No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 30 September 2012

Musim apa di Bamboo River

 Kebun di belakang rumah Sungai Buloh sudah sebulan lebih terbiar sebab tukang-tukang kebun semua sibuk. Kebetulan tuan rumah @mama tukang-tukang kebun balik sekejap beberapa hari minggu ini. dari Kota Kinabalu. Jadi kebun Sungai Buloh adalah kena inspection dan dapatlah gambaran apa yang boleh dituai bulan ini dengan gambar-gambar yang mama upload letak dekat FB semalam yang tukang kebun kumpulkan. Bagi yang mula berkebun, elok juga rekod tiap bulan musim apa yang sesuai menanam atau apa yang dapat dituai dengan elok, jadi bolehlah agak-agak musim nak tanam. Sebagai contoh, hasil jagung yang diperolehi sekarang adalah elok walaupun telah dibiarkan untuk survive sendiri sebulan lebih, jadi bolehlah tolak 100 hari untuk agak masa sesuai semai benihnya.
 Dalam wheelbarrow yang tenggelam dengan herba (daun kesum?) yang tumbuh bermaharajalela ada buah rambutan, betik, jambu, buah mentaga (Tukang kebun pun pertama kali dengar buah ini dan tak tahu pun ada pokoknya wujud kat belakang rumah). Syoknya musim buah dekat sana tapi tak de siapa nak makan. Buah betik memang all year round selalunya dekat kebun Sungai Buloh selalunya tumbuh sendiri dan terlampau tinggi nak ambik. Petua orang Asia untuk susu badan yang banyak ialah makan sup betik muda. Burung dan tupailah selalu kenyang makan buah betik yang ranum kat atas pokok tu. Pokok petola pun buahnya selalu terbiar masak yang dah memanjat tinggi menumpang di atas pokok lain. Banyak bekalan sponge semula jadi kalau rajin nak koyakkan kulitnya.  Telur-telur ayam dan itik juge bersepah di dalam kebun.
 Buah lemon banyak dah jatuh di atas tanah dan ianya selalu beri bekalan dapur berterusan dari zaman remaja tukang kebun lagi. Kacang panjang juga dah lama menghasilkan kacang sejak awal tahun lagi kalau tak silap dan sebab tak terambil banyak dah makin tua. Mama kata jagung sedang elok masak di belakang rumah sekarang. Buah Africa pun sudah ranum sejak kali terakhir mama pulang baru berbuah (tukang kebun pernah rasa sekali tapi tak tahu yang mama ada tanam dekat belakang rumah). Labu pun ada. Sayur dan buah-buahan yang tak termakan ni selalunya papa sugar glider @ tukang kebun Dany  (yang selalu pos pesanan benih-benih) beri makan sugar glidernya. Sugar glider pun pandai juga memilih, kalau bagi sayur beli tak selera pandang nak yang fresh home-grown baru nak makan banyak. Selalunya buah mulberry dan strawberry kat rumah kalau si ayam mutiara tak dapat dulu, sugar glider yang makan. Tukang Kebun Dany sekarang sedang gembira menyambut kedatangan anak pertama couple sugar glidernya.
Kelapa tua yang mama tukang kebun kemas dan kumpul di belakang rumah kebun Sungai Buloh. Macam dah boleh buat kenduri nak kumpul santan. Penat juga nak mengoyaknya kalau banyak macam ini.
Tukang-tukang kebun si kecil Ilhan dan Rayyan kadang-kadang hujung minggu balik ke Kiulu (Sabah) kampung asal nenek mereka, bolehlah menolong nenek kutip-kutip daun atau kelapa tua sekarang. Mereka duduk dengan atuk dan nenek sekarang di Telipok, Sabah sejak awal bulan September.
Happy Gardening!

