No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 30 April 2012

Daffodil Bulb untuk...

Terima kasih kepada semua kerana mempercayai tukang-tukang kebun 'Kebun Bahagia Bersama' dengan tempahan dan bayaran pre-order promosi bulb bulan April ini. Kami akan menghantar tempahan ini dengan pos laju pada 14-16 May ini untuk yang di Semananjung Malaysia (kecuali jika ada request tarikh yang lain). Bagi penghantaran di Borneo kebarangkalian barang akan dihantar dengan pos laju pada 16-18May dari Kota Kinabalu.
Terima kasih dengan kesabaran saudara saudari, kami akan menghadiahkan 3 bulbs bunga Spring Star Light Blue bagi semua tempahan yang telah diterima di bulan April ini.

3 Bulb Daffodil juga akan diberikan kepada ...
(1) Saudari Hijaudaun
(2) Saudari HernyHafiz
(3) Saudara Sean L
Yang masih berminat untuk mendapatkan bulb bunga Gladiolus, Ixia, Sparaxis, Spring Star Light Blue, Star of Bethlehem, King Fabiola, Babiana Stricta (Baboon flower), Rain Lily (Zephyranthes White) ada sedikit lagi dan saya akan  menerima tempahan sehingga 9 Mei 2012 (pembayaran sebelum 12 Mei 2012 amat dihargai). Saya tidak akan mengambil tempahan lagi untuk stok bulb ini walaupun masih ada bilangan benih ternyata di dalam stok selepas tarikh 9 Mei 2012 disebabkan ini bukan bulb asal dari kebun kami sendiri. Benih selebihnya untuk bunga-bunga ini akan kami tanam di kebun Sungai Buloh (Selangor) dan di Kiulu (Sabah). Tawaran kali ini dibuka disebabkan kebetulan tukang-tukang kebun blog ini nak tanam bulb-bulb ini di Malaysia dan manalah tahu ada juga yang ingin mencubanya seperti kami. Sebab tu nama blog pun Kebun Bahagia Bersama :). 
Tema bulan Mei ini ialah sayur Carrot.
Akan kami update nanti jenis-jenis benih carrot dalam minggu ini (limited offer).
Ada juga benih-benih baru lain  yang baru disemai dan akan juga dimasukkan ke dalam list untuk bulan Mei ini.

Setiap pembelian jumlah RM25 ke atas untuk bulan Mei ini akan menerima pek benih Chinese Celery (>50benih) dan Bayam (>250benih) (bagi 10 pelanggan pertama bulan Mei).

Rabu, 25 April 2012

Rainbow Chard Berbatang Pink

Sebelah pagi mengemas di luar rumah. Salah satu aktiviti mencacak batang kayu sebelah pokok capsicum dan ikat supaya pokok-pokok capsicum asyik tak rebah cium tanah sebab beberapa hari angin kuat kat sini.  Sayang pula dekat pokok capsicum tu sebab masing-masing sedang berbuah tunggu nak masak sahaja. Ternampaklah pula pokok sayur rainbow chard tersorok dekat belakang pokok terung. Tak sangkalah pula masih hidup lagi sebab tempat pokok tu tumbuh masa musim panas tanahnya macam kat gurun apa pun tak hidup. Kawasan dia tumbuh tu cuma si terung, bunga portulaca dan herba rosemary je yang gagah berani kena sinaran terik matahari lebih 40 degree Celsius. Kagum pula rasa tengok sayur rainbow chard tu. Umurnya pun bulan ni dah genap setahun. Saya sengaja tanam di situ dulu sebab dia adalah lebihan anak pokok dan tempat lain dah penuh. Sekarang dah mula nak membesar dan tumbuh elok balik bila cuaca dah tak terik masa musim panas dulu. Bila tengok gambar baru teringat nak potong sikit daun yang lama tu supaya pokok ni teruja nak bagi batang sayur baru.

Selasa, 24 April 2012

Cherrytime Capsicum


~Benih Segar Organik Cherrytime Capsicum~

Buah yang manis.
Saiz average buah adalah 5cm.
Bentuk buahnya bulat dan mempunyai hujung yang tajam or 'pointy'.
Buahnya bertukar dari hijau ke merah berkilat apabila ranum.
Pokok yang bersaiz compact, attractive dan berbuah lebat.
Sesuai ditanam dalam pasu.
Boleh menarik perhatian anak anda.
Sesuai untuk diisi dengan keju atau filling lain untuk snek yang sihat untuk anak anda.
Capsicum merah mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Stok habis, benih baru sampai Oktober 2012.
RM3.00 satu pek (30 biji benih).
Benih segar organik baru dituai dari kebun kami pada April~Mei 2012.

