No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 7 Jun 2018

Anak Pokok Pulasan

  Pada musim buah pulasan seronoknya lah makan ramai-ramai sambil pulas kulit buah pulasan untuk dapat makan isi buahnya. Tukang Kebun suka makan buah pulasan lagi berbanding dengan buah rambutan kerana isinya kurang berair dan kenyal sikit. Buah pulasan lebih kekal lama nampak cantik di suhu bilik kerana tiada berambut halus yang kecut macam rambutan.
 Terdapat beberapa pokok pulasan di Kebun Bahagia Bersama. Yang seronoknya ada beberapa pokok pulasan jenis renek sahaja pokoknya. Dahan pun masih halus-halus lagi. Mudah untuk buahnya dipetik-petik. Pokok pulasan yang gambar di atas sebenarnya berdekatan dengan pokok Peropok yang tumbuh sendiri di mana jarak antara pokok dalam 30cm sahaja. Siapa perasan ada jenis daun yang berlainan bentuk pokok Perupok di celah-celah rimbunan daun pulasan.
 Ada stok baka pokok pulasan mula dibekalkan di Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 bekas anak pokok pulasan RM10.00 .
  Sekarang ini bukan musim buah pulasan di Kebun Bahagia Bersama. Tetapi tak sabar nak tunggu buah manggis yang lebat di pokok untuk ranum. 

3 ulasan:

Annie berkata...

Cantiknya pokok pulasan tukang kebun. Saya pun penggemar buah pulasan. Tapi nak tanam pokoknya tak ada kawasan.

Normala Saad berkata...

Selamat hari raya buat Ana sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Annie,

Pokok pulasan kat rumah ni nasib baik jenis yang compact tak besar macam pokok rambutan lebih mudah nak kumpul buahnya.

Salam Bahagia Kak Mala,

Dah nak masuk Raya Haji Kak Mala.
Baru sempat Tukang Kebun nak check semula komen kawan-kawan yang singgah nak buat lawatan balas.