No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 30 Jun 2012

Pre-Order Biji Benih Organik Herba Chives

DSC00208

Pokok herba Chives mudah dijaga kerana ianya tidak mempunyai banyak musuh serangga ataupun terkena panyakit. Cuma proses percambahan benih sukar dan perlu banyak kesabaran. Peratusan percambahan benih chives adalah amat rendah di bawah 25%. Setakat ini, di antara biji benih allium yang saya pernah semai, saya dapati benih chives paling challenging. Chives adalah tergolong di dalam genus/species ‘allium’ yang juga sebahagian dari ahlinya adalah seperti bawang merah, bawang putih dan juga leek. Benih-benih dari ahli keluarga ‘allium’ selalunya peratusan percambahan benihnya cepat menurun mengikut masa, ianya bukan seperti benih yang lain kalau disimpan elok boleh disimpan bertahun-tahun. Benih-benih allium yang baru dituai digalakkan untuk dipakai secepat mungkin bagi percambahan yang bagus.
Walaupun benihnya sukar untuk bercambah, chives yang tumbuh di kebun sendiri dari benih dan bukan pokok chives komersil yang dibeli cantik di nursery mempunyai tempoh hayat yang lebih panjang dan tidak remeh penjagaanya. Pernahkan saudara-saudari beli pokok herba dari pembekal komersil di nursery nampak segar-bugar tapi bila kita pindahkan ke kebun kita, ianya tidak beberapa tahan lama dan perlu penjagaan rapi? Saya ada baca artikel penyelidikan yang menarik beberapa bulan lalu. Satu penyelidikan dibuat mengenai anak-anak pokok yang disemai dan dijaga di satu lokasi nursery di North Amerika dan kemudian dipindahkan ke lokasi-lokasi lain di mana mempunyai keadaan cuaca yang sikit berlainan. Dari penyelidikan mereka disimpulkan bahawa anak-anak pokok ini perlu banyak masa untuk menyesuaikan diri di alam persekitaran baru dengan cuaca yang berlainan dari tapak semaian mereka. Tetapi anak-anak pokok tidak menghadapi masalah apa-apa bila dipindahkan ke alam persekitaran yang sama seperti tempat asal penyemaiannya walaupun jauh beribu kilometer. Pokok-pokok dari pembekal komersil dimanjakan dengan penjagaan rapi setiap hari dan kita pekebun suka-suka cuma ada sedikit masa sahaja untuk luangkan masa setiap hari nak belek-belek pokok di kebun. Jadi pokok yang sesuai dan ideal adalah yang boleh jaga diri dan hidup bahagia di kebun sementara tuannya sibuk dengan urusan kerja atau rumah.
DSC00280

Bunga pokok herba chives sangat cantik berwarna ungu dan ianya juga boleh dimakan. Saya ada kadang-kadang terbaca semasa blog walking, ada pekebun buat jeruk bunga chives.  Pokok herba chives juga cantik untuk dibuat border di tapak sayur-sayuran ataupun lanskap. Pokok herba chives juga elok digabungkan dengan sayur-sayuran lain sebagai companion planting. Cuma elakkan gabungan chives atau ahli keluarganya allium dengan keluarga dari sayur kacang, tidak berapa serasi gabungan ini. Pokok herba chives sukakan matahari, tidak beberapa gemar di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari. Pokok herba chives sangat lasak dan tahan di dalam keadaan suhu gap cuaca yang besar (tahan panas dan sejuk). Saya ingat masa heat wave awal tahun ini habis chives saya yang dilokasi tak dijaga dan tak disiram dah habis mati kekeringan. Tetapi bila cuaca dah mula nyaman kembali, pokok-pokok yang ingat dah mati itu mengejutkan saya kembali hidup pula dan cantik kembali pokoknya. Bak kata orang putih very ‘hardy plant’.
DSC00051


~Benih Segar Organik Herba Chives (anggaran 50 seeds satu pek)~

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Stok terhad sebab tukang kebun packing sikit je tengok permintaan macam mana (alasan tukang kebun sebab dia tak rajin nak kumpul benih ni, leceh sikit…hehehe)
Stok Habis.
RM3.00- satu pek (~50 biji benih).
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih berharga RM3.00 adalah percuma.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

7 ulasan:

lynnhelite berkata...

kalau ada lagi yg ni pun lynn nak please..

TukangKebun berkata...

Can't promise lynn tengok rezeki macam mana.

Juntaian Kesidang berkata...

Assalamualaikum wbt....boleh jual anak benih tak...? Kak anie dah cuba semai biji benih bbp kali d masa lepas... tak pernah sekali habuk germinate... kalau ada anak benih nak beli .... m really looking forward to hearing from u... kak ani..nml59@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam.

Biji benihnya ada Kak Ani.
Tapi belum merimbun lagi saya punya jadi belum ada extra lagi.

Rahmat Abdul Manap berkata...

Assalamualaikum sis, chives ni ada jual dalam bentuk bulb tak? Kalau ada saya nak beli. tq

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Rahmat Abdul Manap.

Kami tiada stok lebih chives sekarang.

Rahmat Abdul Manap berkata...

Assalamualaikum sis, kalau ada dalam 3 bulbs pun jadi lah sebab saya teringin nak tanam pokok chives bunga ungu ni. tq