Syukur Alhamdulillah awal bulan Syawal lalu kami berkesempatan beristirehat di Tabin dalam daerah Lahad Datu. Pakej melawat Tabin WildLife Resort sebenarnya kami dah booking semasa MATTA Fair di PWTC bulan March lalu dengan harga RM550 untuk seorang dewasa. Lepas nego kanak-kanak 3 orang cuma dikira dengan total harga seorang dewasa RM550. Jika kami 5 sekeluarga kira RM1,650. Kemudian adik-adik Tukang Kebun juga diberikan harga sama walaupun booking last minute. Jika kawan-kawan nak ke Tabin WildLife Resort dari Semenanjung boleh fly ke Kota Kinabalu, kemudian naik flight MASWing ke Lahad Datu. Kalau drive dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu pun boleh dalam 8 jam. Tempat pick up ialah tunggu di Lapangan Terbang Lahad Datu, register di office Tabin WildLife Resort di situ. Yang bawa kenderaan boleh parking dekat sebelah lapangan terbang. Kami kali ini datang dari arah Semporna (
related posting klik sini). Kemudian sebelum bertolak ke Tabin , naik kenderaan yang disediakan dari Tabin WildLife Resort di Lapangan Terbang Lahad Datu akan di bawa singgah makan tengahari dulu di restoran dalam pekan Lahad Datu (termasuk dalam pakej). Lepas lunch kita akan dibawa dengan kenderaan khusus Tabin WildLife Resort ke resort, jadi semua boleh rehat dalam kenderaan sambil menikmati pemandangan. Perjalanan dalam satu jam setengah dari pekan Lahad Datu.
Bila tiba di Tabin Wildlife Resort akan diberikan refreshment air sejuk serai rebus sama daun pandan. Tabin WildLife Resort ini sebenarnya bersebelahan juga dengan ladang kelapa sawit tetapi kira entrance hutan simpan. Dahulu adalah bekas kawasan pembalakan yang sekarang telah dibiarkan hidup naik jadi hutan semula. Di Tabin ini sekarang masih ada 2 badak Sumatera yang berkeliaran di sini dalam perlindungan. Orang Utan dari Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok yang sudah dewasa juga dilepaskan di sekitar kawasan hutan Tabin (
related posting klik sini).
Chalet untuk pakej yang diambil ialah jenis 'Tree Lodge' di mana verandah belakangnya ada aliran sungai seperti gambar-gambar di atas. Bekalan air di sini juga adalah dari sumber air sungai berdekatan jadi warna berubah-ubah lah ikut keadaan sungai dalam musim hujan atau kemarau ya.
Sebelah atas pula berdekatan dengan jambatan gantung pula ialah jenis chalet besar sikit iaitu 'Hill Lodge' yang di hadapannya sungai yang sama dan boleh jadi tapak untuk bermandi-manda di sungai.
Sebelah awal pagi hari kedua ada dibawa juga ronda-ronda berjalan kaki di sekitar berdekatan dengan chalet. Sayur paku pakis liar di bawah bukan sahaja rusa suka meratah, manusia pun suka betul meratah macam Tukang Kebun. Manis sedap betul sayur paku pakis goreng belacan yang disediakan waktu tengahari.
Ada juga dewan kecil macam muzium kecil berdekatan entrance Tabin WildLife Resort ada tengkorak anak gajah dan pelbagai rangka haiwan-haiwan lain. Koleksi bekas tapak tangan gunakan lahar lumpur lipad (
related posting klik sini) dari orang terkenal yang pernah melawat Tabin WildLife Resort juga ada display di sini. Orang terkenal seperti penulis buku Harry Potter, pelakon wayang Harry Porter seperti Emma Thompson dan Datuk Michelle Yeoh antara yang pernah berkunjung ke sini.
Ketika morning walk, nampak juga serangga yang bentuk macam zaman dinosaur itu. Beberapa gibbon juga datang singgah awal pagi di resort ini. Ada seorang ibu gibbon macam baru sahaja lahirkan anak masih tak de bulu lagi diribanya. Celah sebelah rimbunan pokok buluh pula ternampak nenas tumbuh liar di tabin ini. Yang bentuk buahnya kecil kecil seperti nenas batu. Halus-halus daunnya, kalau tak berbuah, Tukang Kebun pun tak perasan ini pokok nenas.
Syukur Alhamdulillah bulan lepas puas kami makan buah nenas madu Sabah di Kebun Bahagia Bersama. Walaupun banyak buah yang tupai dapat dahulu, tapi banyak juga yang ditinggalkan untuk kami. Yang syoknya cuaca tahun ini amat sesuai untuk musim buah. Buah Nenas Madu Sabah yang dituai kali ini banyak saiznya lebih besar dari biasa. Tambahan pula musim kali ini, tak banyak air langsung, tak berair, moist elok sahaja cukup manis sekali rasanya. Tiap-tiap hari ada satu minggu tu, makan buah nenas madu Sabah sahaja. Buah ciku pun untuk bulan lepas, manis betul rasanya kurang berair. Bulan Julai lepas memang musim buah yang enak sekali.
Sempena bulan Merdeka 2017 ini sahaja sehingga 31hb OGOS 2017, Kebun Bahagia Bersama buat promosi sulur nenas madu Sabah dengan 7 sulur nenas madu Sabah dengan harga RM10.
Info lanjut Nenas Madu Sabah (
klik sini).