No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 30 Mei 2012

Percubaan Pertama Karot Hybrid (Purple Haze F1) & Salah gabungan

Ini pertama kali hasil percubaan menanam carrot jenis hybrid di kebun saya. Gara-gara sebab seronok menanam carrot heirloom dragon dan afghanistan musim sebelumnya, saya beli benih carrot 'Purple Haze F1' (keluaran dari syarikat Johnson) yang sepatutnya menghasilkan carrot yang berwarna ungu gelap mirip kepada carrot heirloom 'dragon' dari nursery berdekatan tempat saya. Saya mencari juga benih heirloom dragon carrot tapi nursery tempatan tiada menjualnya, hanya boleh diperoleh dengan tempahan dari syarikat yang menjual benih heirloom secara online. Sebelum itu, saya perolehi benih carrot heirloom Afghanistan dan dragon dari ahli komuniti seed-saver group.  Sebab kesuntukan masa jadi saya cubalah tanam carrot hybrid buat pertama kalinya. Waktu saya menanam benih carrot Purple Haze F1, carrot dragon saya baru nak berbunga dan masih memerlukan masa untuk tunggu kutip benihnya. Lebih 7 bulan selepas menyemai benih carrot F1 ini, saya pun tuailah habis carrot ini. Tetapi hasilnya agak menghampakan sebab nampaknya benih hybrid ini macam tak menjadi sebab carrot pun bukanlah warna ungu semuanya tapi masih banyak yang akarnya berwarna oren dan pertumbuhan dia teramatlah perlahan berbanding dengan jenis-jenis carrot yang pernah saya tanam sebelum ini. Tidak beberapa produktif carrot hybrid ini, memang bukan rezeki saya. 

Di sini pula saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan 'companion planting'.
Apa yang sepatutnya ada dalam 2 container di atas adalah kombinasi pokok-pokok peria, carrot dan tomato. Peria adalah sama keluarga dengan timun, tembikai dan melon juga diklasifasikan sebagai "cucurbit".  Pada tahun lepas, saya telah cuba sendiri kombinasi timun/tembikai/peria dan carrot. Kombinasi tersebut memberi hasil tuai yang elok dari carrot dan dari keluarga "cucurbit". Saya ada juga tanam tomato dengan timun tapi tidak beberapa produktif dari kedua-duanya. Kemudian secara tidak sengaja kali ni saya biarkan peria, carrot dan tomato tumbuh bersama-sama. Pokok-pokok cherry tomato itu sebenarnya tumbuh sendiri mungkin dari tanah compost dan disebabkan ianya besar dengan cepat dan kuat saya biarkan. Peria pula tumbuh lambat kali ini berbanding dengan musim dulu. Saya ada baca bawa tomato suka dengan carrot tapi awas pokok tomato boleh menyebabkan pertumbuhan akar carrot terencat. Beberapa kali percubaan gabungan tomato dan carrot saya dapati tomato tumbuh bahagia tapi carrot tidak ada banyak pertumbahan di akarnya (dalam wikipedia juga ada note).
Rumusan:
Keluarga 'Cucurbit' dan Carrot = pasangan bahagia
Tomato dan Carrot = Hanya tomato yang bahagia, pertumbuhan akar carrot seperti terbantut
Keluarga 'Cucurbit' dan Tomato = pasangan tidak sesuai.

