Untuk bulan Ogos ini, InsyaAllah lepas pertengahan bulan baru kami bekalkan semula ayam kampung kelahiran Kebun Bahagia Bersama. Ayam kampung ada cuma dearest husband pesan yang batch El-Nino gambar di atas nak dibela untuk dijadikan bakal pembekal anak-anak ayam InsyaAllah tahun depan. Shiro the 1st kasihan sakit agaknya sebelum bulan puasa lalu dah habis riwayat. Maka Shiro the 2nd dari batch El-Nino akan disimpan kerana mirip dengan ayahandanya, cuma Shiro 1st kaki hitam yang Shiro 2nd kaki kuning. Lagipun apabila melihat pertumbuhan bentuk badan yang macam jantina betina batch ini nampak macam penelur baik.
Ini sebenarnya balik semula ke kisah awal bulan June lepas di mana Tukang Kebun asyik tak masuk kebun sahaja. Jadi tak perasan ada ayam kacuk selasih putih kami panggil Sally Putih dah mula bertelur dan dah siap mengeram di bawah pokok misai kucing putih. Yang menakjubkan saiz telur Sally Putih walaupun first time mother gred super AAA bila Tukang Kebun dapat intai sementara ianya buka puasa di kebun belakang. Yang tempat Sally Putih ini bertelur dekat bahagian kebun depan sebenarnya nak bersebelahan tandas luar yang sekarang tidak digunakan.
Pada pandangan dan perhatian Tukang Kebun baka ayam selasih kacuk walaupun badan mereka taklah besar sangat biasa-biasa sahaja tetapi kebiasaannya telur mereka memang gred bagus. Apatah lagi mereka ini jenis baka ayam yang pandai mengeram walaupun untuk pertama kalinya. Lagipun mereka mudah jinak, mesra dan tak liar sangat. Mula-mula bila pasang hajat nak kemaskan tempat inilah terpandang kelibat apa yang putih sebalik semak ni. Ingatkan nak kemas terus terbantut sebab akan mengacau ibu ayam yang mengeram ini lalu terdedah kepada predator yang lain. Risau juga Tukang Kebun setiap malam sebab ianya bermalam mengeram di luar bukan bertelur dalam kandang, takut kena baham dengan musang. Dahlah warna bulu putih terang sungguh di waktu malam. Kalau dipindahkan nanti dah pandai merajuk kena tawakal jelah. Nasib baik riwayatnya panjang.
Sungguh gigih ibu muda Sally Putih ini mengeram telurnya di bawah teduhan pokok misai kucing putih ini walaupun kerap hampir setiap hari berhujan lebat. Tukang Kebun sendiri tak yakin bahawa telurnya itu menjadi dan menetas kerana tempias air larian hujan mesti ada kena banyak tu. Suatu pagi pada awal berpuasa nak sidai baju, ternampak pula kelibat seekor anak ayam di tepi maknya. Satu persatu telurnya menetas pada hari itu, cuma 2~3 biji sahaja tidak. Jadi Tukang Kebun pun ingat petang lewat sikit barulah pindahkan anak beranak dalam sangkar supaya lebih selamat.
(Selit iklan sekejap: Pokok misai kucing putih ada stok, sebelum dihantar akan diberikan hard pruning untuk pemindahan pokok yang mudah dan ianya akan naik cantik merimbun, 1 pot RM7.00)
Bila dikira-kira semula anaknya, rasanya macam 1~2 ekor dah hilang ghaib yang keluar awal-awal dah tak sabar nak berjalan-jalan jauh. Tukang Kebun suspect ini mesti kucing yang pergi makan anaknya itu. Lalu lekas-lekas Tukang Kebun masukkan anaknya dalam perangkap tikus sekejap dan grab kaki maknya usung ke dalam kandang sebelum ada yang kena somebody else fresh supper. Sebelum Tukang Kebun keluarkan anaknya dari sangkar lekas-lekas kemas kandang. Itu yang Sally Putih tu standby je sebelah anaknya dalam sangkar sementara tunggu Tukang Kebun get out. Kalau bukan tangan ini yang bela mau mak ayam tu garang kan.
Syukur Alhamdulillah anak-anak White Sally pun dah membesar dengan baik seperti gambar di bawah. Siap ada seekor dear husband dah target simpan untuk koleksi sendiri sebab muka kaki bulu semua hitam, tapi bulu bercampur dengan warna coklat keemasan dah pun diberikan nama KIKU. Yang anak-anak Sally Putih ini tak taulah bapa dia siapa tapi sebab kacukan selasih jadi kadangkala ada badan dan isi dia tak jadi semua hitam atau putih ke arah corak bentuk kuda belang. Susah nak agak selagi bulunya tak dicabut semua, kekadang semua bahagian isi putih dan ada yang semua macam kelabu cair. Tapi ada juga kekadang berbelang campur ada part isi putih dan ada part isi hitam, dah kacukan kan.
Tanggapan orang biasanya ayam berdaging hitam ini tak boleh makan tapi bila Tukang Kebun rasa dagingnya baru faham kenapa selalu dibuat sup ja. Bukan tak boleh makan, boleh makan rasa macam ayam kampung biasa sahaja. Cuma tekstur dagingnya jika dibandingkan dengan ayam kampung baka lain cepat liat. Yang Tukang Kebun testing umur 2 bulan lebih boleh rasa dagingnya tak selembut yang baka ayam kampung lain tapi taklah liat sangat lagi masih muda. Baru Tukang Kebun faham jika ayam kacukan selasih ini kalau nak tender masakan cepat kena sembelihlah awal around 2~3 bulan kut. Rasanya kalau masakan lauk jenis ayam lama macam sup untuk berubat atau rendang sesuai sangat dengan daging ayam kacukan selasih mungkin tak mudah terlerai. Agaknya itulah orang dulu-dulu kata daging ayam selasih ni banyak khasiat dan elok untuk kuatkan tenaga yang sakit.
