Setelah lama memujuk tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh untuk tangkap gambar progress pokok-pokok atau benih yang saya pindahkan dari Adelaide ke Sungai Buloh bulan May lalu, saya terimalah gambar-gambar ini dari adik lelaki saya hari ini. Walaupun rasa tiada tenaga sudah malam ini, teruja sangat nak berkongsi gambar ini. Untuk mengelakkan kekeliruan saudara/saudari yang baru berkenalan dengan tukang kebun dan mengikuti blog kami, kami ada 2 kebun, satu di Adelaide yang dalam proses beralih perlahan-lahan beberapa tanaman ke kebun di Sungai Buloh yang milik ibubapa saya. Dahulu ahli tukang kebun di Adelaide adalah 5 orang dan sekarang tinggal 3 orang. Tukang kebun lagi 2 orang dah berada di Sungai Buloh dan bilangannya bertambah dengan ahli baru iaitu adik-adik saya. Yang menolong pos benih-benih ialah adik lelaki saya. Dulu, saya dan sepupu saya Lenay yang kumpul benih-benih di Adelaide. Sekarang ini, benih dari Adelaide dikumpul oleh saya dan benih dari Sungai Buloh dikumpul oleh Lenay dengan bantuan anak-anak murid dia bermula baru-baru ini.
Pertengahan bulan May lalu, kami ada bawa balik bulb gladiolus untuk kebun kami dan juga peminat bunga yang lain. Sekarang bulb gladiolus di kebun kami semuanya telah bercambah dan meninggi seperti di dalam gambar bawah.
Bulan lepas ada juga dibawa balik pokok-pokok strawberry (jenis 'Sweetie') dari kebun kami pindah ke kebun Sungai Buloh. Pokok strawberry sudah berbuah tapi si ayam mutiara je yang puas makan. Ada juga bawa balik pokok saya tak ingat sama ada blackberry atau blueberry, katanya dah berbunga sekarang. Tapi adik perempuan saya kata macam ayam mutiara je yang target awal-awal lagi buahnya nanti. Pokok bay leaves yang dibawa balik pun mereka report makin cantik. Saya juga ada bekalkan beberapa rhizome bunga iris dari kebun kami di Adelaide dan nampaknya gagah tumbuh juga di kebun Sungai Buloh seperti gamber di bawah.
Bawa balik juga 2 pokok bunga gerbera yang saya sayangi sebab pemberian hadiah Mother's day 2 tahun lepas dari anak-anak. Lenay bahagikan ke beberapa pokok (by division) dari 2 pokok tu dan katanya sekarang ni galak tumbuh baik. Masa di bawa balik, di Adelaide makin sejuk jadi pokok gerbera tu dah mula dormant dan nampak sedih sangat, sekarang sebab agaknya tumbuh dekat Malaysia seronok dapat banyak haba kembali.
Bulan January lepas saya ada balik Malaysia 6 hari. Saya ada bawa balik buah spaghetti squash yang baru dituai dari kebun kami di Adelaide. Lenay simpan bijinya dan semai. Hujung minggu lepas, kebun di Sungai Buloh telah tuai spaghetti squash buat pertama kalinya dan Lenay ada tunjuk buahnya di Skype. Kalau Lenay bagi lampu hijau, baru kami akan promosikan benih organik heirloom spaghetti squash.
Semasa di Malaysia January lepas, saya ada semai benih sengkuang di kebun Sungai Buloh. Sekiranya nak ubi sengkuang yang besar, bunganya hendaklah dipotong supaya pokok itu fokus tenaganya untuk menghasilkan ubi sengkuang yang besar dan tidak terbantut. Tetapi kali ni saya pesan dengan Lenay supaya biar je pokok sengkuang itu berbunga untuk kumpul benih. Mereka berjaya kumpul benihnya dengan penuh kesabaran. Setiap kali berSkype, Lenay saja mengusik saya tunjuk benih sengkuang yang mereka kumpul. Kebun kami adalah organik, jadi jangan pelik tengok daun yang habis berlubang dan kena makan tu. Keadaan pokok-pokok sengkuang itu sekarang.
Bila nak tambah benih organik open-pollinated sengkuang dalam list?
Lenay tak bagi lampu hijau lagi.
Dia kata tunggu dulu nak testing benih dulu.
