No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 3 Julai 2015

Musim Buah Bulan Ramadhan

  Syukur Alhamdulillah bulan Ramadhan ini di Kebun Bahagia Bersama murah rezeki buah-buahan. Pelbagai jenis buah-buahan dapat dinikmati dari kebun sendiri. Puasa Ramadhan ke-14 tahun ini dapat lagi kami tuai buah-buah nenas madu Sabah. Yang gambar di atas ialah pokok nenas yang sulurnya Tukang Kebun tanam beberapa belas bulan yang lalu. Jadi tersangatlah gembira sudah dapat nikmati hasil dari tangan sendiri. Yang gambar no. 2 di bawah pula memang asal pokoknya Big Boss yang tanam. 
  Hai malangnya yang Tukang Kebun tanam tak sempat nak merasa ada mahkluk Allah yang tak puasa dah terkam dulu. Nampak je dari atas macam tak kena usik, bila Tukang Kebun cuba nak angkat buahnya nak tuai, hairan buahnya tertanggal sendiri bunyi macam reput je. Rupanya dimakan dari bahagian bawah dulu. Yang Gambar No. 2 tu pun sudah dalam keadaan terbaring dan separuh menguning, jadi dari tunggu lama-lama nanti ada yang tak puasa pergi makan, baik tuai simpan dalam dapur dulu. 

  Gara-gara minggu lepas minum jus nenas madu Sabah, Tukang Kebun kedatangan haid beberapa hari awal dari biasa. Punyalah nenas ni cuci dalam badan cepat, cuma tahun ini kena ganti puasa InsyaAllah cuma 5 hari sahaja. Berapa kali Ilhan nak bayangkan katanya masa belajar Fiqah, orang yang datang haid dan nifas tak boleh berpuasa. Nak kena terangkan apa beza keluar darah haid dan apa darah nifas. Soalan kenapa perempuan keluar darah tu, tunggu besar sikitlah bila dah belajar biology.

  Bibit nenas madu Sabah dari tangkai sulur limited masih available selagi stok masih ada (more info click here). Jika stok dah habis dah kena tunggu pertengahan tahun depan lah lagi sebab musim nenas madu Sabah biasanya pertengahan tahun.
  Masa Puasa hari ke-14 Ramadhan, Tukang Kebun tengok banyak buah nangka yang dah kena tebuk buah-buahnya dah ada bau wangi. Ingat isi dah tak berapa elok, jadi Tukang Kebun ingatkan nak belah-belah je dengan parang kasi ternakan tu makan. Sekali bila belah-belah tengok ada bahagian isi-isinya cantik menawan lagi lalu lekas-lekas Tukang Kebun alihkan. Sekurang-kurangnya Abby yang tak puasa boleh snacking nangka while teman Tukang Kebun masak di dapur nanti. Abby memang boleh geng dengan atuk suka makan nangka.
  Boleh tahan jugalah tengok Abby makan isinya, macam rasanya sedap je sampai minta-minta lagi nak nangka tak puasa. Akhirnya Abby ambil juga bahagian disimpan untuk buat pengat nangka dan pisang kapal. Nasib ada juga yang tak wajib puasa seperti Abby jadi assistant tester untuk Tukang Kebun yang berpuasa.
  Selain dari snacking nangka pada puasa hari ke-14, dapatlah juga Abby snacking buah rambutan juga. Untung Abby macam-macam buah-buahan tempatan dapat selalu makan dan rasa. Memang buah import sudah kami lama tak perlu beli. Abby pun sudah dibiasakan kenal makan buah-buahan tempatan. Buah Katak Puru lagilah menjadi kegemaran buah Abby. Abby pula sekarang ni ketagih minum air limau, jadi tiap hari nak kena check dalam peti ais ada stok teh limau untuk berbuka puasa. Kenalah puasa hari ke-14 buat air teh limau kapas dan juga air cincau yang jadi kegemaran Ilhan pula.
  Pokok belimbing buloh pula dah mula teruja menghasilkan bunga-bunga bulan Jun ini bila datangnya musim panas kemarau. Pokok belimbing buloh biasanya nak kena ada season kering baru meriah berbuah, sebab tahun ini hujan kerap jadi dia tak serajin nak berbuah. Ini dah masuk panas kering mulalah pokok belimbing buloh nak hasilkan buah. Cili-cili burung memang Syukur Alhamdulillah stok yang tak putus-putus memang ada setiap hari kalau rajin nak petik. Tapi biasanya bila nak pakai baru pergi petik, kalau tak digunakan lebih baik kongsi rezeki dengan burung-burung. Tak rugi kami sebab nanti keluar banyak anak-anak pokok cili burung sendiri di pelbagai sudut di kebun. Tengok tuaian dan stok telur itik pun banyak lagi di pantry maka buatlah lauk masak lemak Cili Api Telur Itik, Belimbing Buloh dan Katak Puru untuk berbuka puasa. 