Selasa, 25 September 2012

Long Scarlet Radish Promosi


  Long Scarlet Radish tumbuh anggaran 6 inchi dan sedia dituai lebih kurang sebulan. Pastikan tanah tidak keras untuk menanam radish jenis ini. Pastikan tanah moist dan tidak kering masa pertumbuhannya supaya akarnya tidak bertukar menjadi keras 'woody' cepat. Sesuai semai semasa musim hujan. Warna akarnya yang merah dan pertumbuhannya yang cepat pasti dapat menarik perhatian anak-anak untuk berminat alam  berkebun.   Elok amalkan kaedah succession sowing semai setiap 1~2 minggu untuk supply dapur yang berterusan atau mengelak dari tidak termakan sebab cepat membesar.Radish ini makin tua akan rasa makin pedas kalau tidak dituai secepat mungkin. Daun radish ini boleh juga dimakan. Mama Tukang Kebun semai sekali banyak, cepat besar sampai tak termakan di Sungai Buloh. Syoklah si itik dan angsa dapat makan.


~Promosi Biji Benih Long Scarlet Radish~

Stok Habis .
RM1.00-satu pek (20biji benih).

Isnin, 24 September 2012

Biji Benih Organik Herba Dill


 Seluruh pokok dill adalah beraroma. Biji dan daun dill digunakan dalam pelbagai masakan serta pokok yang mempunyai medicinal value. Dill dikatakan membantu proses penghadaman. Apabila saya blog walking di negara barat, saya selalu perasan bila mereka buat jeruk sayur kadang kala memasukkan dill sekali di dalam air jeruk tersebut untuk menambahkan rasa. Daun dill boleh dikeringkan atau frozen fresh untuk digunakan dalam masakan kemudian. Tetapi tentulah petik masa segar paling best.
 Untuk beginner gardener tanam benihnya secara direct-sowing lebih digalakkan sebab akarnya fussy sikit nak dipindahkan. Sukakan kawasan menerima banayak matahari tapi masa musim kemarau tempat yang teduh sikit mungkin baik. Semai bijinya sedalam 1cm. Pokok dill bila berbunga boleh mencapai ketinggian 80cm. Bunga dill banyak menarik peminat serangga yang baik seperti ladybug. Ladybug bila banyak membantu makan aphid serangga perosak (hop ke link ini untuk ladybird versus aphid). Saya perhati serangga baik hilang atau tak suka makan aphid atau duduk di tanaman yang telah disembur dengan cili atau bawang putih. Oleh itu, tahun ni kebun kami tidak pun pakai semburan organik apa-apa. Kami recruit sahaja bantuan ladybug, burung-burung dan kawan-kawan serangga baik lain.
 Batch benih organik dill kali ini, sepupu kami Lenay yang tuai dan dia sudah testing percambahan benih di kebun Sungai Buloh. Percambahan sangat baik.

~Biji Benih Organik Herba Dill~

Stok ada .
RM3.00-satu pek (50biji benih).

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.

Pembayaran melalui bank RHB atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Ahad, 23 September 2012

Kacang 'Purple King'

 Kacang Buncis 'Purple King' adalah jenis pokok yang memanjat dan ianya tahan cuaca panas. Pokok jenis memanjat dapat menjimatkan ruang bagi gardener yang mempunyai ruang terhad. Kalau malas nak buat trellis, boleh juga cuba tanam pokok kacang buncis ini bersama jagung. Biar dia panjat jagung, direct-sow biji benih jagung dan kacang jenis memanjat dengan waktu yang hampir sama. Sama-sama membesar bagaikan juara.  Kacang buncis ini berwarna ungu dan bila masak bertukar kepada warna hijau. Oleh itu, ianya juga dipanggil 'Magic Bean'. Average saiz kacangnya ialah 17cm dan warna bunga juga ungu.
 Kebiasaannya bagi pokok kacang buncis atau kacang panjang yang memanjat penghasilan  kacang mengambil masa sedikit lama berbanding dengan kacang buncis yang renek (bush bean). Tetapi pokok kacang yang memanjat menghasilkan musim pengeluaran kacang yang lama, tidak seperti pokok kacang buncis yang renek walaupun menghasilkan pengeluaran kacangnya cepat tapi musim pengeluaran kacang yang singkat. Oleh itu, bagi sesiapa yang gemar menanam pokok kacang buncis yang renek disyorkan mengamalkan sistem "sucession sowing", semailah benih kacang buncis renek setiap 3~4minggu untuk bekalan dapur yang berterusan. Berbalik kepada kacang buncis 'Purple King' yang pokoknya jenis memanjat, ianya menghasilkan pengeluaran kacang buncis yang lebih cepat berbanding dengan pokok kacang buncis/panjang yang lain. Setiap tahun saya akan menanam kacang buncis 'Purple King' dan kacang panjang (snake bean/ long-yard bean) sama waktu dan saya selalu dapati kacang buncis 'Purple King' akan menghasilkan kacang sekurang-kurangnya sebulan awal dari kacang panjang. 