Protokol nak dapat kelulusan benih dalam kebun kami...hehehe....
Saya gembira dan bangga dengan tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh sebab dah berjaya mula buat koleksi benih tempatan mereka sendiri. Tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh sekarang adalah anak-anak muda yang berusia antara 25 tahun dan 5 tahun. Ilhan yang baru masuk 5 tahun masa menetap di Adelaide jarang sekali dapat makan kacang panjang. Sekarang menu sayurnya tiap hari ialah kacang panjang dari kebun Sungai Buloh kami. Dekat Sungai Buloh sekarang musim kacang panjang.
11 ulasan:
Seronok melihat gambar-gambar pokok yang berjaya ditransplant di Sungai Buloh. Adakah peluang buat peminat Kebun Bahagia Bersama untuk melawat kebun cawangan Sungai Buloh ini? Rasa nak menuntut ilmulah.. Saya look forward to benih edisi Sungai Buloh juga lepas ni.
Saya laughed out loud bila membaca ayam yang dapat makan strawberry.. aduhai bertuah sungguh ayam mutiara ni...
Mama Pongkey~Have to wait for the self-appointed head gardener of Kebun Bahagia Bersama to come back for good from Adelaide ;) baru ada open garden. Will tak some time to organize kebun kat Sungai Buloh. Its an old garden about 18 years old. Tapi tak nak nanti tetamu disappointed because it looks more like a jungle than garden at the moment. Saya pun garu-garu kepala nak fikir macam mana nak make changes nanti. It needs a lot of co-operation and men power nak kemas kebun situ.
Tak apa, good things come to those who wait. Akan ku nantikan saat kepulangan dengan penuh sabar :-) Anyway macam jungle pun saya suka juga, maknanya memang prolific dengan pelbagai jenis plants. Kata je kat tetamu, concept permaculture. Hehehe.
kebun sg buluh ni dah jadi nursery ke? kawasan sg buluh ni memang subur, sesuai untuk macam2 tanaman. Kalau betul kebun ni dah jadi nursery boleh saya singgah bila saya out station kat KL ni.
wah... seronoknya... nak visit la jugak... Sg.Buloh kat area mana... tak kesah la mcm jungle pun... kita suka natural garden...
Mama Pongkey~Hahaha...bagus idea bagi excuse concept permaculture.
Mat Jon~Kebun sungai buloh bukan nursery cuma sebab ibubapa minat juga tanam tumbuh-tumbuhan, dah lama mereka kumpul sikit-sikit dari dulu tumbuh-tumbuhan tanam dekat rumah. Kawasan belakang rumah dibuat dusun buah-buahan dan tempat bela-bela binatang. Cuma sekarang ni baru nak start planning buat edible garden yang sistematik sikit tak berterabur. Ternakan dekat belakang rumah semua manja sangat tak makan saman.
EjaMaria~Sungai Buloh dekat Kampung Kubu Gajah.
Gambar yang akhir tu pokok sengkuang? wah, dia ada kacang rupanya. Baru saya tahu. Huhuhu
yes... bila dah settle down kat Sg Buloh pls let us know.. lynn mesti pay a visit sbb dah jadi kemestian ke sana pd hujung minggu..bwk balik benih yg pelik2..he he
mula2 tgk spagetti squash dalam rancangan martha stewart..nampak mcm sedap je masa dia kais2 isi labu tu keluar... tak sangka boleh hidup dalam cuaca kita..
alamak, kg kubu gajah yang dekat dengan saujana utama tu ke? 15 minit kot dari rawang ni kalau lalu guthrie :D bila-bila dah ready untuk lawatan bagitahu lah, boleh singgah tengok pokok tak pernah jumpa. ngeee
Nudabuffy~Ya, gambar terakihr tu sengkuang.Cuma kacangnya tak boleh makan beracun.
Lynn~ Bolehlah kita buat gathering plant lover party nanti. Boleh kongsi pengalaman bersama-sama.
Shafirul~ Seronok saya bila tengok hasil spagetti squash dari kebun kat Sungai buloh. Sepupu saya Lenay mesti puas jaga nak pastikan berjaya.
Wani SC~ Yang dekat dengan saujana utama. dekat je bila ikut guthrie highway. Bolehlah kita buat perjumpaan seed-swappig nanti.
Catat Ulasan