No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 2 Oktober 2014

Misai Kucing 2nd Batch

  Bunga Misai Kucing ini dah mula memikat hati tukang kebun bila tengok rajin betul berbunga tak putus-putus dari mula bunga yang pertama dulu. Penjagaan juga mudah tak remeh. Suka tengok bentuk bunganya tu, dah nampak macam pokok hiasan pula bila banyak berbunga tak nampak macam pokok herba. Kalaulah mudah tumbuh di Mediterranean herb garden, pasti orang Eropah nak ada dalam koleksi mereka macam orang Malaysia nak herba rosemary. For beginners yang baru nak mula berjinak dalam gardening dan nak buat kebun herba, lebih baik mula tambah pengalaman tanam herba mudah seperti misai kucing.

 Just for fun dan saja-saja test garden knowledge untuk hari ini, cuba senaraikan sekurang-kurangnya 5 jenis pokok yang nampak di gambar atas?

  Kadangkala terima soalan gandingan tumbuhan atau warna dalam landscape kebun. Saja nak simpan memory gambar simpanan yang ada untuk misai kucing, warna bunga scarlett red dengan putih suci juga nampak mengancam. 
 Alang-alang semasa pameran FRIM di PWTC dulu ada poster mengenai misai kucing dapatlah kongsi di sini. Memang betul seperti yang dikatakan dalam poster tersebut pengutipan hasil pertama memang cepat dalam anggaran 10 minggu dah boleh. Batch pertama anak pokok misai kucing yang disediakan dari Kebun Bahagia Bersama dah sold out. Jadi mula dari minggu ini Kebun Bahagia Bersama bekalkan batch ke-2 anak pokok misai kucing yang sedia dipindah di ladang atau kebun.

~ Misai Kucing (Orthosiphon staminues) ~

1 pot berharga RM7.00 .

8 ulasan:

gina marna berkata...

suburnya misai cat :)
dlm gmbr tu sy nmpk..
misai kucing
terung pipit
markisa
frangipani
ginseng jawa..hihi btol ke.

Julie22 berkata...

Bunga misai kucing memang cantik & menarik sekali kak, suka Julie tengok...pokok misai kucing yg Julie beli dari kakak tu dah start berbunga putih, & menceriakan laman rumah Julie, thanks kak :)

Normala Saad berkata...

Misai kucing senang tanam tapi tak semua orang tanam kat rumah walau banyak kegunaanya termasuklah akak..pernah tanam tapi dah pupus hampir 5 tahun pun...

Seri7ujuh berkata...

yg yakinnya nampak misai kucing, akar som, kemboja...yg kurang pasti pokok balsam, terung, bunga cina...

TukangKebun berkata...

Salam AidilAdha Gina.

Misai kucing memang mudah tumbuh.
Betul yang disenaraikan cuma terung tu terung susu kambing.

TukangKebun berkata...

Salam AidilAdha Julie.

Geram tengok misainya tu kan.
Syukur Alhamdulillah dah mula berbunga di kebun Julie memeriahkan musim raya ni.

TukangKebun berkata...

Salam AidilAdha Kak Mala.

Bolehlah tanam semula di kawasan home-stay.

TukangKebun berkata...

Salam AidilAdha MakNgah.

Betul semua yang disenaraikan ada dalam gambar tu.