Rabu, 16 Mei 2012

Heirloom Giant Russian Sunflower

"Giant Russian" sunflower adalah jenis bunga matahari yang ketiga kami telah tanam dari mula berjinak ke alam gardening. Benih bunga yang kami perolehi ini adalah benih lama yang dituai pada tahun 2004 untuk projek sekolah mengumpul sumbangan derma duit dengan menghadiahkan benih bunga matahari. Saya jumpa benih ini tahun lalu di dalam mesyuarat komuniti tempatan kumpulan seed-saver di tempat saya dalam kotak khas benih-benih lama yang tak habis pekebun lain ambil. Kesian pula tengok benih ni jadi saya pun ambil dan simpan untuk tanam dan cuma ada 6 biji benih yang tinggal dalam plastik. Lepas semai 6 benih lama ni, nasib baik 2 benih bercambah dan tumbuh tanpa masalah walaupun cuaca tak menentu. Bila pokok bunga matahari ni sudah meninggi dan berkembang, kerana kepalanya dah berat dan besar semasa suhu cecah 40 degree Celsius, 60 darjah jugalah sujud ke arah tanah tapi gagah hidup juga sampai berjaya kumpul benihnya. 
~Heirloom "Giant Russian" sunflower~
Tumbuh melebihi ketinggian 2 meter.
Satu pokok bagi satu bunga dengan diameter lebih 30cm jika cukup keperluan baja dan airnya.
Perlu juga bagi jarak antara bunga untuk dapatkan bunga yang besar.
Biji benih boleh dimakan.
Kalau nak kumpul benihnya berhati-hati dengan burung yang juga suka ambil kesempatan.
Lebah suka dengan bunga ini.
Jika berminat untuk kumpul benih bunga matahari, pastikan tiada jenis bunga matahari yang lain kembang pada waktu yang sama kerana ianya senang untuk cross-pollinate. Tukang kebun selalunya setiap musim panas ada barisan bunga-bunga matahari beberapa lokasi di kebun untuk cuci mata tapi tahun ni terpaksa bersabar menunggu 2 pokok "Giant Russian" sunflower ini habis kitaran hidupnya untuk dapatkan benih yang pure.


Ada Stok.
RM3.00 satu pek (15 biji benih).
Benih segar organik baru dituai dari kebun kami pada Mac 2012.

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih dengan jumlah bilangan kurang 15 pek (kecuali bulb) adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih (kecuali bulb) adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui CIMB atau RHB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.
Email: kebunkmg@gmail.com


Isnin, 14 Mei 2012

Bunga Carrot

Sehari lambat...tapi nak ucapkan semua Selamat Hari Ibu.
Bunga Afghanistan Carrot

Bunga carrot sangat cantik dan bersaiz sangat kecil. Ianya juga menarik serangga-serangga yang baik untuk menjadi penghuni di kebun anda. Bunga Afghanistan sebelum ia berkembang penuh sebenarnya berwarna pink. Selain dari warna pink, ada juga jenis carrot lain yang bunganya sebelum berkembang penuh berwarna biru. Jika berminat untuk lihat gambar proses bunga afghanistan carrot sebelum kembang hingga menghasilkan benih lihat di laman ini.

Bunga heirloom dragon carrot kembang dalam pasu

Sesiapa yang berminat untuk kumpul benih dragon carrot atau berminat dengan kitaran hidup dragon carrot kunjungi laman ini.

Yang mencari benih carrot bukan hybrid klik sini...

Rabu, 9 Mei 2012

Carrot Companion Planting

Cucumber 'green gem' dengan 'topweight' carrot.

Memandangkan bulan Mei ni tema blog Kebun Bahagia Bersama ialah carrot jadi tukang kebun nak berkongsi pengalaman macam mana nak tambah produktivi ruang laman kita dengan beberapa cadangan tumbuhan yang sesuai ditanam bersama carrot. Kebun kami pun kecil saja ruang untuk menanam tumbuh-tumbuhan. Tukang kebun paling kecil pula suka sangat makan carrot sebab mama dia cakap kalau nak kawan dengan "Miffy" kena banyak makan carrot boleh lompat macam sweet little bunny. Kami amalkan 'succession sowing' bagi sayur carrot dengan menyemai benih-benih carrot setiap sebulan sekali. Jadi perkara yang paling sukar bagi kami ialah mencari ruang kerana carrot mengambil masa untuk tumbuh akar yang panjang. Saiz baby carrot pun boleh mengambil masa lebih dari 12 minggu untuk menanti. Kami dapati hubungan keluarga timun dan carrot sangat sesuai ditanam bersama-sama dan ini menjimatkan ruang. Pokok timun memanjat ke atas dan ruangan berdekatan di bawahnya bolehlah tanam carrot. Semai benih-benih carrot dan timun pada hari yang sama supaya mereka membesar sama-sama sebelum pokok daun timun yang lebar menutupi carrot. Selain dari timun, boleh juga tanam carrot dengan peria atau tembikai.

 Pokok tembikai dan 'Red Kuroda' carrot.

Afghanistan carrot bersebelahan dengan daikon (lobak putih) dan parsnip.

