Ini pula koleksi bulb matang yang sudah bersedia untuk berbunga yang tukang kebun kumpul bulan lepas untuk kategori sonatini hippeastrum. Sonatini adalah baka hippeastrum yang tahan kepada bukan sahaja cuaca panas tetapi cuaca sejuk yang ada frost. Hippeastrum adalah tanaman yang sensitive dengan cuaca yang sejuk jadi bagi mereka yang duduk di cuaca yang ada musim sejuk terpaksa diangkat bulbnya sebelum cuaca makin sejuk dan tanam semula setelah cuaca kembali panas. Jadi baka baru sonatini hippeastrum ini boleh dibiarkan sahaja tumbuh di luar semasa musim sejuk dan tak perlu angkat simpan ke tempat yang tidak sejuk. Kalau tidak silap, bunga kategori baka sonatini hippeastrum saiz bunganya adalah lebih kecil berbanding dengan bunga biasa hippeastrum.
Sonatini Hippeastrum Alaska.
Sonatini Hippeastrum Ballentino.
Sonatini Hippeastrum Lollypop.
Sonatini Hippeastrum Swan Lake.
Sonatini Hippeastrum Viridi Rascal.
Belladonna Lillies Pink (Amaryllis).
Rasanya kena disiplin diri buat seketika berhenti sekejap hippeastrum hunting.
Kesian tukang kebun Mr. Muscle Man asyik belanja tukang kebun bulb bunga banyak bulan lepas. Dari beli bunga hidup di kedai dihadiahkan pula pilihan bulb-bulb bunga untuk tukang kebun. Thank you very much dear.
6 ulasan:
Cantiknya...pokok ni perlukan byk air x.
tersangat cantik koleksi ini.....
cantiknya... tapi saya tak rajin tanam pokok bunga... :(
pink tu ...amboi mencolek-colek hati ini...
diana jual tak bulb ni?
Zamzurina~ Rasanya tak perlu banyak sangat air.
SM Forestgarden~ Thanks :). Moga tumbuh subur di Sungai Buloh.
ejaMaria~ Saya tanam bunga yang tak payah jaga sahaja.
Kak Mar~Hehehe...saya pun suka warna tu.
Nadia~ Diana tak jual bulb ni.
Catat Ulasan