No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 23 Mac 2016

Palmita

  Mempunyai ruang yang kurang mendapat cahaya matahari?
  Ini adalah tumbuhan yang tolerant boleh hidup dengan keadaan kurang cahaya matahari atau redup. Lebih-lebih lagi sekarang musim panas dan kering boleh letakkan di ruang yang teduh dari matahari.

 Ruang untuk menanam tiada tapi nak selitkan tumbuhan lagi?
 Kawasan dah dipenuhi pokok-pokok tinggi?
  Boleh diletakkan bersebelah pokok-pokok lain di bawahnya kerana pokok ini jenis renek. Sebagai contoh gabungan pokok heliconia dan dove tail adalah bersesuaian mereka suka jenis tanah yang sama.

  Mencari tumbuhan sebagai ground cover dan nak elakkan air dari tanah kurang tersejat?
  Membantu kurangkan sejatan air dari tanah kerana susunan daunnya yang terbentuk seperti kipas membantu menyejukkan tanah. Sekaligus memainkan peranan sebagai mulch hidup untuk pokok-pokok yang menghuni kawasan berdekatan dengannya.

   Boleh hidup dalam bekas?
  Sesuai untuk pot gardening juga.

  Keperluan baja?
  Tidak perlu baja yang banyak (kalau di Kebun Bahagia Bersama tidak dibaja). Biasanya yang menarik ialah daun-daun kering yang jatuh dari pokok-pokok bersebelahannya boleh diletakkan di bawah daun-daun kipas tumbuhan ini untuk hilangkan dari pandangan. Lama-kelamaan daun-daun kering akan mereput sebagai proses kitaran semula memberikan baja kompos kepada tumbuhan. Kalau mood malas pun kami biasa sapu-sapu daun-daun yang jatuh dari tempat lain dan tolak sumbat  selit ke bawah pokok-pokok berdaun bentuk kipas ini. Now you see it, now you don't. Free slow-releasing fertilizer. 
Apa nama pokok berbunga putih ini dan sebelum kembang bunganya seperti gugusan anggur?

Di tempat asalnya dikenali sebagai pokok Cola de Paloma, jika direct translation rasanya pokok ekor merpati (Dove Tail). Juga dikenali sebagai palmita atau soskia.

 Nama botani : Xiphidium caeruleum.

  Bila habis berbunga, ianya akan mula menghasilkan buah yang hijau, kemudian apabila matang berwarna merah dan bertukar ke hitam.

  Untuk Info lanjut tumbuhan ekor merpati ini boleh juga rujuk ke blog posting sebelum ini (klik sini).

   Di Malaysia ianya lebih terkenal digunakan sebagai pokok hiasan. Tetapi di kawasan native atau asal pokok ini, penduduk tempatan menggunakannya untuk perubatan tradisional dengan masalah-masalah hubungkait dengan tapak kaki.
  Kami buka promosi pokok bunga palmita ini hingga hujung bulan 31hb Mac 2016. Sempena musim panas dan kering, jika ada yang perlukan tumbuhan untuk menghijaukan/meredupkan laman dan jadi ground cover.

~ 5 moist bare-rooted Palmita (Xiphidium caeruleum) for RM10.00 <jimat RM30.00> ~
Boleh email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).

6 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

salam diana
cantik bunga tu
belum pernah akak tengok lagi
sesekali macam bunga lengkuas pun ada jugak tu

Normala Saad berkata...

Baru tau namnya palmita. Dulu2 pernah tanam. Senang membiak dan tahan lasak

norhidana miswan berkata...

kecik2 n comei2 je bunga2 putih tu kak...

Julie M berkata...

Assalamualaikum Kak DIana,
cantik&cute bunga ni, wangi ka?

Fida Z Ein berkata...

OOO...ini nama bunganya...ada banyak di rumah dulu....sekarang dah pupus dah...sebab makcik saya dah buang....

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Noor.

Lama tak tengok bunga lengkuas.
Dah lama pokok lengkuas di kebun tak berbunga.

Salam Bahagia Kak Mala.

Ya salah satu namanya palmita.
Kalau tempat asal diorang panggil ekor merpati.
Memang senang membiak dan tahan lasakkan.

Salam Bahagia Dana.

Ya kecil comei bunga putihnya yang bergugusan itu.

Waalaikumsalam Julie.

Tak perasan pula pokok bunga ini wangi ke tidak.

Salam Bahagia Kak Fida.

Pokok ini memang begitu cepat membiak.
Sesuai untuk yang mula baru berkebun.