No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 7 November 2012

Daikon Freshest Seeds

 Hujung minggu lepas curi-curi masa habiskan proses tuai biji benih daikon di dalam rumah sebab cuaca tiba-tiba rasa mendadak panas dan kering di luar rumah. Boleh tahan keras juga seed pod daikon ni nak buka sampai rasanya isi kulit bawah kuku ibu jari pedih. Ini generasi kedua biji benih daikon yang kami kumpul di kebun kami.
 Kalau ada serpihan kulit seed pod daikon tercampur dalam beg plastik ziplock kecil tu tutup-tutup mata sebelah je lah ya. Lagipun ini bukan seed komersial tapi dari kebun kami yang cinonet ni. Tukang kebun pun tak cukup tangan sekarang banyak benih lain tunggu giliran nak kemaskan. Disebabkan itu tukang kebun pun lambat balas email dan komen sekarang, bayangkanlah sementara tunggu reply tukang kebun tengah tuai biji benih...hehehe...
 Kalau cukup keperluan baja, air, cahaya, cukup spacing dan lain-lain, ada rezeki akar daikon ni boleh tumbuh dengan cepat lebih 30cm. Tuaian daikon di atas tu, Tukang Kebun semai di atas tanah jenis clay itu sebabnya bermacam-macam bentuk dan saiz. Kalau ada batu dalam tanah, akar daikon jadi bercabang-cabang. Kalau tanam rapat-rapat sangat , kecillah akarnya ( tukang kebun kadang-kadang tamak). Sayur daikon ini mudah dan sesuai untuk dicuba bagi gardener beginners.

Tawaran biji benih segar daikon ini ready dispatch pertengahan bulan November dan ada 25 pek ( limited 1 pek untuk 1 gardener).
RM1.00 (anggaran 50 biji benih).

Tinggalkan mesej di komen box untuk tempahan.

15 ulasan:

Indah Eyah Abu Samah berkata...

Salam kak. Saya order 1 pek ye

sm forestgarden berkata...

saya nak 1 pek

Zieta collection berkata...

kc 1 pek pls...tq

zamzurina zulkafli berkata...

Saya nak satu pack ye

Tanpa Nama berkata...

aida nak satu packet diana. :)) aida_aminshah@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Bila terbaca blogger komen 'orang tamak selalu untung,Eila senyum sowang2'..hehehe tapi bab daikon ni nampaknye Eila x leh la nak tamak. Eila pejam mate jer,mmg x boleh order walaupun hati tamak nak cuba sbb hubby Dan anak2 tak makan sgt. Nanti Eila muncung mulut sowang2. Yer la tanam sendiri,masak sendiri,makan la sendiri..wahahaha... Tapi suka tengok daikon Diana. Mcm2 gaya meliuk lentok..hehehe.. hai hati,sabar la yer, kite tunggu Diana masukkan benih2 lain.mungkin boleh ditamak2 kat benih lain plak.. :) Oh,Eila usahakan nnti masukkan gambar bunga gladiolus. Rupanya variety Berbeza.bila bunga kembang baru nampak beza.satu fiery red,satu lagi orangy red Dan lidah bunganye pun Berbeza. Tapi keduanya mmg cun..

mat jon berkata...

rasa daikon ni sama macam lobak putih juga ke?

Mama Pongkey berkata...

Saya tamak. Saya nak 1 pek juga.
Hehehe. Saya pun seorang je makan daikon ni. Saya dok fikir, share dengan keluarga dan jiran. Seronok jugak.

Avia Mishat berkata...

Salam,saya nak 1pek yer.thanks

Sasha Tan berkata...

I want one please!

Sola Hadi berkata...

nak 1pek...:)

Roslan berkata...

saya 1 pek , email roslan@property.1world.com.my

Roslan berkata...

Hi.. saya ada email tempahan biji benih dan pertanyaan kepada tukang kebun, tapi saya belum terima email total pembayaran, terima kasih

roslan@property.1world.com.my

TukangKebun berkata...

Tukang Kebun simpan untuk Indah, SM Forestgarden, Ivy, Zamzurina, Aida, Mama Pongkey, Avia, Sasha, Sola Hadi, Roslan.

Total: 10 pack reserved.

Eila punya gladiolus semua dah kembang? Seronok dapat lain-lain colour tu. Dulu kami tak pandai makan daikon ni tapi semua kena paksa jadi dah biasa sebab Diana kuat mengomel selalu seru dekat semua ahli keluarga makan apa je yang in season...hehehe...

Mat Jon~ Yang ni radish yang besar panjang yang orang Jepun suka makan tu.

Mama Pongkey, memang seronok dapat share dengan keluarga dan jiran.

Roslan~ Esok barangkali nanti tukang kebun balas emailnya. Internet tak smooth kebelakangan ni.

Tanpa Nama berkata...

simpan utk saya 1 pack. tq
azira_73@yahoo.com