Kadang-kadang apabila suhu cuaca sangat panas, kacangnya jadi bertompok-tompok hijau sikit. Tapi ini terjadi bila suhu panas lebih 40 degree Celsius selama dekat seminggu. Tidak perlu beri pokok kacang banyak sangat baja semasa pertumbuhannya untuk mendapatkan tuaian kacang yang lumayan. Zoom in gambar saya, tengok tanah tak beberapa subur, batu-batu pun banyak lagi campur dengan tanah.

~Biji Benih Purple King Climbing Bean (RM3.00-anggaran 10 seeds satu pek)~

Stok Habis.

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Pembayaran melalui bank RHB atau CIMB.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).


Sabtu, 22 September 2012

Halal Brandy Wine Red


 Tomato Heirloom 'BrandyWine Red' adalah jenis tomato beefsteak bersaiz sederhana dan pokoknya tumbuh tinggi jadi perlu sediakan support yang kuat. Beri ruang antara pokok dengan jarak anggaran 80cm. Pokoknya boleh tumbuh melebihi 6kaki sekiranya semua keperluan pertumbuhannya mencukupi. Semasa musim cuaca yang mempunyai kelembapan (humidity) yang tinggi, elok beri ruang pengaliran (air ventilation) udara yang baik supaya pokok tomato tidak mudah terkena penyakit. 


~Biji Benih Organik Tomato Heirloom ‘BrandyWine Red’ (RM3.00-anggaran 12 seeds satu pek)~


Jumaat, 21 September 2012

Heirloom Capsicum Golden Calwonder

'Bling Bling' Kuning keemasan bila mata tengok buah heirloom capsicum golden calwonder bila ranum betul bergayut dekat dahan pokok. Tertelan air liur tak sabar nak petik dan makan buahnya yang manis itu. Saya suka slice capsicum ini dan campur dalam salad, ranggup dan manis rasanya. Stir-fry pun ok tak cepat layu. Buah heirloom capsicum golden calwonder ini adalah jenis capsicum yang bersaiz besar, bila masak bertukar dari warna hijau ke kuning keemasan dan bentuknya seakan mempunyai 4 sudut berlekuk (4 lobbed bell capsicum). Mama tukang kebun kata kalau dekat pasar saiz capsicum warna ni lebih kurang RM2 dekat pasar sebiji, saya pun tak berapalah pasti lama tak beli sayur dekat pasar malam. Dulu beberapa tahun lalu masa shopping grocery dekat sudut bahagian organik sayur di Jusco pernahlah juga tengok capsicum saiz kuning macam ini tapi tak mampulah nak beli nampak harganya. Sekarang tanamlah sendiri puas hati, jimat belanja, selamat makan dan petik je dekat luar bila nak makan.
Anak pokok Capsicum Golden Calwonder.


~Biji Benih Organik Capsicum Heirloom ‘Golden Calwonder’ (RM3.00-anggaran 30 seeds satu pek)~

Stok Habis (Tukang aKebun menunggu buahnya)

