No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 20 Jun 2012

Jalan-jalan jumpa Platypus

Saya minat sangat tengok bunga jenis protea tapi saya tak pasti ianya senang hidup atau tidak di Malaysia. Teringin juga nak bawa balik anak-anak pokok protea pelbagai jenis ni, tengah fikir banyak kali. Pokok bunga jenis protea ni kebanyakkannya berasal dari Africa dan ada juga berasal dari Australia. Ada sesiapa boleh berkongsi pengalaman mengenai penanaman pokok jenis protea di Malaysia?
Bunga yang sedang berubah menjadi biji benih? Saya rasa yang bulat-bulat tu nampak macam benih. Besar biji benih ini lebih besar dari duit syiling 50 sen.
Awal bulan Mei lepas ada kami pergi berjalan-jalan ke Warawoong Platypus sanctuary. Black swan ni icon South Australia.
Adik perempuan saya yang melawat kami di Adelaide tempoh hari. Adik perempuan saya yang tolong kemaskan dan packing benih-benih yang saya tak terbuat dari bulan Mac sampai bulan Mei lalu.
Seronok sangat akhirnya dapat tengok platypus dalam persekitaran semulajadinya di Waroowong platypus sanctuary. Setiap tahun kami ke sini tapi tak pernah nampak kelibat platypus. Nak dekat 4 tahun saya buat penyeledikan genetik binatang platypus ni, dapat jugalah tengok dengan mata sendiri.
Tukang kebun Rayyan puas berjalan hari itu, tertidur dalam kereta dalam perjalanan balik sambil makan buah epal. Saya minta maaf buat sementara waktu ini saya tidak dapat membalas comment, email atau blog walking dengan secepat mungkin disebabkan saya berada di Royal Children Hospital, Melbourne untuk pembedahan jantung (open heart surgery) Rayyan sejak hari rabu minggu lepas. Pembedahan Rayyan berjalan dengan lancar Jumaat lepas dan dalam proses recovery. Kali ini nampak Rayyan begitu cepat recover dari pembedahannya. Staff dari ward untuk sakit jantung yang dikenali dengan nama 'Koala Ward' ada yang masih ingat Rayyan dan komen Rayyan dah besar tak baby lagi seperti 2 pembedahan yang lalu masih bayi lagi. Rayyan kalau bosan dia nakal tarik keluar wayar dari badannya dan letak di teddy bearnya buat monitornya berbunyi pelik.

8 ulasan:

GO GREEN berkata...

Harap Rayyan cepat sembuh..lynn faham rintangan dpt anak yg bermasalah sikit nih..(lost baby boy at 1 mth, 1 day after heart surgery..)Ingatkan dah serik nak ada baby, tapi terrr..accident lak! Lepas tu ayahnya pulak meninggal serangan jantung & lynn pulak dpt breast cancer. But obtacles in life makes us strong kan...

baguznet berkata...

cantiklah tgk bunga tu...

Anyway, semoga Rayyan akan cepat sembuh.

Harap tukang kebun sentiasa tabah dan kuat dgn dugaan ini

Mama Pongkey berkata...

Bunga protea tu macam menarik juga. Tak pastinpula ada tak orang menananmnya di Malaysia.

Oh buat kajian genetik platipus ye. Nak tengok gen apa pada platipus tu?

Hehehe berani ye adik bergambar dekat kangaroo tu. kalau saya, saya takut sikit sebab pernah dengar cerita yang kaki kangaroo tu kuat, kalau tendang orang boleh sampai patah kaki... Hehehe.

Alhamdulillah syukur mendengar Rayyan semakin pulih dan semakin naughty, hehehe. Dia nak suruh teddy dia pun alami perkara yang sama macam dia juga. Kira support buddy la tu.

cikmanggis berkata...

Cm doakan agar Rayyan cepat sembuh..Rayyan seorang anak yang kuat semangat.Banyak banyak bersabar dan berdoa pada Allah ...

Cucu lelaki Cm masih di Icu.Tetapi tindak balas pada rawatan sungguh baik sekali.sama-sama lah kita berdoa ...

shafirul suffian berkata...

tertidur masa makan... buah tu tak lepas..kalau mimpi bole sambung makan... semoga Rayyan dan mamanya kuat semangat. doa saya bersama kalian...amiin

TukangKebun berkata...

Lynn~ Besar dugaan Lynn dari saya, you are a very strong woman. Kami tahu Rayyan ada cardiac defect from 20weeks scan masa mengandung lagi dah nampak morphology heart scan dia severe. Tapi doctor kata with modern technology now, ada big chance for him.

Baguznet~Terima kasih. Sekarang ni dugaan nak rajinkan diri nak perabih study secepat mungkin...

Mama Pongkey~Gene yang ada hubungkait dengan placenta dan reproductive organ. Kaki kangaroo tu memang kuat...adik nak berani kiss saya kata kena tendang baru tau. Kangaroo kalau terlanggar kereta pun boleh kemek kereta dibuatnya. Teddy tu dah jadi support buddy, makan ke tidur ke nak sebelah-sebelah.

Cikmanggis~saya doakan cucu lelaki CM dapat keluar dari ICU secepat mungkin sembuh. Anak perempuan CM punya anak yang baru kahwin tahun lepas? harap ibunya tabah dan bersabar.

Shafirul~Terima kasih doakan untuk kami. dapat makin angin sepoi-sepoi kat kawasan country tu yang sedap lena tu.

Sean L berkata...

Wish Rayyan a speedy recovery. Comel sungguh dia masih pegang epal walaupun dah terlena.

TukangKebun berkata...

Sean L~ Thanks Sean. He is recovering speedily and making mischief.