No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 27 Disember 2016

Kampung Ketek

  Hari ini masih sambungan kisah Cuti-Cuti Melaka kurang daripada 16 jam. Dari Masjid Kampung Kling (related posting klik sini) kami ingat nak menuju ke Makam Hang Kasturi yang sehaluan dengan Kuil Cheng Hoon Teng. Generasi Ilhan sekarang dah tak berapa tahu Hikayat Hang Tuah dan sahabat-sahabat. Banyak sangat pengaruh characters animation super hero macam Ninja Go dan Pokemon. Jadi untuk menarik minat mereka membaca cerita yang ada unsur-unsur hikayat teladan, tunjuklah tempat bersejarah dahulu. Bila dah pergi, perasaan ingin tahu itu akan berkembang secara semulajadi.

  Menurut signboard terus sahaja ke arah belah Kuil Cheng Hoon Teng, kalau di gambar atas nampak bangunan di hujung macam architecture kuil Cina itu berhadapan dengan Kuil Cheng Hoon Teng sudah. Tidak jauh jaraknya dengan Masjid Kampung Kling. Rupa-rupanya di antara kuil Cina tersebut dan warisan Rumah Melaka Lama tersebut ada sebuah jalan yang juga tersimpan tempat-tempat bersejarah menarik di Melaka. Rumah Melaka lama ini sebenarnya tak perasan jika kita tak berjalan kaki di hadapannya diapit dengan bangunan-bangunan lain yang berukiran pengaruh dari negara Cina kurun dahulu.
  Setelah mengamati ukiran-ukiran atau corak-corak lama di Kuil Cheng Hoon Teng, baru perasan di hadapan kuil Cina ini ada Makam Syamsuddin Al-Sumatrani. Semasa Portugis ingin menakluk kota Kerajaan Melaka pada awal kurun ke-16, Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani adalah salah seorang pahlawan Acheh yang membantu mempertahankan Kota Melaka dengan pahlawan-pahlawan lain. Alang-alang sudah di sini, kami singgah masuk melawat Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani dan kawan-kawannya juga.

  Lepas beransur dari melawat Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani ada kami singgah beli air mata kucing di tepi masuk jalan ini seperti gambar di atas. Pengalaman anak-anak kekok minum air dalam plastik pegang biasa. Itulah zaman sekarang kan lebih mudah air paling kurang beli di pasar diisi dalam cawan plastik. Geleng-geleng kepala maknya suruh pegang pun banyak ngomel, macam mana ni nanti air terkeluarlah, macam mana nak peganglah blahblahblah...zaman Tukang Kebun dulu tapau air isi dalam plastik biasa je kan.
  Ikut arah anak panah Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani masuk ke dalam di situlah tersoroknya Kampung Ketek yang sudah berkurun-kurun dibuka sejak zaman Belanda memerintah lagi. Sebenarnya di rumah depan ini adalah muzium boleh masuk dilawati. Jika dibandingkan dengan info blog-blog lalu untuk bertahun-tahun lepas mengenai Kampung Ketek dulunya seperti tidak berpenghuni, sepi sikit suasananya sebab baru dibangunkan semula setelah UNESCO declare kawasan ini sebagai warisan sedunia (rujukan lain klik sini, dan klik sini). Sekarang ini lebih bagus sudah kawasan ini dijagai kerana diberikan care-taker rumah muzium ini duduk berjaga di rumah ini dengan ada annex bangunan di belakang jadi nampak lebih hidup kawasan kampung ini jadi tidaklah nampak lama-kelamaan terbiar begitu.

  Di belakang rumah kampung Melaka warisan ini, telah disambung dengan bangunan baru di belakangnya untuk care-taker selesa duduki untuk kehidupan harian biasa. Semasa kami berlegar-legar di depan rumah ini, ada nenek dan cucu pelawa masuk. Kalau anak nak masuk makcik bukakan pintu depan, baru tadi ada pelawat lain datang melawat. Cuma aku malu tak bertempat sebab kami tergesa-gesa dengan masa yang suntuk nak tinggalkan Bandar Melaka maka terpaksa kami menolak naik ke atas rumah. Tak syok pula kalau pusing-pusing begitu keluar tanpa berkenalan dengan nenek tersebut rasa kurang manis. Berborak sekejap sahaja dengan soalan biasa-biasa seperti asal datang dari mana begitu. InsyaAllah lain kali jika ada rezeki kami datang lawat muziumnya.
 Lalu kami masuk ke dalam Kampung Ketek ke arah kawasan Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani. Tiba-tiba si Rayyan ini nak pergi ke tandas pula. Minta tunggu kejap nanti kita patah balik ke tempat penginapan. Tahanlah si Rayyan sekejap. Nasib baik sebenarnya dalam perkarangan Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani  ada facility tandas yang boleh digunakan. Nasib si Rayyan baik siap nak keluarkan saham besar pula. Papa Rayyanlah yang meneman sementara Tukang Kebun skodeng tanaman-tanaman penghuni kawasan Kampung Ketek ini. Subur juga pokok limau kasturi, kunyit dan kemuning yang ditanam dalam pasu. Kelihatan sedang menyemai benih-benih bendi dengan beberapa anak-anak pokok bendi sedang membesar di dalam pasu. Tukang Kebun perhatikan pokok kunyit dan limau kasturi adalah antara tanaman popular yang ditanam dalam pasu di kawasan Jonker Walk.