Dragon carrot bersama bawang merah.
Boleh juga ditanam bersebelahan dengan bawang putih atau leek.

Pokok cili bersama dengan 'topweight' carrot.

Carrot ini saya semai bulan Oktober tahun lepas dan biarkan sahaja masa musim panas dan kering tempoh lalu di belakang pagar rumah kawasan terbiar reserve pihak bandaraya yang bertanah jenis 'clay'. Hidup juga walaupun lambat tumbuh tapi sekarang bila dah banyak hujan balik dia mula membesar dengan cepat. Perlu moisture atau tanah yang lembap kalau nak akar carrot cepat besar.


Disebabkan carrot tu dah mula membesar dan rapat sangat di antara satu sama lain, saya tarik keluar carrot yang dah terhimpit 'rubbing shoulder' antara sama lain (thinning proses) dan biarkan yang lain membesar lagi semalam. Terkejut juga saya sebab saya ingat saiz baby carrot je atau panjang jari saya tapi panjang pula carrot ini. Bila tengok diameter saiz akar ni dari atas macam kecil sahaja.  Mungkin terlampau sangat dahagakan air carrot ni tumbuh memanjang ke dalam mencari air. Tukang kebun pun sebelum ni pemalas sebab tak bajakan tanah dengan kompos organik sebelum semai sebab kesuntukan masa. Sebelum tu, parsnip yang tumbuh di sana (kawasan sama dengan photo No.3 ) dan tanah ketika itu dah bagi tahi kuda. Kali ini lurus pula carrot ni walaupun tanah tu di dalam ada batu, adalah yang bentuk "S" sikit sebab mengelakkan batu tapi kali ni tak ketara sangat. 
Tukang kebun dah agak sebabnya...kenapa ya? tak baja pun tanah tu kali ini.
Carrot tak perlu banyak baja organik sebenarnya, banyak baja cuma akan hasilkan akar carrot yang bercabang-cabang 'forky' walaupun tak de batu di dalamnya. Kalau bagi baja yang mengandungi kandungan nitrogen tinggi masa pertumbuhan carrot pula akan cuma bagi banyak daun yang meriah tapi tak ada sangat pertumbuhan akarnya. Kandungan nitrogen yang tinggi akan membuat carrot fokus tumbuh daun lebat dan bukan akarnya. Jadi hati-hati dengan baja jenis apa bila nak tumbuh carrot. Tukang kebun tak pernah lagi pakai baja tahi ayam sebab mahal. Kami selalunya buat kompos sendiri dari bahan buangan dapur atau kebun dan pakai tahi kuda sebab percuma kami perolehi dari kandang-kandang kuda berdekatan dengan tempat lumba kuda. Kalau sayur yang kita tanam adalah bahagian daunnya dimakan ia akan perlu banyak baja nitrogen. Tanah yang segar dengan baja tidak beberapa sesuai untuk ditanam terus dengan carrot lebih baik si carrot tunggu giliran dengan menanam sayur daun kemudian carrot untuk "crop rotation".
Carrot mudah dijaga cuma kena jaga keperluan airnya dengan pastikan tanahnya tidak kering adalah lembap supaya ianya membesar dengan cepat. Jimat sikit baja tanam si carrot. Masa awal dulu tukang kebun tanam carrot, gembira juga tengok daun yang lebat tu tapi banyak kali kena tipu. Cuba observe gambar No.4 daun tak banyak tapi boleh nampak ada isi kan?


