No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 4 Mac 2013

Lauk pauk Katak Puru

 Bulan lepas tukang kebun cuba pelbagai masakan untuk menikmati buah nadir kita iaitu buah katak puru dengan masakan tradisional tanahair kita. Buah katak puru kebiasaannya dinikmati begitu sahaja dengan colek atau kuah rojak. Misi tukang kebun untuk keluarga adalah kalau boleh makan apa in season atau sedang bermusim di kebun sendiri sahaja. Setelah lama merantau, rasa seronok mencuba bahan-bahan yang dahulunya tidak mudah didapati segar kini dalam backyard sendiri dan mengajar anak-anak yang dibesarkan dengan lidah tanaman orang Eropah dengan tanaman tempatan kita.
Hasil eksperiment di dapur oleh tukang-tukang kebun:
Masak buah katak puru dengan assam pedas ikan pari bersama bendi.
Yang ini paling rock, hancur diet hilangkan baby fat preganat Abbiyana setelah tambah nasi 3 kali.
Gabungan katak puru masak assam pedas memang nikmat dan sedap.
Tengok gambar rasa terliur lagi.
Walaupun gambar yang diambil pakai handphone dan masih dalam kuali lagi.
Masak buah katak puru bersama gulai kari ayam pun bertambah nasi.

Begitu juga dengan buah katak puru masak lemak cili api.

Makan makin berselera ;).

11 ulasan:

ummuaidan berkata...

kreatifnya tukang kebun nie..tak pernah makan katak puru dlm masakan kecauli mkn gitu or wat colek jer..

Mama Pongkey berkata...

Asyik nom nom bila makan buah nam nam. Hehehe.
Bagus buat lauk berbuka puasa ni. At least kalau termakan banyak time berbuka, sebelum tu dah lost weight.

smRose berkata...

wow! nampak sedap, rasanya pun mesti sedapkan

nadia rashid berkata...

oooo tak tahu pulak boleh buh dlm masakan...selalu makan gitu jer...tp rasa nya dah berpuluh tahun tak merasa buah katak puru ni...

Miamore berkata...

Tak pnh rasa buah katak puru ni dan tak pnh tgk org jual pun... Teringin la pulak

Nudabuffy berkata...

Nyum nyum nyum.. oh ya, biji benih dah diterima sekejap tadi.. Terima kasih diana!

AZLINA berkata...

Idea masakan yg menarik, x pernah terlintas nak try dlm asam pedas..dah terliur dah ni hehe :))

zamzurina zulkafli berkata...

Boleh masukkan dalam pasar online 11 march kot

TukangKebun berkata...

UmmuAidan~ Sebab bendinya baru nak mula start berbuah cukup sorang satu je...itu yang ada idea nak masukkan namnam hehehehe...

Mama Pongkey~ betul elok untuk berbuka puasa sebab dah buang lemak sikit.

SmRose~ Bolehlah tak tahulah pula kalau chef handalan blog masakan yang buat mesti lagi best.

Nadia ~ Jarang dah nak nampak pokoknya orang tanam. Papa Diana ni kuat suka masam jadi dia suka kumpul buah-buahan nadir yang rasa masam.

Miamore~ Tupai-tupai di rumah selalu bersuka ria makan buah nam nam di rumah sampai bersepah anak pokok.

Nudabuffy~ Syukur alhamdulillah selamat terima biji benih tu.

Azlina~ Memang tambah nasi :). Bila teringat ni meleleh air liu...hehehe...

Zamzurina~ Pokok-pokok buah semua belum berbuah tengah berbunga jadi tupai buat hak milik sendiri pokok nam nam tu. Yang hampir masak semua dah digigit tinggal setengah je isi atas pokok. Bila tupai ada makanan lain dan nam nam pun sedang banyak buahnya bolehlah tukang kebun masukkan.

fazilah rahim berkata...

Lama tak buah nam nam ambil masa nak berbuah?

TukangKebun berkata...

Fazilah Rahim ~ Saya pun tak boleh nak beri jawapan yang baik sebab ikut juga faktor keperluannya samaada cukup atau tidak. Tapi pertumbuhannya sangat cepat.