Khamis, 20 September 2012

Restocking Gladioli Bulb

Photo dari Supplier

 Stok  bulb gladioli bulan August tempoh hari dah habis. Oleh itu, tukang kebun restock kembali bulb gladioli sedikit jika ada gardener yang berminat nak cuba tanam bunga yang indah ini. Terima kasih kepada semua kerana berikan update mengenai bulb gladioli yang tumbuh di taman bunga saudara saudari. Seronok dan senang hati tukang kebun dengar cepat bercambah bulb gladioli batch bulan August lalu. Mungkin berkat bulan Ramadhan dan Syawal. Sekiranya ada sesiapa yang tiada blog atau ada blog yang ingin berkongsi gambar bunga progress gladioli mereka bolehlah hantar gambar tersebut di email tukang kebun (kebunkmg@gmail.com) sebelum 10hb Oktober 2012. Tukang kebun akan cuba buat posting gambar-gambar tersebut di dalam bulan Oktober (photo credit kepada tuannya). Menarik dapat jenguk-jenguk kebun gardener lain.
 Sebelum menanam bulb gladioli bolehlah sediakan tanahnya dengan kompos atau manure/baja (yang dah lama reput bukan segar). Gladioli adalah bunga yang sukakan matahari, tapi kalau musim panas dan hendak bunganya kembang cantik tanam di lokasi yang menerima pancaran cahaya matahari di sebelah pagi. Kalau bukan musim panas bolehlah tanam di tempat yang menerima banyak cahaya matahari. Gladiolus boleh juga di tanam dalam pasu. Gladiolus tidak memerlukan banyak air, sekadar tanahnya tidak kering sahaja. Cuma pastikan tanah tidak terlampau basah atau bertakung sebelum bulb bercambah atau baru naik anak pokoknya untuk mengelakkan ubi bulbnya mereput. Tempoh gladiolus mula berbunga dari tanam adalah anggaran 100hari ikut faktor pertumbuhan persekitarannya. Kalau pertumbuhannya tidak ada gangguan ianya boleh berbunga dalam masa 80hari.


Rabu, 19 September 2012

Heirloom CatGrass or Cocksfoot


Untuk Si Manja Anda.
Tanaman seperti rumput yang digemari oleh kucing, rabbit, guinea pig dan anjing.
Berikanlah mereka supplement untuk kesihatan mereka.

Si Putih tolong jaga tuaian buah markisa di kebun Sungai Buloh.

Stok Ada.
RM3.00-satu pek (anggaran 50biji benih).

Pembayaran melalui bank RHB atau CIMB atau MayBank.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Selasa, 18 September 2012

Heirloom Chiogga atau Detroit Red Globe Beetroot


beetroot topweight carrot
atas: Chiogga beetroot  ; bawah: Detroit Red Globe beetroot

Warna kulit beetroot Chiogga adalah pink kemerahan dan isinya pun menarik kerana pusaran selang-seli dengan warna putih dan pink kemerahan. Warna isi beetroot Detroit Red Globe sangat merah dan hati-hati masa potong sebab tinggalkan kesan kemerahan berdarah pada tangan atau tempat lain. Kedua-dua jenis daun beetroot ini sangat menarik dan akan menampakkan macam pokok hiasan di dalam kebun anda. 

~Biji Benih Heirloom Chiogga Beetroot (RM3.00-anggaran 30 seeds satu pek)~

Isnin, 17 September 2012

Grow Your Own Organic POPCORN 'Ontos Oval' (Rare Seed)


 Kebanyakkan jagung yang ditanam secara komersial sekarang adalah dari benih jagung yang telah diubah genetiknya (GMO). Implikasi terhadap manusia dengan pengambilan banyak produk dari bahan mengandungi GMO dalam jangka masa panjang masih belum diketahui lagi. Tetapi teramat nyata bahawa ramai kanak-kanak sekarang mudah terkena pelbagai jenis allergi pada zaman sekarang. Adakah ini kesan dari sumber bahan GMO sedang mula hangat diperdebatkan.
 Untuk menghasilkan makanan produk 'popcorn' yang amat popular dimakan semasa beriadah menonton panggung wayang, jenis jagung yang paling sesuai untuk buat popcorn digunakan adalah berlainan dari jagung manis (sweet corn). Jagung butiran biji 'Popcorn' mempunyai permukaan atau capsule yang lebih keras dan kalis air dari jagung manis dan lebih padat kandungan kanji isi sebutir bijinya. Dengan mata kasar, bentuk butir biji jagung adalah lebih bujur (like teardrop) dari jagung manis.
 Saya rasa projek menanam jagung 'popcorn' dengan kanak-kanak akan memberikan keseronokkan kepada mereka dan lihat hasil masak 'popcorn' sendiri. Benih heirloom jagung jenis 'Popcorn' sekarang tidak mudah didapati, saya harap dengan stok offer ini maka generasi akan datang juga masih dapat merasa benih heirloom jenis ini. Jagung hendaklah tunggu masak dan kering untuk membuat popcorn. Pendebungaan jagung bergantung kepada angin, untuk memastikan benih jagung yang dikumpul adalah tulen dan tidak berkahwin dengan jenis lain, pastikan tiada kawasan berhampiran ada tanam jagung yang sedang berbunga serentak.