Ahad, 6 Mei 2012

Bunga Pink Stock Astral

Pink Double Bloom Stock Astral

Saya mula menanam bunga stock jenis astral di kebun kami pada tahun 2010 beli dari kedai bunga. Setelah habis musim bunganya saya kumpullah benihnya pada penghujung tahun 2010. Asal bunga yang berbunga ni hanyalah 'single' petal bukan 'double' petal yang saya tanam seperti gambar di atas. Disebabkan ada banyak benih yang terkumpul dan kebun saya hanyalah kecil sahaja, saya berkongsi benih ini dengan kawan-kawan blogger yang lain di merata-rata tempat di muka bumi ini. Saya gembira tengok kawan di United Kingdom tahun lepas tunjuk benih saya beri kepadanya berkembang di depan rumahnya yang memeranjatkan saya ialah dia kata di tamannya ada yang 'double petal' sebab saya kata benih saya single petal biasa. Lepas itu, dia kata bunga ni lama musim bunganya dan tahan sejuk pula.
Benih bunga yang sama saya kirimkan juga kepada kawan gardener blogger di Israel yang bercuaca Mediteranean dan bunga ini sedang berkembang di taman dia sekarang.
 Saya tanam juga benih yang saya kumpul di kebun saya bila cuaca dah tak panas tahun lalu supaya ianya berkembang pada musim bunga. Tapi kali ni, ada bunga yang berkembang pada masa musim bunga dan ada yang tidak kembang sehingga musim panas kemuncak disini. Yang menghairankan saya elok pula bunga ni berkembang dan hidup pada cuaca panas yang extreme. Musim panas di kebun saya memang panas dan kering, suhu antara 35-40 darjah dah menjadi kebiasaan. Jadi saya ingatkan tak lama lagi masa nak ucapkan sayonara dekat pokok bunga ini. Tapi masih hidup lagi pokok bunga ini sampai sekarang di kebun kecil ini.
Gambar pink double bloom stock astral tu baru diambil dan masih segar-bugar lagi pokoknya disiram kadang-kadang oleh tukang kebun muscleman. Kuat juga daya tahan pokok ini hidup dalam pelbagai cuaca. Saya akan simpan benih bunga ni yang dah melalui cuaca panas extreme ini moga genetic code DNA bunga ni ada rekod sifat tahan cuaca panas.
Saya ada google mengapa bunga ini hasilkan double bloom bukan single bloom macam parent dia. Rupanya double bloom adalah allelle atau mudah nak kata gene yang recessive tak dominant macam single petal. Jadi perlukan dua gene yang recessive untuk dapatkan double petal, kebarangkalian 25% untuk dapatkan double petal.

Jumaat, 4 Mei 2012

Asal Usul Carrot ( Stok carrot yang ada)

