ini bandarnya memang transport laut ini adalah penting. Yang kami pergi ini untuk jeti pelancong naik pergi melancong island hopping. Belum lagi ada jeti-jeti lain untuk penduduk asal ini menunggu bot. Memang banyak tempat jeti persinggahan di sepanjang pinggiran darat dan laut di Semporna ini.

 Untuk minggu ini kalau di Kebun Bahagia Bersama bagi yang berminat untuk dapatkan bekalan buah pisang organik ada dua jenis ya (satu sisir RM5.00):

~ Pisang Nangka

~ Pisang Kapal/Pisang Hijau/Pisang Serendah

 Ada Self-Collect minggu ini pada pagi Ahad dalam pukul 10:00AM~10:30AM (8hb Oktober 2017) di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

 Lihatlah awal pagi Aidilfitri kedua, sudah ada beberapa keluarga yang ada juga berpakaian warna baju raya sedondon yang berada di jeti umum menunggu bot yang menuju ke destinasi mereka hendak pergi.
 Sementara tunggu bot ke Pulau Mabul kami pun ambil jugalah gambar raya dengan baju mandi.
 Bila datang sini baru dapat bayangkan mana resort terkenal terapung di Semporna ini yang dipanggil 'Dragon Inn' tu. Menghadap tempat tunggu bot pelancong dan bersebelahan dengan jeti umum tadi. Personally kalau peak pelancong season tak rasa macam ada privacy lah.
  Sementara tunggu guide daftar nama pelancong untuk keselamatan, snap lah lagi gambar sementara semua nampak semangat.

 Sambil naik bot nak keluar dari kawasan pekan Semporna kelihatan masjid di tepi laut.
 Walaupun adalah raya kedua, ramai mencari rezeki di laut. 
 Pentas Sunda dalam Semporna ini lautnya sangat cetek. Di pertengahan laut pun boleh rumah terapung boleh dibina. Disebabkan kawasan Semporna ini sangat cetek, memang takde bot besar macam cargo dapat lalu. Bukan seperti bandar Kota Kinabalu, bot besar macam titanic boleh lalu. Laut Semporna memang cetek boleh kelihatan dasarnya atau rangka batu karang. Disebabkan itu kawasan Semporna ini amat sesuai untuk ternak rumpai laut. Masa Ice Age, memang kawasan ini adalah daratan sahaja boleh dilalui oleh manusia pindah dari satu tempat ke satu tempat. Sedangkan bot pelancong yang kecil pun selalu enjin tersangkut, beberapa kali kena berhenti betulkan enjin semula. Mula-mula Tukang Kebun tak terfikir dalam hati asyik tertanya je kenapa nak pergi Pulau Mabul ini asyik botnya bermasalah berhenti je. Selama ni beberapa kali bot trip ke pulau tempat lain atau Sungai Kinabatangan pun tak begitu. Rupanya bila kepala tu dah berpusing, baru perasan memang jelaslah dalaman lautnya sangat cetek. Di tengah laut jauh tak nampak pulau pun, ada rumah dapat dibina di tengah laut macam rumah kampung biasa ja cacak kayu dalam tanah. Itu adalah satu pengalaman yang menarik kali ini bagi Tukang Kebun, salah satu island trip yang airnya sepanjang perjalanan boleh dikatakan cetek. NO BIG BOAT around.
 Cerita pasal gambar raya, terjumpa pula gambar raya lama zaman remaja dulu yang adik forwardkan. Gambar kami adik beradik yang klasik. Tengok anggaran usia adik bongsu Tukang Kebun yang sedang didukung itu rasanya masa ni tengah ambil SPM atau dah lepas SPM. Gambar ni kira jadi bukti tracking betapa lama pokok bunga garlic vine boleh hidup. Yang di atas kepala Tukang Kebun warna seakan light pink tu, bukan yang bunga kertas itu adalah gugusan bunga garlic vine.  Sekarang pokoknya pun masih sihat walfiat dan rajin berbunga seperti gambar di bawah. Tak dimakan usia pokoknya kan. 
 Anak remaja tu pun dah jadi mak dah hehehe... Banyak juga pengganti pokok bunga garlic vine ni hidup subur yang tumbuh sendiri Tukang Kebun perhatikan berdekatan bonda dia. Semasa Tukang Kebun pergi Kudat awal bulan Ogos pun Tukang Kebun perhatikan di daerah Matunggong walapun kawasan kampung lain tetapi seakan musim bunganya serentak. Mana rumah yang ada pokok bunga garlic vine, semuanya lebat berbunga ketika itu. Sama juga di kediaman Sungai Buloh ni, sekampung serentak berbunga jika musim bunganya. Dia ada tu musim-musim perubahan cuaca buat dia berbunga. Ikut musim macamlah pokok sakura di Jepun, ikut tempat. Tapi taklah macam pokok sakura yang cuma berbunga dalam 2 minggu sekali je setahun. Pokok garlic vine ini ada beberapa kali musim bunganya dalam setahun ikut keadaan cuaca.

 More info on Garlic Vine plant (Click Here).

~ 1 pot for RM8.00 ~

 AL-FATIHAH kepada Nenek Khazanah yang telah kembali kepada Maha Pencipta pada pukul 2:08 pagi hari ini. Semoga Nenek ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

5 ulasan:

Normala Saad berkata...

Seronok tengok gambar adik beradik Diana masa kecil. Takziah buat nenek.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala,

Bila dah besar ni jarang dapat berkumpul ambil gambar kan...masing-masing sibuk dengan urusan sendiri
Moga anak-anak kita lebih ada masa bersama walaupun dah masing-masing ada keluarga nanti.

sexy berkata...

kalau dicabut pokok garlic vine dan akarnya masih ada ia boleh tumbuh semula atau kat tempat lain sepanjang akarnya menjalar.

sexy berkata...

nenek sexy pun da lama pergi tapi sakitnya masih terasa yang menyebabkan tetiba perasaan 'kecucuan' hadir bersama linangan air di sudut mata. giliran kita pula diganti waris kita sehingga habis semua yang bernyawa. itu aturanNYa. di sebalik cubaab ada nikmat, di balik nikmat ada cubaannya. Tabahkan hati.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sexy,

Betul tu jika dicabut pokok garlic vine dan kalau ada lagi akarnya, boleh tumbuh anak pokok baru.
Tapi garlic vine tak seaktif si akar dani yang ni cepat betul akarnya merayap.

Thank you Sexy.
Sesama kita tabah.