~Pre-Order Biji Benih Organik PopCorn 'Ontos Oval' (Rare Seeds)~
Boleh pre-order (reserve) dahulu kerana pertengahan Oktober 2012 baru dipos ke miliknya.

Stok Offer tinggal 10pek (Siapa Cepat Dapat).
RM3.00-satu pek (12biji benih).

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Benih akan dipos di bulan Oktober dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Pembayaran melalui bank RHB atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Ahad, 16 September 2012

Labu Heirloom Jarrahdale (Cucurbita maxima)

 Labu 'Jarrahdale' ini dikatakan native kepada negara Australia. Anggaran berat labu ini adalah dalam linkungan 5kilogram dan boleh disimpan dengan lama sekiranya diletakkan di tempat yang baik seperti yang nyaman dan kering. Pokok labu 'Jarrahdale adalah jenis yang menjalar, jadi jarak antara pokok perlu sekurang-kurangnya lebih 1 meter. Kulit buah ini berwarna biru/hijau ke kelabu-an seperti gambar di atas. Isi buahnya berwarna orange dan manis. Sesuai untuk dimasak ala-ala roasting. Sebelum menanam labu ini, sediakan tanah yang kaya dengan compost ataupun manure (tahi binatang yang sudah reput). Biji benih labu ini adalah sangat besar berbanding dengan labu 'Small Sugar' ataupun 'Jack Be Little'. Perlukan cahaya matahari untuk pertumbuhan pokok dan buah yang baik.

~Pre-Order Biji Benih Labu Heirloom Jarrahdale~
Boleh pre-order (reserve) dahulu kerana pertengahan Oktober 2012 baru dipos ke miliknya.

Stok Habis.
RM3.00-satu pek (5biji benih).

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Benih akan dipos di bulan Oktober dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Pembayaran melalui bank RHB atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Sabtu, 15 September 2012

Blackjack Zucchini


 Zucchini adalah adik beradik kepada labu tetapi ianya menghasilkan buah dengan cepat. 'Blackjack' zucchini adalah jenis pokok yang merumpun (bush) dan menghasilkan buah berwarna hijau setelah 8-10 minggu biji benih disemai. Pokok ini mempunyai bunga jantan dan betina yang mudah untuk dikenali. Di belakang bunga betina ada baby zucchini dan perlu persenyawaan antara bunga betina dan jantan untuk buahnya menjadi. Bunga betina dan jantan boleh dimakan (edible), boleh goreng masak tepung. Sekiranya persenyawaan buahnya menjadi, dalam masa 2-3 hari boleh nampak pertumbuhan pembesaran buanya dengan ketara. Selalu dituai buahnya dan molek dipetik bila anggaran buahnya 15cm. Kalau dibiarkan lama dan tua, nanti pokoknya akam makin kurang hasilkan buah.
 Pokok zucchini perlu membesar dalam keadaan banyak menerima cahaya matahari. Biji benih zucchini adalah sangat besar jadi mudah untuk kanak-kanak menyemai biji benih ini. Jarak antara pokok disyorkan dalam anggaran 70cm. Anak pokok kecil zucchini sangat digemari oleh si siput jadi tengok-tengok dari kena serangan. Sebelum menanam zucchini elok sediakan tanahnya dengan compost atau pun campur dengan manure (tahi binatang yang sudah reput). Di tempat yang mempunyai kelembapan (humidity) yang tinggi, pokok zucchini kadang kala mudah terkena 'powdery mildew'. Potong daun yang sudah dijangkiti 'powdery mildew' supaya tidak mudah merebak. Kemudian boleh spray pokoknya dengan susu yang telah dicairkan dengan air dalam nisbah susu:air = 1:9.


~Biji Benih Organik Blackjack Zucchini~

RM3.00-satu pek (7biji benih).