Tahukah anda bahawa warna asal carrot sebenarnya bukan berwarna oren?
 Nenek moyang carrot sebenarnya dikatakan berasal dari Afghanistan tumbuh liar dan berwarna ungu, kuning dan putih. Carrot berwarna ungu dan putih masih lagi tumbuh liar di Afghanistan dan penduduk tempatan di sana membuat minuman air keras/tapai? dengan akarnya.  Lukisan di kuil-kuil yang dibina pada zaman tamadun firaun Mesir menunjukkan sayur berbentuk seperti carrot berwarna ungu. Pada zaman tamadun awal manusia ketika itu bukan memakan akarnya tapi mengumpul bijinya untuk perubatan dengan perjumpaan rekod lama yang mencatit kegunaannya pada zaman waktu itu. Carrot pada mulanya lebih dikenali untuk sumber perubatan sebelum ianya berubah menjadi terkenal sebagai sumber makanan.
 Jangan keliru carrot berwarna putih dengan parsnip yang juga berwarna putih walaupun rupa bentuk mereka sama. Walaupun mereka tergolong dalam keluarga sama iaitu 'Apiaceae' yang juga keluarga untuk celery, parsley dan ketumbar, rasa parsnip berbeza dengan carrot dan bentuk biji benihnya dan struktur daun pun jauh berbeza. Parsnip dan carrot putih adalah dalam genus yang berlainan. Jadi kena hati sedikit kalau nampak istilah lobak putih sebab saya lihat ramai yang tersalah menterjemahkan 'parsnip' sebagai lobak putih atau sebaliknya. Lobak putih kebiasannya di Malaysia kita panggil untuk 'mooli' atau Japanese radish/daikon. Bila nak buat penterjemahan memang susah juga bila saya fikir. Lobak merah/ karot- carrot, Lobak putih-daikon, tetapi bagaimana pula dengan carrot berwarna putih, parsnip atau turnip kan? Jadi saya selalu elak memanggilnya dalam bahasa sebab ini adalah sayur yang bukan biasa lagi didapati selalu di Malaysia untuk mengelakkan kekeliruan. Lobak putih dan carrot pula bukan adik-beradik mereka tergolong dalam keluarga sayur lain. Lobak putih adalah dari keluarga 'brassica' yang termasuk dengan bunga kubis putih dan brokoli.
Afghanistan Carrot
 Dalam padang liar yang tumbuh pelbagai carrot di padang dari Afghanistan ke Turkey beribu tahun dahulu pasti banyak pokok carrot yang berbunga terkahwin dengan pelbagai warna (ungu, putih dan kuning) jadi mungkin benih kacukan ni memberi warna akar carrot yang pelbagai. Sebagai contoh gambar di atas adalah 'Afghanistan carrot' yang saya perolehi dari seed-saver Alice Spring.  Lihatlah macam-macam warna. Afghaniston carrot ini saya tanam di atas tanah jenis 'clay' jadi rupa bentuk banyak tak lurus sebab ada batu dalam tanah. Tapi saya tak berapa kisah dengan bentuk, sebab bentuk tiada kena mengena dengan rasa. Afganisthan carrot kalau dibiarkan tumbuh membesar lebih lama bentuknya sangat besar, gemuk dan panjang tapi tukang kebun selalu tak sabar nak tarik. Rasanya lain dari carrot yang berwarna orange tu, ianya tak juicy sangat tapi berlemak. Sangat sesuai untuk dimasak dalam sup sebab lembut dan creamy dalam mulut. Kami asyik buat sup saja bila masak Afghanistan carrot ni dan anak saya yang bongsu masa tu tak dapat makan makanan solid sangat sebab masalah jantungnya, boleh jadi ketagih makan carrot. Terpaksalah kami semai carrot setiap bulan nak pastikan Rayyan ada supply carrot organik berterusan.
Bila pula timbulnya carrot berwarna oren?
Carrot berwarna oren yang kita biasa tengok tu adalah 'carrot moden'. Carrot berwarna orange asalnya adalah dari hasil mutasi yang diusahakan jadi baka baru oleh hortikulturis Belanda pada kurun ke-17. Disebabkan zaman tersebut salah satu pemerintah putera raja mereka ada gelaran 'William of Orange', carrot warna oren jadi boom dan ditanam dengan lebih meluas walaupun carrot berwarna kuning ada juga ditanam pada masa itu. Warna carrot orange adalah hasil dari banyak kandungan beta-carotene. Dengan carrot berwarna orange dapatlah kita akar yang 'juicy'. Akar berwarna lain tak sejuicy yang berwarna oren, tapi bagi saya masing-masing mempunyai rasa yang sedikit berbeza antara satu sama lain. Kandungan carrot yang warna-warni ini pun mungkin memberi kandungan zat yang sedikit berbeza disebabkan pigment warna isinya.

Stok carrot yang ada sekarang adalah bukan baka hybrid semuanya 'pure' yang boleh dikumpul benihnya kelak bagi siapa yang berminat. Stok carrot ada sekarang adalah terhad dan kalau kehabisan pun paling awal saya akan re-stock bulan September.


Carrot Rainbow Blend (100biji benih setiap pek)
(Stok Habis)
Campuran benih  heirloom carrot yang berlainan warna seperti ungu (cosmic purple), yellow (solar yellow), white (luna white) dan lain-lain. Ini moyang-moyang orange carrot.


Carrot 'Early Scarlet Horn' (200biji benih setiap pek)
(Stok habis)
Informasi untuk carrot ini klik (Early Scarlet Horn)


Carrot Topweight (200biji benih setiap pek)
(Stok ada)


Carrot Heirloom 'Dragon' (100biji benih setiap pek)
(Stok-habis
Kulitnya berwarna ungu gelap. Bila dibelah isi tengahnya berwarna oren. Mudah untuk dibezakan dengan carrot yang lain kerana daun yang berdekatan dengan akarnya berwarna ungu. Carrot yang sangat cantik ditanam di taman anda. Pokok carrot ini tumbuh akar yang bersaiz panjang.




Carrot Heirloom 'Paris Market' (100biji benih setiap pek)
(Stok-habis)
Carrot yang berbentuk bulat dan kecil seperti gasing. Besar akar carrot ini bila matang adalah di antara 2.5cm ke 4cm. Sesuai untuk di tanam di dalam pasu bagi gardener yang berkebun di balcony. Ini adalah carrot heirloom dari France yang ditanam semenjak kurun ke-19. 
-->

Khamis, 3 Mei 2012

Beras tempatan tradisional...adakah pesawah padi negara kita mempunyai pilihan?


