No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 2 November 2012

LA Hybrid Lilium Indian Diamond

 Pada hujung minggu lepas, pertama kalinya bunga jenis lilium kembang mekar di kebun Adelaide. Pertama kali kami tanam bunga lilium sebenarnya di kebun Sungai Buloh tahun lepas. Bunga lilium yang kami tanam kali ini adalah LA hybrid 'Indian Diamond' iatu baka campuran antara longiflorum lilies dan Asiatic. Kami tanam bulbnya pada bulan Julai lepas yang mengambil masa lebih 3 bulan untuk kembang bunganya. Di Malaysia, mungkin lebih cepat bunga ini berkembang kerana tiada perubahan cuaca yang mendadak.
Untuk menjimatkan ruang, tukang kebun cuba gabungkan bunga lilium dengan tanaman lain dalam bekas yang sama. Seperti contoh pokok lilium ini tumbuh bersama-sama Radish black round Spanish. So-So rasanya gabungan ini.
 Ini gabungan yang fail sebab pokok bunga lilium agak terbantut atau rendah berbanding dengan pokok-pokok lilium lain. Pokok lilium tidak sesuai digandingkan dengan fennel/Florence fennel sebab fennel selalunya tamak zat nutrient. Menunjukkan tanda-tanda nak keluar putik.
 Pokok bunga lilium tumbuh bersama carrot dalam satu bekas. Masih tidak tahu result gabungan ini lagi. Carrot mungkin tiada isi lagi kut, masih muda. Carrot jenis 'Paris Market'.
 Besar average kuntuman bunga lilium ini.
 Putik bunga lilium mengambil masa lama juga nak tunggu kembang. Mungkin juga faktor cuaca di sini yang malamnya masih sejuk minggu lepas. Minggu ini cepat kembang sedikit sebab tiba-tiba panas pula minggu ini dan malam pun tidur pasang kipas.
Hai ada juga yang nak makan bunga ini jadi nampak tak perfect sangat. Tukang kebun senyum gembira tengok bunga lilium dah kembang tapi schedule yang sibuk tak dapat nak mengamati sangat.


 Bunga lilium ini jadi tarikan betul hujung mingu lepas ada orang yang baru balik dari sembahyang di kuil berdekatan di rumah berborak-borak dengan suami beriya-iya nak beli bekas bunga yang ada lilium. Tukang kebun tak merelakan nak lepas lilium lagipun kalau boleh nak disimpan bulbnya kemudian. Akhirnya cuma tukang kebun sanggup jual 2 pokok je kat orang tu pokok jenis aloe dan aeonium. Tak sampai hati pula rasanya kalau tamak sorang-sorang je, lagipun pokok jenis aloe dan aeonium ada beberapa pokok di halaman rumah. Pertama kali dalam sejarah hidup, orang datang rumah tiba-tiba nak beli pokok padahal tiada niat nak menjual.

Kak Mar, Cammier dan Lina Razi ~ reserve 2 Asiatic Lilium Mixed bulbs each maybe dispatched mid-November.

9 ulasan:

suka suka berkata...

yess...

Umm AA berkata...

Cantik bnga lilium ni kan..sesuai tuk mana2 jenis laman pun..

shafirul suffian berkata...

salam diana..bulb lilium atau asiatic lili masih ada ke? kalau ada.. saya nak 2...

Chantique berkata...

tak sabar nak tanam lilium...gladioli blum ada tanda2 nak tumbuh tapi masa dasapat bulb selasa lepas nampak ada 2 bulb dah ada keluar akar skit..

liena razi

Mama Pongkey berkata...

Cantik warna dia, wangi tak?

makcikmanggis berkata...

hehe boleh buat bisnis ni,,nnt balik sg buloh boleh la buka kedai jual benih dan pokok-pokok bunga ya.

Mama Pongkey berkata...

*angkat tangan* Saya sokong!
Kita nak terus "like" aje statement MakcikManggis tapi ni bukanlah Facebook.. ehehe.

Farhani berkata...

Kalau ada bulb lebih saya nk juga ya..:D

TukangKebun berkata...

Kak Mar~ InsyaAllah kalau selamat sampai ;).

UmmuAidan~ Suka tengok dari tingkap bangun pagi ada bunga besar menghadap kita :).

Shafirul Suffian~ Mungkin paling awal ada stok awal January tahun depan jenis Oriental.

Chantique~Dah naik pucuknya nanti tu InsyaAllah naik laju.

Mama Pongkey~ Lupa nak bau pula, setakat ambil gambar je ;-). Busy sangat kebelakangan ni tak de masa nak jejak kaki ke kebun sendiri.

Makcikmanggis~Ini pun tak pasti sangat ada masa atau tidak bila balik Sungai Buloh tengok kerja macam mana. Best juga kalau dapat berbudi je kat tanah dari masuk hutan bandar duduk dalam opis memerap.


Farhani~Kalau ada nanti akan Diana mesej.