Tanggapan orang biasanya ayam berdaging hitam ini tak boleh makan tapi bila Tukang Kebun rasa dagingnya baru faham kenapa selalu dibuat sup ja. Bukan tak boleh makan, boleh makan rasa macam ayam kampung biasa sahaja. Cuma tekstur dagingnya jika dibandingkan dengan ayam kampung baka lain cepat liat. Yang Tukang Kebun testing umur 2 bulan lebih boleh rasa dagingnya tak selembut yang baka ayam kampung lain tapi taklah liat sangat lagi masih muda. Baru Tukang Kebun faham jika ayam kacukan selasih ini kalau nak tender masakan cepat kena sembelihlah awal around 2~3 bulan kut. Rasanya kalau masakan lauk jenis ayam lama macam sup untuk berubat atau rendang sesuai sangat dengan daging ayam kacukan selasih mungkin tak mudah terlerai. Agaknya itulah orang dulu-dulu kata daging ayam selasih ni banyak khasiat dan elok untuk kuatkan tenaga yang sakit.
InsyaAllah untuk yang berminat nak rasa baka ayam kampung ini yang ada baka genetik ayam selasih boleh reserved untuk self-collect pada hujung bulan Ogos 2016 ini. Ikut nasiblah ya random dagingnya warna apa, malulah dia kalau kami nak selak-selak bulunya bukan senang. Maknya si Sally White, bapanya Tukang Kebun tak pasti which rooster. Usia 2 bulan lebih RM18.00 seekor siap proses hujung bulan Ogos . Minggu ini ayam kampung kami tak bekalkan.
Siapa yang berminat nak rasa buah nangka organik yang berulas-ulas puas makan hujung minggu ini boleh juga self-collect. Unggas di Kebun Bahagia Bersama memang kepuasan makan buah nangka masak termasuklah Sally White anak beranak.
Antara fresh goodies yang available di Kebun Bahagia Bersama hujung minggu ini:
~ 1 kilogram buah mempelam telur /pauh ringan muda RM5.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 1 biji buah nangka masak RM20.00 .
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 .
~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 .
~ 1 ikat sayur batang ubi keladi RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun salam RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk asam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk ubi RM1.00 .
~ 10 helai daun nyirik RM1.00 .
~ 1 biji kelapa kukur RM2.00 .
Self-Collect Schedule This Week:
~ Saturday/Sunday Morning 6th/7th August 2016 between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).
~ 1 beg tanah RM5.00 .
Sahaja nak upload simpan gambar raya permata hati tahun ini di laman ini. Tahun ini yang paling banyak sangat modal nak peningkan kepala Tukang Kebun yang nak masuk tujuh tahun si Rayyan. Memang stage perubahan ini ligatnya semacam, abangnya si Ilhan masa usia ini pun sama juga dulu. Mama Rayyan ini kekadang sampai rasa dah nak mengalir air mata dibuatnya. Komen cikgu ambil kad kemajuan di sekolah agama dan kebangsaan keputusan peperiksaan pertengahan tahun, ustazah dan cikgu sependapat puji Rayyan pandai cepat tangkap tu. Iya tapi dekat rumah degilnya semacam mana pernah mendengar dibuat tak tahunya, nak belajar pun liat Tukang Kebun komen balik. Mastermind dalam 3 adik beradik ini si Rayyan. Biasanya abang dan Abby follower, idea dari si Rayyan kalau orang tak kenal boleh yang lain kena pesalahkan tu. Anak-anak ini perangai lain-lain nak tackle. Sama juga dengan sayur-sayuran masalahnya nak tackle masing-masing lain.
5 ulasan:
Salam...
Tam tam, shiro dan snow white....
Terkenang saya pada ayam kampong saya yang bernama jagoh...sewaktu ketika dahulu...
makan di tangan dipanggil dia dating tetapi akhirnya mati di baham biawak di depan mata saya .masa tu saya kecil lagi arwah atok yang membela di belakang rumah..
Sebut pasal ayam kampong, masih teringat bunda enaknye masak lemak cili padi ayam kampong pemberian bisan bunda raya haritu..
Alahai comel2nyer permata hati TK..
ingat nama pokok ke apa td rupenyer nama ayam tu sally...
tak penah mkn isi ayam selasih sbb teringat org tua2 suke kata ayam tu berantu hehehehe... tp sebenarnya takde apa lah antu nya pun kan kak
geram ngn rambut kerinting anak dara akak lah
Bukan degil sebarang degil tapi otak ligat berfikir.
Tak belajar di rumah sangat tapi di kelas dia khusyuk mendengar dan belajar sebeb itu keputusan ok:)
Salam Bahagia Jiwa Tani,
Kami pun kalau tak alert jadi rajinnya si biawak-biawak datang melawat mencari telur ayam dan kerjakan anak ayam.
Kalau angsa kami bising-bising tu selalunya mereka beritahulah alarm ada biawak mengintip.
Salam Bahagia Bunda_nora,
Ayam kampung isinya lebih maniskan bunda.
Salam Bahagia Dana,
Kira singkatan 'Selasih' kami panggil Sally je lah hehehe...
Ayam selasih ini lagi penyayang sifatnya dan antibody pun kuat banding jenis ayam lain.
Salam Bahagia KakZakie.
Ya Kak Zakie, si Rayyan otaknya sangat ligat.
Cepat je faham bila tengok sesuatu.
Catat Ulasan