Saudara saudari pasti teramat maklum bahawa negara kita menanam padi dengan banyak tapi masih belum dapat memenuhi bekalan untuk rakyatnya. Jadi kita terpaksa mengimport beras dari negara-negara jiran. Saya tengok sekarang jarang dan sukar untuk mendapat beras-beras padi tradisional tempatan (indigneous rice) yang pelbagai bentuk dan warna ditanam oleh petani tradisional. Generasi ibubapa mama tukang kebun pekerjaannya dahulu adalah petani tradisional padi sawah atau huma/bukit. Tapi malangnya mula dari generasi saya, sepupu saya dan termasuklah adik-beradik saya tiada seorang pun lagi yang 'petani' adalah seorang juga yang sekarang ni penoreh getah yang ada sijil ijazah muda. Pokok-pokok getah itu pun dah tua, arwah atuk yang tanam masa mama tukang kebun kanak-kanak lagi. Yang sayangnya, ilmu-ilmu mereka dalam pertanian organik lenyap begitu sahaja.
Masa zaman kanak-kanak seronok juga kami dapatlah merasa beras bukit merah tradisional merah yang macam berpulut sikit dari saudara-mara lepas musim menuai. Manis rasanya macam letak gula je tapi sebenarnya itulah rasa aslinya. Sekarang tak mudah nak dapatkan beras ini, dah tak banyak petani jual walaupun di pasar tempatan lepas musim menuai. Petani tanam pun cukup untuk diri sendiri sahaja. Kalau keluarga kami terjumpa di pasar tempatan selalunya kami ambil sahaja tak berfikir panjang, tengok harga tutup mata sajalah. Sebab faham bukan senang nak dapat dan terima kasih di atas keringat mereka masih tanam beras ini walaupun mereka juga under pressure disuruh tanam beras komersial macam petani moden lain.
Baik di pantai timur, utara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak saya pasti kawasan-kawasan ini juga mempunyai beras tradisional tempatan. Tetapi adakah usaha oleh kerajaan kita untuk pastikan beras tradisional tempatan ini akan kekal untuk generasi masa datang kita? 
Dapatkah anak dan cucu kita rasa beras tradional tempatan masa depan seperti moyang mereka?
Adakah asyik nak rely on beras hybrid yang kononnya tahan penyakit dan serangan serangga?
Tetapi mengapakah kita asyik nak cipta hybrid baru?
Penulis tak nak celoteh panjang tetapi harap kita semua dapat membuka mata dan mengambil iktibar dari tempat orang lain.

Rabu, 2 Mei 2012

Heirloom Banana Capsicum (Stok baru)

Capsicum ini manis tak pedas jadi sesuai untuk mereka yang tak berapa gemar pedas.
Rupa bentuknya seakan sama dengan lada merah besar yang biasa kita nampak di pasar tempatan.
Tetapi banana capsicum ini sebenarnya adalah agak besar dan panjang sedikit dari lada merah besar itu dan lebih  manis rasanya.
Warna kulit capsicum ini bertukar dari hijau muda ke kuning-kuningan dan kemudian warna merah apabila masak.
Sesuai kalau nak buat solok lada. Lagi banyak inti boleh sumbat.
Banana capsicum ini telah dikategorikan sebagai 'heirloom'.
Bukan benih hybrid jadi boleh disimpan.



RM3.00 satu pek (anggaran 25 biji benih).

