Kisah kenangan di Abai Sungai Kinabatangan cuti September lalu (related posting klik sini) pun sudah lama tersimpan dalam folder gambar. Sambungan untuk pengalaman kami bercuti di kawasan Abai Sungai Kinabatangan untuk hari kedua sebelah pagi pula. Tukang Kebun suka sangat tengok jenis adik-beradik pokok kantan atau halia ini. Cantik sungguh bunganya banyak didapati di kawasan Abai ini. Tidak pasti pula adakah ini betul adik beradik Ginger Native kawasan rendah Kinabatangan ini atau tidak. Pokoknya memang mirip dengan pokok lengkuas dan kantan.
Jika yang berminat nak dapatkan bibit anak pokok halia merah atau halia bara ada stok kembali.
Tawaran istimewa untuk bulan Januari 2017 untuk 1 pot halia merah/bara dengan harga RM5.00 .
Info lanjut mengenai halia merah/halia bara boleh (klik sini).
Jika nampak tanah kena kais-kais macam gambar di atas itu bolehlah agak kerja apa yang mencari makanan style gitu kalau bukan wild boar. Awal-awal pagi lagi kena bangun sebab boat trip menyusuri Sungai Kinabatangan nak bertolak awal supaya dapat tengok binatang-binatang liar yang keluar pagi mencari makan. Elok je keluar dari chalet, terkejut tengok wild boar punya ibu sedang keluar dengan anak-anaknya mencari makan depan chalet. Tidaklah ia mengganggu masing-masing buat hal sendiri. Lalu kami pun berjalanlah pergi sarapan dahulu di restoran resort. Disebabkan itu menarik walkway kawasan resort ini tinggi. Jadi menarik melihat sambil berjalan ada binatang liar lalu di bawah walkway. Dia membawa anak-anaknya mencari makanan, kami pun bawa anak-anak kami untuk isi perut dengan makanan juga.
Selepas sarapan masih belum beberapa cerah lagi kami menunggu guide bersiap sedia untuk membawa kami ke bot di luar restoran. Ternampak selalu ada banyak burung besar suka bertenggek di atas pokok tinggi yang tiada daun ni. Tanya guide katanya sejenis merpati yang besar. Orang tempatan kadang-kadang tangkap buat makan juga.
Sementara menunggu santai di luar restoran resort, menarik juga untuk kanak-kanak berkenalan dengan serangga-serangga semulajadi di Kinabatangan. Dapatlah mereka jumpa Rhinoceros beetle dengan sejenis caterpillar. Rhinoceros beetle ini besar juga, takut si Rayyan nak pegang. Kalau kat Jepun musim panas ada harga juga Rhinoceros beetle ini jual di Petshop boleh dapat puluhan ringgit duit kita. Kemudian tengok gelagat kura-kura ini laju juga ia melarikan diri bila ambil cebisan roti-roti yang pada mulanya ingat nak panggil tupai dekat. Kura-kura pula ambil kesempatan.
Resort ada juga sediakan teropong seorang satu untuk budak-budak cuba pakai. Raincoat juga ada disediakan takut kalau tiba-tiba hujan dengan cuaca yang tak menentu.
Awal pagi di Sungai Kinabatangan masih cuaca sejuk lagi. Abby masih kaku dalam dakapan Papa Abby belum cukup warm up lagi.
Memandangkan ketika kami pergi boleh dikirakan banyak hujan juga jadi ada beberapa tempat yang tenggelam boleh dijadikan jalan pintas untuk ke channel sungai Kinabatangan yang lain. Siapa yang tinggi kepala kena hati-hatilah tak tersangkut dekat ranting pokok.
Sebenarnya sungai kawasan ini lebih lebar tetapi telah dihuni oleh tumbuhan-tumbuhan air yang invasive berdekatan ke tebing hingga nak sampai tengah sungai. Kalau musim kering lagi jalan sungai menjadi lebih sempit. Masa pergi banyak hujan jadi ada yang hanyut membuatkan jalan sungai lebih lebar. Tempat di bawah ini juga adalah antara perhentian popular membawa pelancong untuk berhenti sarapan.
Ada juga beberapa jenis predator bird yang dapat juga kami lihat gerak-geri mereka mencari makanan. Yang sempat Tukang Kebun ambil gambar adalah dua jenis helang di bawah. Yang belah gambar di atas macam adik beradik Lang Merah pada mulanya sedang khusyuk buat observation di pokok tinggi tepi sungai. Cepat betul ia sambar mangsanya terbang tinggi bawa makanan hidup macam gambar di bawah. Besar juga tangkapannya kan. Kemudian dapat juga melihat seekor Borneo Serpent Eagle juga mencari makan untuk breakfast paginya yang gambar belah bawah. Borneo Serpent Eagle ini memang cekap memburu ular untuk santapannya. Kalau dalam gambar tak nampak besar sangat saiznya, tapi besar juga saiz predator bird ni.
Lepas sarapan barulah Abby dah warming up dan ada mood manja-manja dengan salah seorang guide resort RJ. Seronok juga tour naik bot je dekat sungai. Tukar angin dari asyik dalam kenderaan atas jalan raya.
Balik ke resort, anak-anak bermain mandi di luar pula. Berehat-rehat petang nanti ada lagi trip naik bot.
HAPPY HOLIDAYS!
5 ulasan:
Sejujurnya kakak tak pernah naik kenderaan laut selain feri
Seronok tengok menyusur sungai macam itu kan..
Tengok Abby gelak tu nampak happy sangat:)
wah bestnya diana
kaknoor pun tak pernah menyusur sungai
yang best kalau time gini amik gamboo kann
wow besttt nya
mesti happy habis semua nya kannn
msti bestkan kak menyusuri sungai tuh.... antara sungai terpanjang di malaysia kn
mcm2 hidupan blh jumpa kt resort tu ye, tp binatang apa yg warna kelabu sekali ngn kura2 tuh
Seronoknya menyusur sungai kinabatangan. Perkara yg teringin ky buat..tapi takut..
Salam Bahagia KakZakie,
Seronok anak-anak dapat pengalaman menyusur sungai naik bot berapa kali KakZakie.
Salam Bahagia Kak Noor,
Seronok juga menyusur sungai ini Kak Noor, lain rasa berjalan dengan kereta atau keretaapi.
Salam Bahagia Dana,
Ya Sungai Kinabatangan ini lagi panjang dari semua sungai dekat Semenanjung Malaysia hehehe....
Binatang tu macam kepompong rama-rama tu Dana.
Terjumpa dekat daun pokok hiasan dalam pasu depan restoran tu je.
Salam Bahagia Kak Yon,
InsyaAllah selamat Kak Yon.
Sebab guide pun pandai ikut pace pelancong-pelancong.
Macam kami ini dengan anak-anak dibawanya takdelah laju sangat.
Rilex je sambil mencari hidupan liar yang mencari makanan dekat sungai.
Catat Ulasan