Bulan Ogos tahun lepas saya ada belikan pemilik kebun MKG di Sungai Buloh @ mama satu Oriental Lilies bulb di Royal Adelaide Show sahaja suka-suka nak tengok sama ada senang ke tidak bunga ini tumbuh di tanahairku. Saya beli satu sahaja dahulu sebab nak testing dan harganya pun boleh tahan exclusive juga kena fikir banyak kali sambil boring tukang-tukang kebun lain berlegar menunggu kat tapak tu nak tunggu saya buat keputusan. Ialah banyak lagi attraction nak pergi tengok dan masa tu shopping benih-benih tak masuk dalam budget hari ke Royal Adelaide Show.
Seronok juga tengok bila mama tukang kebun hantar gambar dan tunjukkan bunga Oriental Lily ni mula nak berbunga di kebun mama tahun lepas. Bunga Oriental Lily yang ditanam serentak dengan benih gladiolus mula berbunga bersama-sama, jadi sesiapa yang tertanya-tanya berapa lama masa agaknya nak tunggu kalau ada pengalaman tanam gladiolus mungkin boleh agak-agak berapa lama ambil masa nak berbunga. Faktor cuaca pun barangkali ambil peranan juga untuk pembesaran bunga ini sampai ke tahap ianya mula berbunga. Oleh itu, sebagai nota ibu saya tanam Oriental Lily bulb ini pada bulan September (cuaca kawasan Lembah Klang) dan mudah dijaga serta elok pertumbuhannya.
Sepokok Oriental Lily memberi beberapa kuntuman bunga yang boleh dipotong dan buat hiasan di dalam rumah. Saya selalu geram je tengok bunga Oriental Lilies yang dijual oleh florist dan harganya pun boleh tahan juga.
11 ulasan:
akak nak 2 bulb.oriental lilies..amarylis & african lily ada tak?
Sudah tentu Lynn nak.. nanti kita email ya!
Nak jugak. Still have any left?
Suka-suka~ Memandangkan Kak Mar yang booking dulu jadi saya reservekan dulu (benih baru sampai hari ni nampak molek). African Lily yang juga dipanggil agaphantus tu? Diana pun lama dah teringin sebab dia tumbuh senang betul kat sini dan jiran pun ramai yang tanam. Tapi bulbnya besar dari tapak tangan saya lagi, gemuk pulak tu.
Lynnhelite~ Ok. you are the 3rd person buat reservation. So nanti tengok rezeki macam mana later confirm.
Sean L~Mungkin Diana order yang baru kot sebab yang first order dah sampai and nampak macam ramai interested...hehehe tak syok pula nanti ada yang telan air liur tengok. Growing together is more fun boleh compare notes. Hopefully if I make my order by today or tomorrow sempat kut sampai before packing masuk cargo. Kali ni sea shipment bukan air shipment. Sebab hantar banyak barang-barang yang dah boleh hantar balik by sea shipment. Kalau ada, how many would you like? Senang nak estimate.
Yes please, saya nak cuba juga :-) 2 bulbs.
Wah, byk benda yang Diana nak ship balik. 3-4 biji kot. Nak lebih tapi takde tempat nak tanam, hehe.
Kak Mar, Aggies senang 'dibunuh' disini kalau kena hujan byk (I pernah terlebih siram jugak, hehe). Kat tempat Diana, Aggies takde org siram kat tepi jalan tumbuh cantik warna biru dan putih.
Mama Pongkey~ Ok reserved. Sekarang kat sini season benih baru diorang dig out Lilium punya bulb so should be fresh.
Sean L~Oh barang-barang anak yang banyak, packing toys je dah 2 kotak besar tu belum semua lagi hehehe...Ok reserved. Dah order lagi hopefully sampai in time.
Tulah Aggies kat sini tak yah jaga, berderet je kat tepi jalan.
For me takpe kalau tak sempat this round. Love the aggies kat adelaide - penuh dgn bunga. Yg kat genting highlands bunganya tak seberapa.
Sean~ Dah order. Hopefully sampai on time kut sebab ada 1 week lagi before forwarder ambil barang.
Geram je tengok aggies berderat dekat depan jalan, rasa nak gali je akarnya tu hehehe...Aggies not fond of wet feet rasanya. My parents place maybe susah sikit nak jaga sebab dulu kawasan sawah and prone banjir. Probably nak kena cari spot yang berpasir atau tempat tinggi with good drainage.
Thanks, payment through the usual method? Yup, I think our rains tend to kill it as it is warm and moist. Cool and moist ok sikit. And they like to be root bound baru nak bunga.
Sean L~Payment lama lagi bila bulb sampai msia and ready nak hantar. Don't worry.
Catat Ulasan