Syukur Alhamdulillah minggu lepas, permata-permata hati berpeluang pertama kalinya menjejak ke Bandar Bersejarah Melaka. Dalam perjalanan balik dari Cuti-Cuti Malaysia di Johor baru-baru ini, tiba-tiba terasa nak singgah ke Melaka. Memandangkan negeri Selangor keesokkan harinya masih cuti am. Tukang Kebun pun dah bertahun-tahun tak masuk ke Bandar Bersejarah Melaka terkejut melihat perubahan sekeliling.
Cuma jalan nak masuk ke bandar Melaka bersejarah ini tak sangka begitu sibuk macam rush hour dalam Lembah Klang. Kami pun main spontan redah je pergi ke bandar Melaka ini tak guna Waze pun. Berpandukan sahaja dengan signboard. Bila dah rasa macam tak berjalan-jalan kereta ni sesak semacam lalu ternampak ada carpark di sebelah Bangunan Madonna yang bersebelahan Gereja St. Francis Xavier (gambar No.2 di atas) dan ada kereta sedang keluar menunjukkan ada carpark kosong lalu Tukang Kebun terus beri isyarat dekat suami kita masuk parking sahaja dahulu dari duduk dalam kereta lama-lama buat pemandu sakit kaki. Bila keluar jalan pula lenguh tangan papa Abby sebab princess papa asyik nak berdukung manja saja. Terus kami masuk parking yang juga menghadap gambar No. 1 di atas. Bayaran masuk sehari pun cuma RM3.00 sahaja. Dari parking sampai balik ke Lembah Klang keesokkan harinya di situlah kereta tak bergerak-gerak. Kami cuma berjalan kaki sahaja dan berikan pengalaman anak-anak naik beca dalam kawasan jalan Jonker dan Bandar Bersejarah Melaka.
Kami pun tak sangka pula tempat kami parking kereta strategik rupanya dah bersebelahan Sungai Melaka dan kawasan Warisan Dunia UNESCO dekat Jalan Jonker. Ramai sungguh yang membawa anak-anak bercuti ke Bandar Bersejarah Melaka. Lepas tu diperhatikan feri membawa pelancong di Sungai Melaka ini macam speedbot laju semacam. Ingat nak bawa anak-anak naik feri pada waktu malam lepas dinner, sekali tengok dah pukul 10malam pun pelancong beratur nak naik feri ada dekat 1 kilometer. Patutlah bila berjalan-jalan sepanjang Sungai Melaka macam berlumba feri ini mengejar waktu. Jadi Papa Abby kata lain kali bila pergi Melaka lagi sekali baru naik feri masa tak ramai sangat pelancong. Macam tak syok tengok gaya bawa feri laju semacam tak santai. Bila tengok feri yang mengemudi Sungai Melaka pagi esok kelajuannya kurang berbanding dengan hari sebelumnya.
Memandangkan kami sponton singgah melancong Melaka dan belum ada reservation tempat penginapan berjalanlah kami sepanjang Sungai Melaka dan dalam kawasan Jalan Jonker yang berdekatan mencari tempat penginapan yang masih ada bilik kosong boleh kami berlima tidur semalaman sambil melancong. Rasa lebih adventure pula kali ini melancong secara spontan.
Seronoknya terserempak ada kedai haiwan belaan. Haiwan-haiwan yang dijual semuanya nampak sihat belaka. Yang menarik minat Tukang Kebun adalah anak-anak angsa putih dan ayam belanda. Ayam belanda dalam usia 3 minggu di Bandar Melaka ini harganya RM50. Manakala angsa putih dalam usia 3 minggu seekor RM120. Nasib baiklah kali ini kenderaan yang dibawa tak bersesuaian nak bawa balik. Kalau tidak, ada souvenir hidup dari Melaka dibawa balik.
Walaupun kekurangan tempat untuk menanam tidak mematahkan semangat mereka menggunakan apa ruang yang ada bagi penghuni Jalan Jonker untuk berkebun. Orkid memang kalau dah well-established atas bumbung pun boleh hidup yang jenis suka matahari banyak.
