No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 28 Jun 2014

Silvia Bini No.2 dah balik

 Hari ini di kala hari terang, kami sibuk meneras di bahagian depan rumah barisan tembok sebelah kanan yang menghadap dapur rumah hinggalah hampir gate pertama. Pokok-pokok yang besar dan 'overgrown' dah kena pruning. Pokok-pokok besar seperti kuning telor, buloh kuning dan cempaka putih dearest husband yang kerjakan. Tukang kebun hard pruning pokok yang sederhana besar, bersihkan daun-daun pelepah dan cabut weed. Sambil-sambil itu dibajakan sekali. Pada sebelah pagi sempat tukang kebun alihkan pokok cempaka kuning di belakang pokok puding. Rayyan yang rambut makin panjang jadi model bunga cempaka putih. Tukang kebun kata tunggu nenek (big boss) balik potongkan rambut.
 Di sebelah pagi seronok juga buat kerja sambil cuci mata tengok blue star yang banyak bunganya kembang pada hari ini walaupun cuaca panas di sini masih giat hidup berbunga. Atuk Rayyan (Tuan Tanah) pula tolong potongkan rumput sambil kami suami isteri pangkas-pangkas pokok. Manakala anak-anak main basikal. Mula-mula hajat di hati nak kemaskan pergola yang sedang berbelit-belit itu (posting related klik sini). Disebabkan big boss nak balik minggu depan, maka kelam kabutlah kami hujung minggu ini bersihkan halaman rumah yang dia tak tahan sakit nan mata memandang. Lagipun pokok cempaka putih tu dah dipesan untuk pangkas dari tahun lepas. Tukang kebun ingat big boss balik pertengahan bulan Julai.
 Bunga orkid pink jenis mymercophila terjatuh dari pokok kuning telor, tukang kebun bahagikan dan ikat kepada pokok mickey mouse, kemuning dan kemboja. Tengahari tukang kebun terpaksa bergegas ke Shah Alam dengan dearest husband nak pick up bini no. 2 dia, si Silvia. Si Silvia ni dah 2 bulan duduk dalam bengkel dan dah lebih 5 tahun husband tak pakai dia. Sebab si Silvia ini jugalah, tukang kebun tak dapat pulang ke Sabah, budget pergi ke dia. Duduk jelah dulu tak boleh pakai pun sebab roadtax belum renew lagi. Sudah-sudahlah tu abang oiiii...nak kena keluar beli beras pulak ni.
 Balik dari beli barang dapur pula, cepat-cepat tukar uniform kebun sambung projek meneras lagi. Di sebelah petang, kami pindahkan pokok lemon oval grafted yang tukang kebun sediakan dan pokok susun kelapa berlapis di sebelah kawasan buloh kuning. Kemudian dearest husband pruning pokok mangga harum manis. Tukang kebun pula pruning pokok susun kelapa dan lain-lain. Ada banyak lagi pokok yang nak kena pruning lagi esok. Lepas tu yang dahan-dahan mangga dipotong tadi masih belum dikemaskan lagi sebab dah masuk waktu Maghrib. Puas hati tengok kawasan yang dah selesai dikemaskan.  Pokok mangga ini pun banyak yang menumpang atas dia. Dah terlampau bushy daunnya, jadi setahun sekali memang kami kena prune pokok ini supaya yang menumpang pun dapat cahaya. 
Begitulah aktiviti kami pada hari ini. Tangan masing-masing dah rasa kebas semacam. Tetapi esok kena sambung juga. Selamat menunaikan ibadat puasa.


7 ulasan:

Normala Saad berkata...

Mmm...meneras sakan Diana sekeluarga ya, eluklah esuk dah nak puasa. Selamat berpuasa!

Sean L berkata...

Waah, exposed pulak orkid yang menumpang tu. Hati-hati nanti daunnya terbakar. Hahaha, so isteri no. 2 sudah balik, boleh take it for a spin later

nasa mulia berkata...

bekerja keras tukang kebun ye...cait bini no.2 punya pasal bini no.1 x boleh blik kampung...xpe sabar banyak2, kami pun x balik raya sana, lepas raya baru balik...

nadia rashid berkata...

Selamat berpuasa KBB

Sean L berkata...

Bob kata dia sanggup bayarkan roadtax kalau dia boleh jadi yang pertama drift dgn silvia tu, hahaha

Tanpa Nama berkata...

Haha..bini no 2 yerk..eila pun same, silvia kaler putih type S bini no 2.jarang sgt guna skrg sbb da berlimakan..nak letak seat bby sgtla x sesuai.sesekali jerk meround sambil nak excercise enjin takut x leh idop..-eila

TukangKebun berkata...

Dear Kak Mala,

Hehehe...meneras sakan sementara tengah berdaya ini. Bila puasa masa musim panas ni, rasa dahagalah bila banyak luangkan masa meneras apatah lagi bila matahari dah tegak di kepala. Kebetulan big boss nak balik.

Dear Sean,
Takut-takut juga tengok orkid tu tiba-tiba kena tayang. But some are still being shaded lightly so finger cross should be fine. I am hoping July will not be as dry as June. Very curious tengok orkid yang depan gambar macam ada 3 pokok tiba-tiba membesar which had not bloom when I took over as caretaker.Look like phaleonopsis.
Bini No. 1 pun tak sempat nak testing bawa drive lagi hehehe...ajak keluar dekat-dekat pun driver tak nak bawa alasan roadtax. Dalam area kampung ni apa salahnya kan bawa drive sekali kala bini no. 1 naik bini no. 2.

Dear Nasa Mulia,

Itulah bini no. 2 punya pasal, bini no. 1 dah setahun tak balik kampung.

Dear Nadia.

Selamat menunaikan ibadah puasa juga ye.

Dear Eila.

Hehehe samalah kita ya ada bini no. 2 nama Silvia.
Mmm... macam tak de tempat nak letak baby seat hehehe..
Bila asyik bawa kereta tinggi, bila dah lama tak naik Silvia rasa macam merayap atas jalan je. Bila ada roadtax hubby bawa pergi kerja je kut. Dah berlima ni memang pening dengan anak-anak dekat belakang.