Ini adalah reality rupa veggie patch Kebun Bahagia Bersama setelah terbengkalai semenjak bulan September lalu sebab tiada tukang-tukang kebun dewasa yang menetap di Kebun Sungai Buloh kecuali Tukang Kebun Dany yang sibuk dengan studynya di UITM, Shah Alam. Ramai yang ingin melawat tetapi tukang kebun tak naklah mengecewakan expectation gardener yang berminat dalam tanaman sayur-sayuran. Tukang kebun pun yang ada lumayan sayur cuma kacang panjang dan petola yang menjalar-jalar tumbuh sendiri tidak terkawal. Ada jugalah sayur-sayuran yang tukang kebun jumpa celah semak samun ni tapi rasa tiada masa lagi mood nak masak selagi tak bersihkan kawasan untuk tanaman sayur-sayuran. Sayur yang renek-renek habis tenggelam dengan rumput macam halia, kunyit dan lain-lain. Yang banyak sekarang pula ialah buah-buahan yang mewah boleh dikongsikan bersama. Adui baru kena tinggal sekejap dah naik macam ini. Dulu kebun Adelaide lagi kecil dari kawasan yang ditunjukkan dalam 1st photo senang nak maintain...aiyo ini baru satu korner veggie patch belum lagi kawasan korner lain dekat Kebun Sungai Buloh.
Zoom in sekejap satu korner, Tukang kebun biarkan bendi kampung tua sahaja nak kumpul benih. Ini bendi kampung dah banyak generasi tanam selalu di kawasan ini. Dalam semak ni tukang kebun intai ada macam pokok halia dan kunyit. Sudut kanan ada satu pokok tomatillo tukang kebun perasan baru berbuah dengan lebat.
Pokok labu pun boleh tenggelam dalam semak ini. Tepi pagar ini pula pokok sayur manis kegemaran mama tukang kebun macam nak kena propagate baru atau trim je...nanti bos besar balik bising...huhuhu...
Wah ini sudah jadi hutan pokok keledek yang dah tak terkawal. Rasa nak tinggal satu kawasan untuk Abby bila dah mula makan puree keledek lagi sebulan yang akan datang ni. Hmmm...tapi musykil ada isi ke tak keledek ni takut ayam and the geng dah habis gali je ubinya makan. Harap ada bahagian rezeki Abby.
Pagar ni pula dah bercampur macam-macam berebut nak menjalar seperti bunga telang, keledek dan peria yang dapat tukang kebun identify setakat ini. Banyaklah daun nak disapu bersihkan masuk dalam tong kompos atau boleh dicampakkan ke dalam bekas tangki air yang nak dijadikan untuk projek raise garden bed.
Pokok limau lemon lebat buahnya terjatuh-jatuh tak terambil. Bagus kumpul buat cuci ikankan.
OK kembali pada asal tajuk posting ini 'RELAKAH BERSUKARELA'. Memandangkan tukang kebun sebenarnya tak cukup tangan sekarang nak kemas Kebun Bahagia Bersama, tukang kebun nak ajak gardener yang sukarela rasa nak tolong tukang kebun bersihkan 'Kebun Bahagia Bersama' samaada pada hari sabtu atau ahad ini dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari (3jam). Bolehlah juga kita berkenalan sementara gardening dan agih-agihkan kerja gotong-royong kutip buah kelapa, sapu daun-daun atau ranting masuk dalam tong kompos/raised bed dan weeding (cabut rumput). Kebarangkalian tukang kebun akan invite 3~5 orang sahaja untuk kali ini. Gardener yang dapat bersama-sama membersihkan Kebun Bahagia Bersama dengan tukang-tukang kebun, InsyaAllah tak pulang dengan tangan kosong. Kalau rajin bolehlah harvest apa yang teringin nak makan, bolehlah pilih rambutan, ciku, limau/ lemon, cili yang dah ranum, petai, kelapa dan lain-lain yang dapat kami kongsikan minggu ini bergantung dengan rezeki apa yang ada di kebun kami. Oh ya kena mentally prepared, kebun ni sekarang banyak nyamuk dan kena berani harungi semak yang telah ditunjukkan (baik datang pakai but tinggi kut). Invitation kali ini kalau ada gardener yang mempunyai skill memanjat sangat dialu-alukan sebab pokok petai berbuah tapi tinggi dan bolehlah kita minum air kelapa muda jika dapat capai buahnya. Sebenarnya tukang kebun yang teringin nak minum air kelapa muda tetapi tinggi sangat buahnya. Sesiapa yang berminat bolehlah tinggalkan komen atau email (kebunkmg@gmail.com). Tukang kebun akan confirm pada hari Jumaat yang rajin bertandang ke Kebun Bahagia Bersama untuk bergotong-royong.