No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 16 Mac 2013

Minggu Merah Menyala

 Rabu lepas, tuan Kebun Bahagia Bersama balik ke Sungai Buloh sampai hari esok. Jadi ahem...seperti   biasa bila big boss balik tukang-tukang kebun semua kelam kabut nak ikut pace Tuan Kebun Bahagia Bersama kemaskan kawasan rumah. Walaupun tangan kirinya lemah tak dapat nak pakai sedang melawat regular physiotherapy...tapi adui dipakai tangan kanannya melibas parang dikemaskan sekeliling area. Disebabkan pujukan tukang kebun petang semalam nak tanya pokok-pokok apa di belakang yang masih tidak dapat dikenal pasti oleh tukang kebun takut salah tarik, agaknya tak lena tidur malam tadi kesiankan pokoknya yang lemas dengan weed...pagi-pagi lagi sudah bangun dan ditetak-tetak (pruning) pokok-pokoknya sampai petang lupa makan minum. Kepantasan pace Tuan Kebun Bahagia Bersama buat kerja 10 kali ganda pantas dari self-appointed manager Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun ni tak terkejar nak ikut pace big boss.

 Tukang kebun perasan di dalam Kebun Bahagia Bersama minggu ini banyak warna merah. Jadi tukang kebun pilih 10 tanaman yang ada warna merah dalam Kebun Bahagia Bersama minggu ini.

 Akhirnya tahun ni dapat jugalah gladioli warna merah mekar di Kebun Bahagia Bersama. Itik-itik betina yang muka merah nak juga ambil gambar walaupun dialah yang rajin pijak-pijak anak-anak pokok gladioli yang baru tanam sampai patah. 
Pokok bunga ini rajin berbunga, tapi tukang kebun lupa namanya. Ada gardeners yang lain tahu namanya?
 Minggu ini rezeki tukang kebun Rayyan menikmati alpine strawberry semasa tukang kebun Ilhan berada di tadika.
 Pokok-pokok cili padi di rumah yang banyak tumbuh sendiri dari perkongsian rezeki dengan burung-burung yang suka lepak di kebun sentiasa berikan buah-buah cili.
Kalau tidak silap ini pokok bunga jenis kopsia? Baru mula berbunga minggu ini.
 Frangipani merah mula berbunga kembali memberikan warna di kebun. Markisa juga mula banyak yang ranum di atas pokok. Kebetulan pula uniform pergi kebun minggu ini pun bercorak bunga merah.
 Bunga matahari Moulin Rouge sedang asyik mekar minggu ini. Burung-burung pipit kadangkala tukang kebun perhati datang mematuk biji-biji bunga matahari ini.
 Bunga Ceri Terengganu. Kadang kala mengingatkan tukang kebun kepada hiasan pilihan bunga style ikebana.
 Minggu lepas sudah bermula musim bendi jenis 'Burgundy' di kebun kami.
Yang ini pula pisang warna merah, Tuan Kebun Bahagia Bersama bawa dari Sabah bertahun-tahun dulu. Pelik mula-mula tengok cara pokok pisang ini berbuah dari bunga jantung pisangnya. Selalunya satu tandan penuh buah pisang. Tapi yang ni dari satu tandan nampak macam sebatang tu ada bahagian sesisir-sisir pokok pisang. Pokok pisang ni tinggi mungkin nak kena pakai tangga bila nak tuai nanti.

Baru teringat minggu ini secara kebetulan ada satu lagi tanaman yang ada warna merah tukang kebun posting di Kebun Malay-Kadazan Girls ~Scarlett Passion Flower.

Pokok Scarlett Passion pun sedang melilit dekat pokok jejuang merah...Mmmm....memang minggu merah. 

Apa warna merah kegemaran anda di dalam kebun hujung minggu ini?

Selamat Berkebun.

13 ulasan:

SriKota Garden berkata...

Gladioli yang saya tanam hampir nak kembang tak sabar nak lihat warnanya.

smRose berkata...

kebun saya warna ijau jer, tepaksa suka warna hijau

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Wah, cukup cerialah kebun dengan bungaanyang berwarna merah! Cantik sungguh gladiolus merah tu! Scarlett passion pernah Mak Aji tengok merimbun di atas pergola besar dengan bunganya berjuntai-juntai - sungguh cantik!

TukangKebun berkata...

SriKota Garden~ Nanti dah kembang postlah gambarnya :). Saya suka tengok pokok bunga gladioli.

SMRose~ InsyaAllah ada warna lain nanti tak lama lagi.

Ummu Madihah~ Salam Mak Aji.
Syukur Alhamdulillah merah banyak pula minggu ni dalam kebun. Pokok Scarlett passion habis sudah dipangkas oleh Tuan kebun. Moga cepat tumbuh balik dan berbunga.

lynnhelite berkata...

Cantiknya Moulin Rouge! Lynn punya kecikkkk yg amat, mcm x cukup makan!

nadia rashid berkata...

minggu ni yg merah adalah bunga kertas hehhe..tp tak sempat nak snap2...pastu gladio pertama dah ada kelopak utk bunga...cuma bunga tak kuar lagi...huhu sungguh berdebar...rupanya ada benih sunflower merah tu..kalau ada benihnya sy NAK!!!...burgundy rupanya bendi merah...NAK JUGAK..kalau ada benih nya...:D

Mama Pongkey berkata...

Yang merah hanyalah cili ceri yang masak, dan mariposa yang memang daunnya merah pun. Oh ye, bunga oleander yanb seklai sekala berkuntum.

lynnhelite berkata...

Diana, selepas Gladioli tu berbunga dan layu, Lynn potong tangkainya. Tp dah sekian lama, dia x berbunga lagi. So mmg dia akan berbunga sekali shj?

TukangKebun berkata...

Lynn~Gladioli lepas berbunga dia mula conserve energy dia balik dalam bulb. After plant tu naturally died off, you can dig and harvest the bulb. Boleh kasi kering, pastu tanam balik dan berbunga kembali.

Nadia~Benih-benih dekat atas semua belum sampai masa saya nak kumpul lagi. Kalau ada rezeki lebih, InsyaAllah adalah tu.

Mama Pongkey~Once the monsoon over at your place, mesti makin banyak merah.

lynnhelite berkata...

Masyaallah.... Lynn buang sumer bulb tu..(ada few pokok nampak bulb dia bercantum2..ingatkan dah tak blh tanam..) bengongnya!

TukangKebun berkata...

Erk...takpe lain kali Lynn boleh collect bulbnya lagi.

Tanpa Nama berkata...

gladioli jumpa kat mana?

TukangKebun berkata...

Gladioli yang ni tumbuh dalam kebun kami dan kami juga bekalkan bawang gladioli.