Vibrant Orange Cosmos (Stok baru)

Pokok bunga vibrant orange cosmos ini adalah salah satu pokok yang baik untuk ditanam di dalam kebun sayur atau kebun bunga kerana ianya dapat memainkan peranan menarik kedatangan serangga-serangga baik untuk membantu menjaga pokok-pokok berdekatannya dari serangga perosak. Ini banyak membantu untuk kebun organik dan menjimat perbelanjaan dari membeli racun serangga atau perangkap yang lain. Warna bunga yang terang seperti yellow-orange menarik perhatian sang lebah yang sangat penting untuk sukses buah melon, labu atau timun yang berasingan bunga betina dan jantan untuk dikahwinkan bagi mendapat buah-buah kesukaan kita itu. Cuba perhatikan kebanyakkan bunga-bunga dari keluarga melon dan labu adalah kuning. Warna kuning sangat terang/ vibrant yang seakan memanggil si lebah untuk pergi ke arahnya. Salah satu tarikan pokok bunga vibrant orange cosmos ini adalah ianya adalah 'single petal' bukan berlapis-lapis kelopaknya lebih digemari oleh penghisap madu. Senang sikit serangga tu nak hisap madukan kalau berlapis-lapis kelopak tersumbat pula hidung/mulut serangga tu. Kalau yang menggemari rama-rama berterbangan di taman bunganya, pokok ini boleh menjadi daya penarik dan memberi banyak peluang untuk mereka yang gemar ambil gambar si rama-rama yang warna-warni itu.
Saya bertukar benih cosmos ini dengan gardener dari kawasan tropika di Australia. Saya selalu terpegun tengok gambar-gambar rama-rama yang cantik hinggap di bunga ini di tamannya. Jadi saya pun semailah benih bunga ni tahun lepas dan tak jaga langsung, biar je pokok bunga ni tumbuh kat belakang pagar rumah yang ada kawasan terbiar bertanah laterit (clay). Tanpa penjagaan, tiada bagi baja, jarang siram dan tiada teduhan dengan sinaran matahari terik beberapa hari pada 40 darjah Celsius lebih ia masih gagah dan memberi kami banyak bunga. Kesimpulannya, bunga ini tidak remeh dan senang dijaga. Bahkan, bunga ini pula banyak jasanya jaga pokok-pokok sayur kami yang tak terbela di belakang berterusan tumbuh dengan subur. Untuk menjadikan bunyinya boleh dipercayai hehehe...saya bagilah beberapa contoh. 
Pokok bunga vibrant orange cosmos berdekatan dengan pokok Italian sprouting broccoli terbiar dan the only one yang tinggal kami dah setahun lebih sekarang dengan bantuan si cosmos. Bolehlah kami masih dapat segenggam pucuk sprouting broccoli free dalam seminggu. Belakang cosmos tu pun ada capsicum sedang berbuah sekarang.
Belakang pokok capsicum tu pula ada tadaa....teka apa?
Turkish Leopard Melon!!!
Ini adalah melon jenis heirloom yang saya tak pernah lagi nampak dalam katalog benih-benih mana pun lagi. Saya dapat benih ini dari seed-saver group Alice Spring. Mula-mula saya dah putus asa dengan pokok melon ini ingat dia dah tak boleh hidup sebab diabaikan langsung masa musim panas kemuncak kat sini. Saya terpaksa abaikan sebab masa tu tak berapa sihat. Terkejut pula saya tengok bulan lepas ada buah panjang nak dekat 30cm kat belakang pokok bunga cosmos tu dan hidup lagi pokok melon ni. Tapi melon ni saya rasa si lebah dah kacukkan dia dengan timun sebab bentuk buahnya patut bulat lonjong macam rockmelon. Lagipun sebelah pagar tu ada pokok timun 'green gem'. Terima kasih kawanku lebah dapat juga buah free bulan ni. Si Turkish leopard melon hybrid ni tersorok disebabkan pokok broccoli dan cosmos yang tinggi tu tapi atas daya tarikan cosmos adalah juga lebah tolong kahwinkan buah tu. Tukang kebun sini tengah cuba nak kumpul benih Turkish Leopard Melon memandangkan ianya heirloom/heritage melon supaya tak lenyap di muka bumi ini untuk generasi akan datang. Jadi ini adalah benih code red bagi kami sangat precious dan menjadi salah satu priority dalam list untuk dapatkan benih stok yang baru. Yang kat gambar tu benih dah tak asli. Tapi saya nak simpan juga mana tahu jadi species baru, projek baru.

Kesimpulan vibrant orange cosmos ni sangat bagus sebagai 'companion planting'.
Pokok bunga vibrant orange cosmos boleh tumbuh dengan ketinggian lebih 70cm.

RM3.00 satu pek (25 biji benih).


Pembayaran melalui RHB, Maybank dan CIMB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.