Mari kita cuci mata sementara nak warming up mengerjakan urusan di pagi Isnin dengan pertukaran warna bunga-bunga akar dani yang muda kepadalah yang matang merah. Pokok akar dani sedang mula galak berbunga berdekatan dengan tempat tukang kebun mulakan aktiviti harian pada hari ini setelah menghantar tukang kebun Ilhan ke tadika.
Yang segan dan tertanya-tanya, Syukur Alhamdulillah stok pokok-pokok bunga Akar Dani sehingga kini masih ada natural stock sebab tawaran pokok bunga Akar Dani dari Kebun Bahagia Bersama adalah bukan dari keratan tapi pembahagian dari pokok dewasa yang kadangkala merumpun menghasilkan anak-anak pokok yang sudah mempunyai sistem akar yang sihat, kuat dan baik. Pokok akar dani adalah pokok yang lasak dan tahan asalkan mempunyai sistem akar yang baik. Pokok ini penjagaannya sangat mudah sesuai untuk beginners. Paling bahagia pada kawasan penerimaan cahaya yang banyak.
~Pokok Akar Dani~
1 pokok akar dani (RM8).
Kos penghantaran 1 pokok (RM10) dengan Pos Laju.
7 ulasan:
salam Diana, memang sweet bau bunga akardani ni...kat rumah kami pun tgh bebunga ni...
Salam Diana,
Mak Aji baru balik dr kampung pun disambut bunga akar dani!
makcik baru tanam untuk gantikan pokok markisa yang dah mati.Nampak subur dan dah mula panjat tiang untuk ambil alih tempat markisa.Kami bercadang nak bawa ke Nilai bila pindah nanti .Nak tanam untuk jadikan teduhan tempat parking kereta.
Jiran sebelah rumah ada tanam pokok ni. Dan sekarang dah merayap ke rumah maklong pulak.
Suka bunganya yang cantik dan baunya yang harap menyapa kita di pagi hari.
saya nk sepokok
Salam @na, ya sweet baunya seronok buat kerja luar di kebun ada bunga dani mekar berdekatan.
Ummu Madihah ~
Salam Mak Aji.
Kebun kita sehati sejiwa ;) .
CikManggis~ Oh tak tahu pula CM punya pokok markisa yang merimbun tu dah mati. Akar dani ni memang cepat naik.
Mak Long a.k.a Kunang-Kunang~ Rezeki berkongsi sama jiran syukur Alhamdulillah. Baunya memang harum.
Awin ~ OK Noted dear.
Catat Ulasan