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih dengan jumlah bilangan kurang 15 pek (kecuali bulb) adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih (kecuali bulb) adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui RHB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Ahad, 22 April 2012

Rainbow chard


~Rainbow Chard~

Rainbow chard tergolong bersama keluarga beetroot. Berlainan dengan beetroot yang bahagian dinikmati ialah akar ubinya dan daun mudanya, rainbow chard dinikmati dengan daun dan batangmya. Raibow chard juga dikenali sebagai swiss chard. Sayur ini mempunyai batang yang berlainan warna seperti maroon, merah, pink, kuning, putih dan hijau. Daunnya adalah lebar dan glossy berkilat-kilat. Mudah dijaga berbanding dengan sayur-sayuran hijau. Memerlukan tanah yang telah disediakan dengan baja organik dan tanah yang moist/lembap untuk tumbuh dengan subur. Hanya 4 pokok di kebun anda sudah pasti mencukupi untuk bekalan dapur anda. Potong beberapa batang yang perlu dan batang yang baru akan tumbuh lagi.

Rainbow chard kaya dengan vitamin A, K dan C. Rainbow chard juga mempunyai zat besi terutama di bahagian batangnya. Batang rainbow chard boleh dibuat jeruk. Rainbow chard mempunyai kandungan beta-carotene yang tinggi. Beta-carotene adalah anti-oxidant yang kuat dan membantu mata dari kerosakkan sinaran matahari serta mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Boleh ditanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari tetapi di lokasi ini akan menyebabkan pertumbuhan perlahan. Suka cahya matahari.
Benih rainbow chard yang baru bercambah.


Ada Stok.
RM3.00 satu pek (30 biji benih).

Pembayaran melalui Maybank, CIMB atau RHB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Jumaat, 20 April 2012

Lemon Basil

~Herba Lemon Basil~

Ada pelbagai jenis basil dan salah satunya adalah lemon basil. Lemon basil mempunyai bau lemon yang sangat kuat. Sentuh sahaja daun ini tangan anda pasti berbau seperti lemon. Keratan banyak baru lemon basil jika dibawa ke sebuah bilik juga membuat bilik tersebut berbau lemon. Lemon basil sesuai digunakan dalam pelbagai masakan yang berunsurkan rasa masam-masam atau masam manis untuk menambah perasa. Sedap juga ditambahkan masa menyediakan makanan segera seperti Maggi. Sesuai ditanam di dalam pasu. Potong pucuk pokok lemon basil yang baru untuk menghasilkan dahan baru dan lebih banyak daun. Bunga basil ini adalah kegemaran sang lebah.


Ada Stok. 
RM3.00 satu pek (>50 biji benih).

Pembayaran melalui Maybank, CIMB atau RHB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Gladioli 'Victure Borage' tambahan stock

~~Pre-Order Gladiolus "Victure Borage" (Stok Habis)~

Rupa bentuk benih gladioli sedikit besar dari duit syiling 50sen Malaysia.

Isnin, 16 April 2012

Daun Saderi/KIntsai/ Chinese Celery



~Benih Daun Saderi / Kintsai~

Mudah tumbuh berbanding dengan Celery. Perlu pastikan tanah tidak kering untuk herba ini tumbuh dengan subur. Herba yang harum dan popular dalam sup.


RM3.00 satu pek (>50 biji benih).

Kohlrabi Purple Vienna


~Kohlrabi Purple Vienna~

Tahukan anda bahawa kohlrabi sebenarnya antara saudara si kubis. Tetapi berlainan dengan kubis yang dimakan adalah daunnya, bahagian yang dinikmati pada kohlrabi adalah batang bahagian bawahnya yang membesar bulat seperti buah. Supaya batang kohlrabi tumbuh membulat dengan cantik ia perlu ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari. Sekiranya kurang cahaya matahari batangnya akan memanjang dan tidak membentuk bulat dengan sempurna. Kohlrabi adalah mudah lagi dijaga berbanding dengan kubis. Kulit kohlrabi ini adalah ungu dan isinya berwarna putih. Isinya boleh dimakan begitu sahaja tanpa memasak. Buah kohlrabi yang dipetik masa kecil adalah lebih manis berbanding yang besar. Boleh ditanam di dalam pasu.

RM3.00 satu pek (100 biji benih).

Pesanan untuk biji benih kolhrabi boleh melalui (kebunkmg@gmail.com).

Ahad, 15 April 2012

Benih Bunga Nasturtium Jewel Mixed

~Benih Bunga Nasturtium Jewel Mixed~

Daun dan kuntuman bunga dari pokok nasturtium boleh dimakan ala-ala salad/ulam. Biji bunganya pula bolah dibuat jeruk. Memberi pelbagai khasiat.Warna kuntuman bunga nasturtium sangat terang dan menarik serta saiz kelopaknya sangat besar. Nasturtium sesuai ditanam di tempat yang mendapat separa cahaya matahari.  Pokok ini mempunyai sifat separa memanjat. Tidak remeh penjagaan pokok ini kerana ianya boleh hidup dengan pelbagai jenis tanah. Boleh hidup  di tanah yang kurang zat atau baja. Jarakkan antara satu pokok 70cm sekiranya pokok ini dibiarkan menjalar di atas tanah. 