Jika dalam senarai Kebun Bahagia Bersama, Tukang Kebun recommend orkid yang tahan panas terdedah seperti:
The Trumpet Player's Schomburgkia (Myrmecophila tibinicinis) (Klik Sini)
Phalaenopsis pulcherrima (Klik Sini) |
Jalan-jalan cari tempat penginapan, ada singgah tanya yang bangunan bertingkat kuning cair di belakang tu. Masuk tanya ada 2 bilik kosong, yang bilik affordable offer RM180 tapi pintu tandas tak boleh tutup. Tak pelah kami jalan-jalan lagi, lagipun cuma nak tidur semalaman sahaja. Lagipun tak sampai 24 jam kami jejak kaki di Melaka ni. Ada beberapa Guest House yang penuh bila kami masuk tanya. Terserempak pula dengan Roof Top Guest House yang memang satu lorong je dengan hotel yang cat warna kuning tu. Katanya ada bilik untuk 3 single bed dengan harga RM84 (tandas dan dapur kongsi). Tengok bilik bersih dan dalam very homely, terus kami memilih untuk tidur di Roof Top Guest House. Teringat pula tempat menginap kami dahulu masa menunggu si Rayyan kena bedah jantung. Guest House macam ini kita dapat lebih berinteraksi dengan pelancong-pelancong lain begitu juga untuk kanak-kanak develop communication skills.
Ramai pelancong luar negara suka menginap di budget accomodation Roof Top Guest House ini sebab yang menunggu di reception bertukar-tukar orang dari negara luar membantu pemilik Guest House. Jika nak sewa basikal pun ada disediakan di depan guest house ini. Yang seronok semua tempat perlancongan adalah in walking distance mudah nak balik ke sarang tidur malam kami kali ini dan sesiapa yang nak balik gunakan tandas bersih. Nak cari parking lain pun kami tidak perlu, sebab cuma dalam jarak 200 meter sahaja dari tempat kami parking bersebelahan Bangunan Madonna tersebut. Lagipun bukannya banyak barang nak dibawa. Kami rasa lebih selamat kereta dibiarkan parking di jalanraya utama yang sibuk dari celah-celah lorong pada waktu malam. Nak check out pun tak tergesa-gesa boleh berjalan mencari sarapan sambil-sambil melancong tempat menarik lagi. Banyak berjalan gunakan kaki sihat banyak dari asyik duduk termenung dalam kereta.
Tukang Kebun memang minat sungguh tengok susunan corak tiles di sepanjang bangunan-bangunan Warisan Sedunia UNESCO ini. Tiles lebih mudah nak dicuci kalau air naik banjir berbanding dengan dinding bercat. Teringat dulu lepas banjir di Sungai Buloh nak kemas lumpurnya bukan mudah sebab tu Big Boss terus pasang dinding yang belah bawah 1 meter tinggi di keliling luar rumah semua tiles bila ada budget.
Banyak kedai-kedai menggunakan hiasan Bird Nest Fern atau Sarang Burung sebagai hiasan. Ianya memberikan visual cooling effect dan mudah nak jaga serta tahan panas. Tumbuhan menumpang Bird Nest ini juga nampak cantik sebagai hiasan dalam pasu. Jika yang berminat nak dapatkan saiz besar, Kebun Bahagia Bersama boleh bekalkan. Yang self-collect sendiri kena inform jenis kenderaan apa yang dibawa supaya kami boleh pilih saiz yang muat kenderaan.
~ Big size Bird Nest Fern RM20.00 (self-collect only)
~ Small size Bird Nest Fern RM5.00 (self-collect and post delivery)
Last Self-Collect Day for 2016:
24th December 2016 Saturday Morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit Guthrie Corridor Highway).
4 ulasan:
Dalam pada tak plan tapi cuti-cuti Melaka menjadi seronok pulak kakak tengok.
Kakak pernah terus tak dpt tempat tidur kat Melaka tau Dee. Kami tumpang di masjid. Pengalaman betul..
Selamat bercuti.
Seronoknya bercuti di Melaka. nampak terusan tu macam menarik saja
Salam Bahagia KakZakie,
Syukur Alhamdulillah Cuti-cuti Melaka yang spontan kali ini urusan dipermudahkan.
Kalau tidak dapat tempat tidur rasanya jalan-jalan kejap nanti malam bergerak balik dah KakZakie memandangkan perjalanan ke rumah kurang 2 jam lagi.
Kalau pemandu mengantuk mungkin kami tido sebentar di R&R.
Baru-baru ini turun Cuti-cuti Johor kami gerak dah lewat sejam dalam tengah malam tido di R&R Pagoh dah mengantuk sangat bawa kereta.
Salam Bahagia Warisan Petani.
Selamat Bercuti juga.
Salam Bahagia Kak Mala,
Menarik tengok bangunan-bangunan bersejarah di sepanjang terusan ini Kak Mala.
Catat Ulasan