  Untuk kanak-kanak riang Tukang Kebun gorengkan ketulan ayam kampung teruna Kebun Bahagia Bersama macam ala-ala KFC. Bukan kanak-kanak riang je berebut, papa kanak-kanak pun join in sama. Isi ayam kampung teruna musim ini lembut mudah dimakan mirip betul macam ayam KFC dan rasanya lebih authentic more original chicken flavour. Kali ini saja-saja Tukang Kebun nak pancing Rayyan makan ayam kampung dari kebun sendiri, bila panggang dia sorang je tak nak makan. Bila digoreng macam KFC selera sungguh makan. Bila kata yang ni ayam mama bela tau, bukan beli punya, kali ini Rayyan makan je. Alasan Rayyan beri, Rayyan tak nak yang panggang, nak goreng KFC macam ini.
  Yang berminat untuk dapatkan telur itik (sebutir 70sen) dari Kebun Bahagia Bersama boleh datang self-collect petang Sabtu esok di Sungai Buloh (antara pukul 4:00~4:30). Boleh juga kalau nak dapat bekalan ayam kampung dara/teruna (seekor hidup RM20 atau proses RM23) dari kami juga. Yang nak kelapa tua pun boleh juga ( RM2 for 5 biji) atau kalau dah parut sebiji RM1. Tanah Bakar (RM5/beg) juga available semula boleh self-collect petang Sabtu. Fresh pisang nangka (sesisir RM5) juga available untuk self-collect Sabtu petang esok. Fresh buah nangka muda (sebiji RM2) juga available esok. Please made reservation sebelum 8pagi Sabtu esok.

  Penghantaran untuk Pasar Online Ramadhan juga available minggu ini untuk pengeposan pada hari Isnin. Maklumat selanjutnya boleh rujuk di laman posting sebelum ini (klik sini).
  Puasa ke 15 tak berapa nak keluar rumah rasa macam panas sangat bahang kepala jadi cuma cepat-cepat tuai daun pandan dan serai Acheh. Seperti biasa bunga telang, hero Ilhan yang bantu tuai lepas balik dari sekolah agama untuk bahan susu kacang soya frozen.
  Dah lama tak buat agar-agar pandan santan, tengok bahan-bahan pun semua ada dari kebun sendiri seperti daun pandan, telur ayam dan santan. Jadi cubalah walaupun tak sempat nak buat revision dulu, ingat tak ingat je main buat sukatannya. Memang saving buat agar-agar sendiri kos tak banyak cuma agar-agar (sebungkus RM2 lebih), gula dan gas dapur je sebagai modal pun rasanya tak delah belanja lebih RM3 nak buat home-made. Kalau beli di bazaar ramadhan 5 potong agar-agar dah RM2. Buat sendiri dapat berpuluh-puluh keping puas untuk kanak-kanak riang makan. Nak buat pun senang sahaja. Takdelah hasil agar-agar cantik kali ini tapi bolehlah untuk makan sendiri dalam family. Tebal sangat pula layer di bawah kali ini.
  Sebab kepala pening dengan panas sampai keliru Tukang Kebun keluarkan siakap ke kerapu dari freezer semalam. Ingat kalau siakap nak kukus itu yang ambil daun serai acheh. Tengok punya tengok siakap ni masih blur entah kenapa tengok rasa macam kerapu pula. Lalu tak jadi stim ikannya, Tukang Kebun buat masak 3 rasa untuk berbuka puasa ke-15. Dearest hubby kata macam siakap. Hari ini nak keluar lagi seekor ikan tu baru dapat confirm semula siakap ke kerapu, main buat stim je lah kut lauk hari ini.
  Balance susu kacang soya telang masih ada lagi dalam peti ais, mungkin tambahan buat air teh limau kapas je kut for berbuka today. Terima kasih banyak-banyak sudi jenguk kebun dan dapur Kebun Bahagia Bersama dalam bulan Ramadhan ini. Yang tinggalkan footprint di komen box, InsyaAllah nanti Tukang Kebun datang jenguk ya. Masih tertangguh-tangguh nak reply each komen personally, InsyaAllah akan dibalas, sorry for the wait.
,,