Di kebun sayur, pokok nasturtium ini kebiasaannya digandingkan dengan pokok sayur seperti kubis dan sayur daun untuk mengurangkan serangan serangga 'aphids'. Untuk pokok nasturtium sentiasa bunga hendaklah rajin trim bunga yang telah layu.

Biji benih nasturtium adalah besar dan mudah untuk kanak-kanak menanam benih ini. Tanam biji benih nasturtium di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari tetapi bukan kawasan gelap (masih mendapat cahaya matahari walaupun sekejap) atau kawasan yang mendapat separa cahaya matahari. Tanam biji benih dalam setengah inci ke dalam tanah.

Stok Habis (TukangKebun kena tuai benih lagi).
RM3.00 satu pek (12 biji benih).



Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15 pek (kecuali benih jenis bulb) adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih (kecuali benih jenis bulb) adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui Bank deposit ke RHB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.


Jenis Bunga Gladiolus untuk Pre-Order


Pre-Order tempahan biji benih bunga gladiolus telah ditutup. 
Order baru mungkin pada bulan July 2012.
Sesiapa yang berminat sila email saya, supaya saya boleh buat anggaran pengambilan stok.




 ~Wine & Roses (Stok Habis)~


  ~Zorro (Stok Habis)~


  ~Amsterdam (Stok habis)~


  ~Cantante (Stok Habis)~


  ~Priscilla (Stok Habis)~


  ~Semerang (Stok Habis)~


~~Victure Borage (Stok Habis)~

Rupa bentuk gladioli bulb (lebih besar saiz dari duit 50sen)

Sabtu, 14 April 2012

Early Scarlet Horn Carrot


~Benih Early Scarlet Horn Carrot~

Karot bersaiz sederhana. 

Stok habis (4sold).
RM3.00 satu pek (200 biji benih).

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15 pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui bank deposit ke RHB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Herba Chervil

~Benih Organik Herba Chervil~

Daun herba chervil popular digunakan dalam masakan French untuk menambahkan perasa dalam sup. Herba chervil juga banyak digunakan ketika memasak ikan. Walaupun ianya lebih terkenal di Eropah, chervil berasal dari kawasan Asia. Chervil adalah saudara kepada parsley dan juga dikenali sebagai "gourment parsley".  Chervil biasanya juga digabungkan bersama herba thyme dan tarragon dalam masakan. Boleh masak chervil bersama telur dadar.

Chervil lebih selesa tumbuh di kawasan yang menerima separa cahaya matahari dan bukan sepenuhnya terkena matahari pada waktu siang. Boleh tanam herba chervil bersama pokok-pokok yang lain untuk nampak menarik dan mengurangkan serangan serangga perosak kepada pokok sekelilingnya.
Chervil mempunyai bunga yang berwarna putih.

Ada Stok (4 Sold).
RM3.00 satu pek (50 biji benih).
Biji benih herba chervil dikumpul di kebun kami sendiri.

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15 pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Bayaran melalui bank deposit ke RHB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Khamis, 12 April 2012

Flat Leaves Parsley


~Benih Segar Herba Organik Flat leaves Parsley~

Herba ini juga dikenali dengan nama Italian parsley. Ianya lebih banyak digunakan dalam masakan dari parsley yang daun berbentuk kerinting (curly parsley) kerana memberi rasanya yang lebih dalam masakan. Parsley yang berbentuk kerinting lebih digunakan sebagai hiasan atau penyeri sajian. Italian parsley ini lebih mudah dijaga dari curly parsley kerana sifat toleransinya dalam perubahan cuaca panas dan musim hujan. Gambar parsley di atas adalah parsley yang saya tanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari dan tanah jenis 'clay'. 

Stok Ada.

RM3.00 ~ Anggaran 50 biji benih 1 pek.

Rabu, 11 April 2012

Sayur Daun Kailan (Chinese Broccoli)


~Benih Open- Pollinated Organik Sayur Daun Kailan~

Stok Ada.
RM1.00 satu pek (50 biji benih).

Non-hybrid seeds.

Benih Bunga Imperial Larkspur

~Bunga Organik Imperial Larkspur~

Warna genetik ungu adalah dominant dalam imperial larkspur. Digalakkan sebelum semai biji benih bunga larkspur hendaklah simpan biji benih dalam fridge (bukan freezer) beberapa minggu sebelum semai. Semai biji benih selain dari musim panas dan kering.

Tumbuh dengan ketinggian lebih 1 meter dan perlu support (staking).

Rupa bentuk biji benih Imperial larkspur.