Anak pokok kemuning/Orange Jessamine ( 1pot RM10) ada stok kembali dalam senarai Kebun Bahagia Bersama.

More info on Kemuning/Orange Jessamine klik sini

 Mula-mula tak sedar sebenarnya rumah yang dihujung sekali di deretan masuk ke Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani ini adalah warisan rumah Munshi Abdullah antara lagenda penulis lama Melayu yang juga pakar dalam beberapa bahasa. Yang itu sahaja rumah berwarna putih di deretan rumah kayu bercat coklat. Ingatkan rumah orang mula-mula sebab ada tilam dijemur di situ. Rupa-rupanya adalah rumah bersejarah juga.
 Kawasan Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani amat dijaga dengan baik. Bersih kawasannya dan redup. Selesa untuk beristirehat. Kemas betul Tukang Kebunnya menjaga kawasan ini. Elok pangkasan pokok-pokok buah-buahan nampak cantik versi bongsai. Dekat dengan makam Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani ini bersebelahan dengan pintu masuk itu adalah pokok melaka. Ketika kami melawat sedang berbuah pokok Melakanya seperti gambar di atas. Bulat-bulat buah melaka berwarna hijau macam kuih onde-onde atau kuih buah melaka. Pokok Melaka daunnya memang mirip dengan pokok petai dan pokok assam jawa. Tukang Kebun lihat di area bangunan Stadhuys besar pokok melakanya macam saiz pokok assam jawa seperti gambar di atas. Elok betul Tukang Kebun Makam Jeneral Syamsuddin Al-Sumatrani memangkas pokok melaka jadi pokok renek. Tahun 2017 akan datang ini lepas habis musim buah assam jawa, nak dipangkas juga kasi renek pokok assam jawa di Kebun Bahagia Bersama tu.
 Di Kebun Bahagia Bersama belah Sungai Buloh sekarang sedang meriah buah assam jawa sedang bergayutan. Yang teringin nak makan celagi muda, boleh booking pesanan buah celagi muda boleh dipos atau self-collect tetapi kena tunggu tahun depan.

~ 1 kilogram buah assam jawa/celagi muda RM5.00 ~

More info on assam jawa refer to previous postings (click here).
 Selain dari buah assam jawa, ikut musim rezeki Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan anak pokok, pucuk muda daun assam jawa dan bunga assam jawa.

Pucuk muda daun assam jawa dan bunga assam jawa juga boleh dimakan dan khasiat yang bagus.

~ 1 ikat pucuk muda daun assam jawa RM1.00 .

~ 1 ikat bunga assam jawa RM1.00 .

~ 1 pot anak pokok assam jawa RM25.00 (self-collect sahaja).

Talian internet tiada jadi email semalam dan hari ini belum dapat terjawab ya. Ini posting dah automatic schedule sebab kami masih di kampung.

Happy Holidays!

4 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Betul juga kalau tak dicantas pokok asam jawa ni boleh besar dan tinggi sangat. Ini kalau dah cantas buah bergayutan siapa nak boleh rasa:)

Norish.NN berkata...

Happy holiday Sis..bila blk Sjung? :-)

norhidana miswan berkata...

bestnya jln2 melaka akak... btl2 punya gayanya nih...
sbb sambil jalan kaki, tp yg tak tahan pokok2 jgk yg akka usha ye

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie,

Pokok assam jawa di kebun tu lepas cantas pun cepat betul membesar balik. Makin rajin berbuah pula.

Salam Bahagia Sis Norish,

InsyaAllah bulan depan.

Salam Bahagia Dana,

Seronok juga jalan Melaka ini berjalan kaki sahaja rasa mengembara betul-betul. Banyak betul benda menarik.
Hehehe...memang tanaman orang juga di skodengnya hahaha....manalah tahu dapat ilmu baru boleh kongsi.