10 ulasan:

Unknown berkata...

saya seronok baca blog kak diana ni,.. hihi

Nasa Mulia berkata...

bertambah rezeki tukang kebun, bekalan buah tak putus di bulan puasa...sekurang-kurangnya jimat belanja dapur.

Fida Z Ein berkata...

Best dapat makan hasil segar yg ditanam sendiri...saya beli sahaja... :)

AMIIZAA@Mieja berkata...

seronoknya ada kebun dapat kutip hasilnya.....

olive berkata...

Diana, Really enjoy reading your blog..not only daily harvest...siap process harvest tu into food atas meja...n also extra harvest for sale! Really good job! i am really interested to get the chicken from you. but jauh lah to pick up ..huhu

Suzie berkata...

suka buah katak puru teringin nak tanam.....saya klau makan cicah garam je...hehhe

Unknown berkata...

best tengok hampir kesemua bahan ada di backyard sahaja.kalau ada open day untuk lawat kebun diana,bagitau tau..mesti nak datang !

azri hassan berkata...

selama ini saya cuma tahu yang bunga telang untuk buat bahan perwarna nasi kerabu aja rupanya boleh juga digunakan untuk mewarnakan air minuman.

Normala Saad berkata...

semuanya menyelerakan tengok...untung ada kebun dan livestock sendiri ni

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Jazzeyra Aj.

Terima kasih banyak-banyak sudi baca our ramblings ni ...hehehe...

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Syukur Alhamdulillah bulan Ramadhan ini rezeki buah-buahan banyak. Rasanya tak ada turun berat kali ini.

Salam Bahagia Fida.

Syukur Alhamdulillah dapatlah jimat belanja dapur.
Dah tak de alasan nak pergi bazaar Ramadhan sebab nak kena fikir nak guna macam mana sepenuhnya tuaian bulan Ramadhan ini dari membazir terbuang hasil dari kebun.

Salam Bahagia Kak Mieja.

Tak perlu Kebun besar pun InsyaAllah ada juga dapat hasil jika kita manfaat ruang yang ada.

Salam Bahagia Olive.

Self-note what we did with the harvest. Next time save time thinking what to do with them.
Takpelah next time if have chance near our area bolehlah tangkap ayam hehehe...

Salam Bahagia Suzie.

Semalam desert suami makan katak puru cicah dengan garam juga.

Salam Bahagia Ju.

Bolehlah jimat-jimat cuba gunakan hasil yang ada dari kebun untuk bahan masakan.

Salam Bahagia Azri.

Bunga sahaja nasi dan air, boleh juga gunakan sebagai pewarna untuk kuih muih, pewarna semulajadi dan dapat juga khasiat.

Salam Bahagia Kak Mala.

Sekarang ni dah rasa memang berbaloi ada livestock sendiri.
Kalaulah kami mula dari awal-awal lagi focus menternak mesti dah banyak lagi dapat jimat untuk protein.