Rabu, 5 September 2012

Agapanthus Blue

 Tukang kebun kali ini mula cuba tanam bunga agapanthus di kebun Sungai Buloh pertengahan bulan lepas. Bunga agapanthus juga dikenali dengan nama "Lily of the Nile" @ African Lily. Bunga agapanthus ini bila sudah matang atau well-established sangat tahan dengan cuaca panas dan kemarau. Bunga ini tidak perlu disiram selalu dan elakkan dari ditanam di kawasan yang airnya mudah bertakung (hate wet feet or water-logged soil). Kami cuba tanam agapanthus blue dulu dari anak-anak pokok.
Ini note untuk tukang kebun sebab nanti lupa di kawasan mana kami tanam, mengikut Lenay yang tolong tanam anak-anak pokok ini di kebun Sungai Buloh ialah di lokasi hujung sekali sebelah kanan kebun kami (lebih saya senang ingat sebelah rumah sewa kampuchia). 
Tukang kebun pun ada hadiahkan bonda tukang kebun 2 bulb bunga Hippeastrum (amaryllis) untuk ditanam di kebunnya di Kota Kinabalu. Bulb bunga Hippeastrum dalam gambar ni saiz bola tennis.

Isnin, 3 September 2012

Daffodil dan Jonquil

 Musim bunga sudah tiba di kebun kami sebelah Adelaide. Ketibaan musim bunga biasanya disambut dulu oleh bunga daffodil setiap tahun. Ini tahun ke-2 bunga daffodil ni berbunga yang ditanam dalam jenih tanah clay. Nasib tak reput ubinya dibiarkan dalam tanah tidak diangkat. Masih sejuk lagi sini jadi intai-intai je lah dari tingkap waktu berpantang bila hari angin sejuk kuat. 
Yang ini pula bunga jonquil. Kesian bunga ini rupanya angkara si siput (tengok gambar baru perasan ada siput) cacatkan rupa si bunga jonquil ini sikit. Daffodil dan jonquil adalah dari keluarga yang sama cuba perbezaannya adalah bagi daffodil setangkai (satu bulb) cuma bagi satu bunga. Jonquil pula satu batang memberikan serumpun (cluster) bunga-bunga tapi saiznya lebih kecil dari saiz bunga daffodil. Bunga jonquil yang ini pula tumbuh di tanah jenis loamy-clay. Bunga jonquil lebih mudah untuk tumbuh di kawasan cuaca panas berbanding dengan bunga daffodil. Bunga jonquil ini pun adalah tahun kedua ianya berbunga. 

Sabtu, 1 September 2012

Ahli Baru Team Kebun Bahagia Bersama

 Team Kebun Bahagia Bersama sekarang ada ahli baru lahir pada pukul 2 petang 9hb Ogos lalu seberat 2.99kg dalam bulan Ramadhan. Syukur alhamdulillah lahir secara normal delivery dengan cara 'waterbirth' delivery. Ibunya nak cuba bersalin dalam air, kebetulan pula mengikut kalendar Cina tahun ini tahun naga air. Kami sangat bahagia dan rasa sangat lengkap dahlah keluarga kami akhirnya dapat baby girl terutama papa baby girl. Nama baby girl ialah 'Abbiyana Ariel' dan mukanya pun macam clone abang-abangnya masa lahir. Tangisannya pun lebih kuat dari abang-abangnya masa sebaya, macam naga, mamanya baru je 5 minat jejak kaki kat kebun dah dengar Abbi panggil...hehehe...tahu-tahu je mama dia tak de kat sebelah. Maksud "Abbi' ialah 'the father's joy', papanya excited sangat. Middle name 'Ariel' bukan sebabnya the little mermaid Disney character dan sebab dia lahir dalam air. Tapi 'Ariel' nama salah satu archangel, coincidence. Seperti middle name abang-abangnya semuanya dari nama archangel 'Mikhail', 'Haniel' dan baby girl diberi 'Ariel'. Permata-permata hati kami ini juga our little angel.


 Stok-stok baru benih-benih bunga, herba dan sayur akan sampai awal bulan Oktober ini. Antaranya, benih-benih jenis heirloom baru seperti kacang buncis, capsicum, beetroot, jagung, tomato dan lobak merah. Posting pre-order benih baru akan mula pertengahan bulan September ini dan penghantaran pada pertengahan Oktober. List stok benihnya tak complete lagi sebab tunggu tukang-tukang kebun di Sungai Buloh siap packing dulu.