No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 23 Mac 2017

Pucuk Mata Pelanduk

 Sambil-sambil menggoreng ubi kayu yang dituai oleh anak sulong kami Ilhan pagi tadi, dalam keadaan hujan di luar Tukang Kebun ambil peluang menulis posting mengenai ulam tradisional kita. Sedap makan ubi kayu goreng panas-panas, Si permata-permata hati sambil Mama menaip. Biasalah kalau kerja multi-tasking di dapur ni. Ulam herba tradisional yang dikisahkan hari ini adalah yang pada zaman dahulu tak banyak sembur-sembur di kebun atau ladang tumbuh meliar. Pucuk mudanya menjadi penggemar ulam mata pelanduk. Juga dikenali sebagai ulam mata ayam.
  Dalam cuaca tropika ini di kawasan rendah cukup mudah untuk tumbuh lebih-lebih lagi yang baru berjinak dalam alam berkebun. Pokok ini tak berapa cerewat dibela. Lebih rajin dipetik pucuknya, lebih pokoknya akan bercabang dan merimbun. Maka lebih banyak pucuk yang boleh dituai akan datang untuk dijadikan ulam yang berkhasiat. Rasa ulam mata pelanduk ini berlemak. Sedap dicicah dengan budu atau sambal belacan. Daunnya juga dikatakan boleh menjadi penawar gigitan bisa serangga dengan tumbuk lumat-lumat daun mata pelandok dan tempel di kawasan gigitan serangga.

Dari tahun lepas sebenarnya kami juga bekalkan pucuk ulam mata pelanduk untuk pelanggan-pelanggan yang datang self-collect.

~ 1 ikat pucuk ulam mata pelanduk RM1.00 ~

atau

~ 1 pot anak pokok mata pelanduk RM5.00 ~

atau mix and match 3 for RM10 (click here).
 Bunga mata pelanduk juga indah dipandang yang berwarna merah jambu. Setelah berbunga pokok mata pelanduk akan membentuk buah hijau pucat yang apabila ranum merah gelap seperti buah berry. Buah berry mata pelanduk boleh juga dimakan. Kalau zaman kanak-kanak dahulu buahnya dijadikan peluru ditiup macam sumpit.
 Tetapi dalam semua bahagian mata pelanduk yang mempunyai khasiat ini, setakat ini bila baca bahan rujukan akarnya yang paling banyak ada kegunaan. Disarankan untuk perubatan menggunakan akar pokok mata pelanduk yang tidak pernah kena pencemaran racun. Pakai akar yang organik. Akarnya seeloknya yang ditumbuk lumat-lumat atau diketuk-ketuk dahulu sebelum direbus. Minuman air rebusan akar pelanduk dilaporkan dapat mengurangkan demam panas dan melancarkan aliran darah.

Info lanjut mengenai tips menanam pokok pelanduk (klik sini).
Ulam-ulam atau daun segar lain yang available minggu ini adalah seperti berikut (mana-mana seikat RM1.00):

~ Daun pecah beling/pecah kaca
~ Daun Pucuk Assam Jawa
~ Daun Kadok
~ Daun Nyirik (untuk kelupis)
~ Daun Pucuk Muda Katak Puru/Nam Nam
~ Daun Pucuk Muda Mulberry
~ Daun Pucuk Muda Ubi Kayu
~ Daun Salam
~ Daun Pisang
~ Daun Serai Acheh
~ Daun Kelapa (untuk anyam ketupat)
~ Daun Puding Belacan
~ Daun Kari
~ Daun Pucuk Assam Gelugor
Fresh Goodies available:

~1 ikat batang keladi RM1.00 .
~1 kilogram ubi kayu RM2.00 .
~1 biji kelapa parut RM2.00 .
~4 biji kelapa tua RM5.00 .

Self-Collect Day Minggu ini:

~ 24/25/26 Jumaat ~ Sabtu Pagi antara pukul 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (dekat dengan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway).

5 ulasan:

norhidana berkata...

ooooo dana tak tau pun itu ulam n boleh di makan

selalu bt main je biji2 ngn daunnya hehehhe...

Juliana berkata...

Pecah beling boleh buat ulam ye? 1st time dgr..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Dana,

Mata pelanduk ni pun ulam kampung gak Dana. Ada yang suka pucuknya sebab lemak-lemak.

Salam Bahagia JU,

Kalau yang daun pecah beling tu biasanya orang nak jaga badan tu.....jaga kolestrol dengan kencing manis.

Unknown berkata...

Assalamualaikum tn,sy nk bli pokok mata pelanduk,wasap sy harga 01128781391,fazli dari kota tinggi johor

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan. Sy berminat nak beli anak pokok/pokok mata pelanduk dan namnam(pokok katak puru) dan salam. Nak tau brp harganya. Wasap sy tuan @ 01114296661 (bit). Terimakasih