Stok Ada.
Harga RM3.00 satu pek (50 biji benih).
Biji benih organik larkspur dikumpul di kebun kami sendiri.

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih (kecuali benih ubi) dengan jumlah bilangan kurang 15 pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih  (kecuali benih ubi seperti gladiolus) adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Ketumbar

~Benih Organik Ketumbar~

Tumbuhan herba yang selalu digunakan dalam masakan Malaysia dari daun ke akarnya. Biji ketumbar juga digunakan dalam masakan. Boleh mengurangkan masalah sembelit jika kerap menggunakan herba ini dalam masakan.

Ada Stok (1 Sold).
RM3.00 satu pek (50 biji benih).
Biji benih organik ketumbar dikumpul di kebun kami sendiri.
Order dan bayaran (bank deposit RHB) diterima sebelum 28 April 2012.
Benih akan dikirim pada minggu ke-2 Mei 2012.

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15 pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Biji ketumbar kadang-kadang mengambil masa lebih 3 minggu untuk bercambah.
Anak pokok ketumbar.


Sekiranya tidak kerap memotong daun batang ketumbar, ianya akan berbunga.
Apabila ketumbar berbunga, pokoknya boleh tumbuh ketinggian lebih dari 1 meter.


Bunga ketumbar.


Bunga Calendula 'Sunshine'@ Pot Marigold


~Benih Segar Organik Bunga Calendula @ Pot Marigold~

Bunga yang boleh dimakan sebagai salad.
Pewarna makanan kuning semulajadi.
Turun temurun di negara barat digunakan sebagai ubat tradisional dan kosmetik seperti krim.
Antara pokok yang disyorkan tanam bersama sayur-sayuran.
Bunga Calendula kembang di tempat kurang mendapat cahaya matahari.

Bunga ini boleh hidup selesa di tempat yang kurang mendapat cahaya matahari dan yang menerima matahari banyak. Tetapi disyorkan benihnya disemai di tempat yang kurang mendapat cahaya matahari dan yang banyak matahari untuk menentukan kesesuaian faktor persekitaran kebun terlebih dahulu kepada sahabat yang pertama kali menanam bunga ini. Bunga ini mempunyai sifat daya tahan cuaca yang luas dari sangat sejuk ke cuaca yang amat panas. Begitu juga bunga ini tidak cerewet memilih jenis tanah untuk hidup.


Ketinggian pokok bunga ini adalah lebih kurang 30~40cm.

Rupa benih calendula.


Tomato "Tigerella"

~Benih Organik Tomato 'Tigerella"~

Tomato jenis "Tigerella" berbelang kuning apabila buah merahnya ranum. Tomato jenis ini bersaiz sederhana berbanding dengan 2 jenis lagi tomato di gambar atas iaitu bersama sweet red cherry tomato dan tomato challengar. Oleh kerana belang di buahnya, tomato tigerella senang dibezakan dengan jenis tomato yang lain. Tomato tigerella juga menghasilkan buah tomato yang cepat berbanding dengan tomato lain. Tomato " Tigerella" adalah antara koleksi tomato "heirloom" dan bukan tomato hybrid. Benih bakanya boleh disimpan.


Boleh tumbuh dalam pasu.
Pokok-pokok tomato perlu ditanam dengan jarak di antara satu sama lain yang memberi kitaran pengudaran yang baik untuk mengurangkan risiko penyakit.

Tomato Tigerella yang muda berwarna hijau (masih boleh dikesan belangnya) dan bertukar ke warna merah apabila ranum.


Kehabisan stok.
RM3.00 satu pek (15 biji benih).


Benih Portulaca @ Moss Rose

~Benih Segar Organik Bunga Portulaca @ Moss Rose Mix~

Senang jaga.
Tidak perlu siram selalu.
Bunga kembang bila terkena cahaya matahari.
Cantik untuk garden dengan ala-ala rockery border.
Cantik tumbuh dalam pasu juga.
Selalu trim bunga dah layu untuk pokok sentiasa memberi banyak bunga.
Masih bahagia berbunga walaupun dalam suhu siang yang melebihi 40 darjah Celsius beberapa hari.
Suka sangat dengan cahaya matahari.
Biji benih portulaca sangat halus.
Cuma tabur bijinya di tanah yang telah disediakan untuknya dan siram dengan air.
Tidak perlu timbus bijinya dengan tanah.
Jimat menanam portulaca dari benih berbanding harga satu pokok di kedai bunga.
Boleh dapat banyak anak pokok portulaca dengan menanam dari biji benih.

Stok Habis.
RM3.00 satu pek (lebih 250 biji benih).
Biji benih bunga portulaca dikumpul pada April 2012 di kebun kami sendiri.

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih (kecuali bulb) dengan jumlah bilangan kurang 15 pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih (kecuali bulb) adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui RHB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.